Soalan-Soalan Lazim Mengenai Pencegahan Dan Pengawalan COVID-19

Feb 20, 2020


A.    LANGKAH PENCEGAHAN DAN PENGAWALAN DI SEKOLAH

 

1.    Adakah pihak sekolah menyediakan bahan pencuci tangan (hand sanitizer) di setiap kelas?

Ya. Pihak sekolah menyediakan pencuci tangan (hand sanitizer) di tempat-tempat strategik. Kebersihan diri adalah penting dan terdapat berbagai cara untuk menjaga kebersihan tangan termasuk menggunakan sabun dan hand sanitizer. Namun, pencuci tangan (hand  sanitizer) tidak diperlukan jika kita mencuci tangan dengan teliti dan teratur dengan menggunakan sabun. Sesetengah individu juga mungkin sensitif terhadap sanitizers. Selain itu, electrical hand dryer dan disposable paper hand towel ada disediakan disebilangan tandas-tandas sekolah-sekolah berkenaan. 


2.    Apakah langkah/usaha pihak Sekolah/ Maktab/ Pusat Tingkatan Enam (PTE)/ Institut Pendidikan Teknikal Brunei (IBTE)/ Politeknik Brunei (PB)/ Institut-Institut Pengajian Tinggi (IPT) untuk mengurangkan risiko dari sebarang penyakit yang berjangkit?

Kementerian Pendidikan telah mengambil beberapa langkah ke arah pencegahan dan pengawalan jangkitan COVID-19 dengan menyediakan Prosedur Operasi Standard (Standard Operating Procedure) bagi sekolah/maktab/PTE/IBTE/PB/IPT. Antara langkah-langkah yang dilaksanakan bagi mengurangkan risiko dari sebarang penyakit berjangkit ialah memastikan kawasan sekolah/maktab/PTE/IBTE/PB/IPT sentiasa berada dalam keadaan bersih dengan mengadakan aktiviti-aktiviti menjaga/mengekalkan kebersihan harian, kempen kebersihan secara berkala dan sebagainya. 


Selain itu, pihak Sekolah/Maktab/PTE/IBTE/PB/IPT juga akan sentiasa memantau status kesihatan pelajar. Pemeriksaan suhu akan disediakan di sekolah-sekolah. Ini akan membolehkan pemeriksaan badan di pintu utama sekolah/maktab/PTE/IBTE/PB/IPT atau bilik darjah/kuliah sebelum pendaftaran harian akan dijalankan. 

Kita juga perlu mengikuti saluran berita rasmi bagi memahami situasi jangkitan COVID-19 yang terkini serta memberi tumpuan kepada simptom-simptom yang memerlukan perhatian seperti:

·      Demam panas

·      Batuk

·      Selesma

·      Sakit tekak

·      Sakit kepala

·      Susah bernafas atau sesak nafas

·      Rasa kurang sihat

·      Sakit perut atau cirit-birit

 


B.     MEMASTIKAN SEKOLAH TETAP BERJALAN


3.    Kenapa sekolah masih mempunyai perhimpunan, CCA, dan acara sekolah yang lain seperti perjalanan pembelajaran dan perkumpulan?

Setakat ini, belum ada arahan daripada pihak berkenaan mengenai menghentikan perhimpunan. Pihak Kementerian Pendidikan melalui Jabatan Sekolah-Sekolah telahpun menasihatkan pihak sekolah untuk mengurangkan perhimpunan pagi (assembly). 



C.    PENGASINGAN DIRI (SELF-ISOLATION)


4.    Apakah yang dimaksudkan dengan pengasingan diri (self-isolation)?

Pengasingan Diri (Self-Isolation) dikeluarkan kepada para pelajar dan kakitangan sekolah yang kembali dari luar negara khususnya Republik Rakyat China. Pengasingan Diri (Self-Isolation) merupakan langkah bagi individu untuk mengasingkan diri di rumah dan mengelakkan dari mengunjungi tempat-tempat awam. Adalah dinasihatkan agar mereka yang berada dalam Pengasingan Diri (Self-Isolation) untuk bertanggungjawab secara sosial dan mematuhi Pengasingan Diri (Self-Isolation) supaya mencegah dan mengawal kemungkinan berlakunya jangkitan.

 

5.    Apakah langkah/tindakan yang perlu diambil oleh para pelajar dan juga ibu bapa semasa pengasingan diri (self-isolation)?

Para pelajar yang sedang dalam tempoh Pengasingan Diri (Self-Isolation) adalah dinasihatkan untuk:

•   Berada di rumah

•   Memakai mask

•.  Mengelakkan dari datang ke sekolah seperti mengambil nota atau kertas pembelajaran

•   Mengelakkan dari mengunjungi tempat-tempat tumpuan ramai

•   Mengelakkan dari menyentuh haiwan hidup yang sakit termasuk binatang ternakan dan burung

•   Mengelakkan dari memakan daging yang mentah atau tidak dimasak dengan sempurna

•  Sentiasa menjaga dan mengamalkan kebersihan diri dengan baik termasuklah kerap membasuh tangan dengan air yang bersih dan sabun atau bahan pencuci tangan (hand sanitizer) dan menutup mulut dan hidung ketika bersin atau batuk

•   Membaca zikir/doa bagi menjauhi/mengelakkan penyakit-penyakit yang berjangkit

 

Selain itu, ibu bapa atau/penjaga dinasihatkan untuk memantau status kesihatan pelajar secara berterusan dari salah satu simptom-simptom berikut:

  • Demam panas
  • Batuk
  • Selesma
  • Sakit tekak
  • Sakit kepala
  • Susah bernafas atau sesak nafas
  • Rasa kurang sihat
  • Sakit perut atau cirit-birit
  • Ibu bapa juga akan dihubungi oleh pihak sekolah mengenai status kesihatan pelajar sewaktu Pengasingan Diri (Self-Isolation) untuk pemantauan pihak sekolah dan Kementerian Pendidikan

     

6.    Adakah kakitangan sekolah yang lain dan vendor kantin juga dilindungi di bawah langkah Pengasingan Diri (Self-Isolation)?

Ya. Pengasingan Diri (Self-Isolation) meliputi tenaga pengajar, kakitangan sekolah, vendor kantin dan kakitangan sekolah yang lain termasuk kerani, pembantu pejabat (peon), pembersih, pengawal keselamatan, buruh, tukang kebun, pustakawan dan juruteknik makmal. 


7.    Apakah tindakan pihak Sekolah/Maktab/PTE/IBTE/PB/IPT jika ada pelajar menunjukkan salah satu simptom jangkitan semasa berada di sekolah?

Pihak sekolah/maktab/PTE/IBTE/PB/IPT hendaklah menghubungi ibu bapa atau penjaga untuk membawa balik pelajar tersebut dan dinasihatkan untuk mendapatkan pemeriksaan dan rawatan segera di Pusat Kesihatan atau klinik berdekatan. Pelajar berkenaan akan dibawa ke bilik Sick Bay sementara menunggu ibu bapa atau penjaga. Disamping itu, pelajar tersebut hendaklah memakai mask semasa berada di sekolah/maktab/PTE/IBTE/PB/IPT. 

Pihak ibu bapa/penjaga hendaklah melaporkan kepada pihak sekolah mengenai status terkini kesihatan pelajar setelah mendapat pemeriksaan dan rawatan di pusat kesihatan atau klinik berdekatan.

 

8.    Sebagai ibu bapa, adakah kami tidak perlu menghantar anak-anak ke sekolah jika mereka mengalami salah satu simptom jangkitan?

Ibu bapa/Penjaga dinasihatkan untuk membawa anak-anak bagi mendapatkan pemeriksaan dan rawatan segera di pusat kesihatan atau klinik berdekatan. Setelah itu, melaporkan status kesihatan pelajar kepada pihak sekolah.

 

9.      Apakah usaha pihak Sekolah/Maktab/PTE/IBTE/PB/IPT dalam memastikan pelajar tidak ketinggalan dalam pembelajaran/ pengajian semasa menjalani tempoh pengasingan (self-isolation)?

Dalam tempoh pengasingan diri (self-isolation), pembelajaran pelajar akan disokong dengan home-based learning plan. Pihak sekolah akan menghantar kerja/nota pembelajaran melalui emel. Jika tidak, ibu bapa disarankan untuk datang ke sekolah untuk mengambil bahan-bahan pembelajaran.


*Dikemaskini: 19 Februari 2020