Recitation of Surah Yaasiin and Tahlil Ceremony In conjunction with the 29th Teacher’s Day Celebration, 2019

Sep 19, 2019

Thursday, 19 September 2019- In conjunction with the nation's 29th Teacher's Day Celebration, the Ministry of Education (MoE) and Ministry of Religious Affairs (MoRA), today organised the recitation of Surah Yaasiin and Tahlil for Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien ibni Al-Marhum Sultan Muhammad Jamalul Alam and Al-Marhumah Duli Raja Isteri Pengiran Anak Damit binti Al-Marhum Pengiran Bendahara Pengiran Anak Abdul Rahman, the late parents of His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam at the Royal Mausoleum in Jalan Kubah Makam Diraja.

The Minister of Religious Affairs, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman and Minister of Education, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Hamzah bin Haji Sulaiman were present during the ceremony as Co-chairmen of the Executive Committee for the 29th Teacher's Day Celebration, 2019.

Also present at the event were the Yang Mulia Dato Seri Setia Haji Abdul Aziz bin Orang Kaya Maharaja Lela Haji Yussof, Permanent Secretary, MoRA; Yang Mulia Dr. Haji Azman bin Ahmad, Permanent Secretary (Higher Education), MoE and members of the Teacher's Day Executive Committee, as well as the heads of department and senior officers from both ministries.

The mass Surah Yaasiin recitation was led by Pengiran Mohamad Aminuddin bin Pengiran Haji Hussin, Religious Education Officer, Islamic Studies Department, followed by the recitation of Tahlil and Doa Arwah.

Nearly 400 people attended the event comprising officers and staff including teachers and students from schools, colleges, higher learning institutions and technical from the Ministry of Education and Ministry of Religious Affairs.

The Tahlil ceremony was part of the religious activities held in conjunction with the Teacher's Day celebration conducted by the MoE and MoRA.

The main event of the celebration this year will be held on 23rd September 2019 at the Plenary Hall of International Convention Centre (ICC) in Berakas. The theme for this year's celebration is 'Quality Education As The Core of Learners' Excellence' (Pendidikan Berkualiti Teras Kecemerlangan Pelajar).

A Doa Kesyukuran ceremony in conjunction with the celebration will be held on the 21st September at Omar 'Ali Saifuddien Mosque in the capital. 

Meanwhile, a nationwide 'Doa Kesyukuran' ceremony for the schools under the MoE and MoRA will be held on 26th September 2019 in respective schools. 

IMG-20190919-WA0015.jpg

IMG-20190919-WA0017.jpg

________________________________________________________


MAJLIS MEMBACA SURAH YAASIN DAN TAHLIL 

SEMPENA SAMBUTAN HARI GURU NEGARA BRUNEI DARUSSALAM 

KE 29, TAHUN 2019

 

Khamis, 19 September 2019- Kementerian Pendidikan dan Kementerian Hal Ehwal Ugama petang tadi telah mengadakan Majlis Membaca Surah Yaasiin dan Tahlil sempena Sambutan Hari Guru Negara Brunei Darussalam Ke-29, Tahun 2019. Majlis berlangsung di Kubah Makam Diraja. Majlis Membaca Surah Yaasiin dan Tahlil tersebut adalah khusus bagi Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien ibni Al-Marhum Sultan Muhammad Jamalul Alam dan Al-Marhumah Duli Raja Isteri Pengiran Anak Damit binti Al-Marhum Pengiran Bendahara Pengiran Anak Abdul Rahman.

 

Hadir di majlis tersebut ialah Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman dan Menteri Pendidikan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Hamzah bin Haji Sulaiman yang juga selaku Pengerusi-Pengerusi Bersama Jawatankuasa Tertinggi Sambutan Hari Guru Negara Brunei Darussalam Ke-29 Tahun 2019.

 

Turut hadir ialah Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Ugama, Yang Mulia Dato Seri Setia Awang Haji Abdul Aziz bin Orang Kaya Maharaja Lela Haji Yussof; Setiausaha Tetap Pengajian Tinggi Kementerian Pendidikan, Yang Mulia Dr. Haji Azman bin Ahmad dan Ahli-Ahli Jawatankuasa Tertinggi yang lain. Juga hadir ialah Ketua-Ketua Jabatan dan Pegawai-Pegawai Kanan dari Kementerian Hal Ehwal Ugama dan Kementerian Pendidikan.

 

Bacaan Surah Yaasiin beramai-ramai dipimpin oleh Yang Mulia Pengiran Mohamad Aminuddin bin Pengiran Haji Hussin, Pegawai Pelajaran Ugama, Jabatan Pengajian Islam, Kementerian Hal Ehwal Ugama yang juga mengepalai bacaan Tahlil dan Doa Arwah.

 

Kira-kira seramai 400 orang terdiri daripada pegawai dan kakitangan termasuk guru-guru dari sekolah-sekolah, maktab-maktab, institusi pengajian tinggi dan teknikal daripada Kementerian Pendidikan dan Kementerian Hal Ehwal Ugama hadir pada majlis berkenaan.

 

Majlis bertahlil ini merupakan sebahagian daripada kegiatan-kegiatan keagamaan bersempena dengan Sambutan Hari Guru Negara Brunei Darussalam yang dikendalikan secara kolaborasi antara kedua-dua kementerian iaitu Kementerian Pendidikan dan Kementerian Hal Ehwal Ugama.

 

Kemuncak Majlis Sambutan Hari Guru Negara Brunei Darussalam Ke-29 Tahun 2019 akan diadakan pada hari Isnin, 23 September 2019 ini bertempat di Dewan Plenary, Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas dengan tema "Pendidikan Berkualiti Teras Kecemerlangan Pelajar ". 

 

Sementara itu, Majlis Doa Kesyukuran akan diadakan pada petang Sabtu, 21 September 2019M bertempat di Masjid Omar 'Ali Saifuddien, Bandar Seri Begawan. 

 

Manakala Majlis Doa Kesyukuran sempena Sambutan Hari Guru bagi peringkat sekolah-sekolah di bawah kawalan Kementerian Pendidikan dan Kementerian Hal Ehwal Ugama seluruh negara akan diadakan pada hari Khamis, 26 September 2019 di sekolah masing-masing.