Nuzul Al-Quran Celebration 1440H/2019M

May 27, 2019

WhatsApp Image 2019-05-27 at 11.30.53.jpeg

In conjunction with Nuzul Al-Quran, Ministry of Education through the Human Resource Development Division, today organized the Ministry of Education Nuzul Al Quran celebration for the year 1440H/2019M. The event was held this morning at the Main Hall, Department of Curriculum Development Building, Ministry of Education.

Present as the guest of honour was Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Hamzah bin Haji Sulaiman, the Minister of Education.

Also present was Yang Mulia Datin Seri Paduka Dr. Hajah Romaizah binti Haji Mohd Salleh, the Deputy Minister of Education.

The gathering began with the recitation of Surah Al-Fatihah led by Yang Mulia Mohamad Sa'at bin Haji Mokim, Education Officer, from the Department of Schools, Ministry of Education.

WhatsApp Image 2019-05-27 at 11.30.55.jpeg

The event was followed by the recitation of verses of the Al-Quran from Surah Al-Muzzammil, Verse 1 until 9 by Yang Mulia Awang Mohammad Hamiz Mirza bin Haji Sudirman, a Year 10 student from Sekolah Menengah Sultan Muhammad Jamalul Alam and champion for the secondary level in the 2018 Inter-School Tilawah Al-Quran Competition. The essence of the translation of the verses was then read by Yang Mulia Awang Haji Mahathir @ Adam Bin Haji Mokhtar, an Education Officer from the Department of Schools, Ministry of Education.

WhatsApp Image 2019-05-27 at 11.30.53 (1).jpeg

The highlight of the event was a religious talk based on this year's National Nuzul Al Quran theme, 'Memperkasa Pembelajaran Al-Quran' presented by Pengiran Abdul Basit bin Pengiran Haji Zaini, a Certified Religious Speaker from the Brunei Islamic Religious Council (MUIB).

The objectives of this celebration are to commemorate and appreciate Al-Quran by instilling interest and understanding of the Holy Quran and reflect upon the sovereign and greatness of Allah Subahanhu Wata'ala. It will also give awareness to Ministry of Education employees about the importance of Al Quran towards achieving spiritual harmony and healing for Muslims.

Also present were Yang Mulia Dr Shamsiah Zuraini Kanchanawati binti Haji Tajuddin, Permanent Secretary (Core Education) Ministry of Education; Heads of Departments, senior officers, officers and staffs from Ministry of Education.

___________________________________________________

MAJLIS SAMBUTAN MEMPERINGATI NUZUL AL-QURAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN 1440H/2019M

 

 Kementerian Pendidikan melalui Bahagian Perkembangan Sumber Tenaga Manusia, hari ini telah mengadakan Majlis Sambutan Nuzul Al-Quran bagi peringkat Kementerian Pendidikan tahun 1440H/2019M di Dewan Utama, Jabatan Perkembangan Kurikulum, Bangunan Baru Kementerian Pendidikan.

Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Hamzah bin Haji Sulaiman, Menteri Pendidikan.

Juga hadir ialah Yang Mulia Datin Seri Paduka Dr. Hajah Romaizah binti Haji Mohd Salleh, Timbalan Menteri Pendidikan.

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang dipimpin oleh Yang Mulia Awang Mohamad Sa'at bin Haji Mokim, Pegawai Pendidikan, Jabatan Sekolah-Sekolah, Kementerian Pendidikan.

Acara diteruskan dengan Bacaan ayat-ayat Al-Quran iaitu Surah Al-Muzzammil Ayat 1 hingga 9 yang dibacakan oleh Yang Mulia Awang Mohammad Hamiz Mirza bin Haji Sudirman, Pelajar Tahun 10 di Sekolah Menengah Sultan Muhamad Jamalul Alam dan merupakan johan pertandingan Tilawah Al-Quran di antara sekolah-sekolah peringkat menengah pada tahun 2018. Manakala, intisari ayat Al-Quran disampaikan oleh Yang Mulia Awang Haji Mahathir @ Adam Bin Haji Mokhtar, Pegawai Pelajaran dari Jabatan Sekolah-Sekolah, Kementerian Pendidikan.

Acara kemudian diikuti dengan ceramah khas yang berasaskan tema Majlis Sambutan Nuzul Al-Quran Peringkat Negara Tahun 1440H/2019M iaitu 'Memperkasa Pembelajaran Al-Quran' dan disampaikan oleh Yang Mulia Ustaz Pengiran Abdul Basit bin Pengiran Haji Zaini, penceramah bertauliah dari Majlis Ugama Islam Brunei (MUIB).

Antara tujuan majlis ini diadakan adalah bagi memperingati dan menghayati keagungan dan kebesaran Allah Subhanahu Wata'ala sempena hari Nuzul Al-Quran dengan cara menanamkan minat membaca dan mendalami isi Al-Quran. Disamping itu, ianya juga dapat memberi kesedaran dan keinsafan di kalangan warga Kementerian Pendidikan tentang kepentingan Al-Quran kerana Al-Quran adalah penawar dan santapan rohani bagi orang-orang muslim.

Turut hadir di majlis tersebut ialah Yang Mulia Dr Shamsiah Zuraini Kanchanawati binti Haji Tajuddin, Setiausaha Tetap (Pendidikan Teras) Kementerian Pendidikan; Ketua-Ketua Jabatan serta pegawai-pegawai dan kakitangan Kementerian Pendidikan.