Ministry of Education Holds Tahlil Ceremony at Royal Mausoleum 2019

May 25, 2019

The Ministry of Education organised a Yassin and Tahlil ceremony at the Royal Mausoleum for the late parents of His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam, Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien ibni Al-Marhum Sultan Muhammad Jamalul Alam and Al-Marhumah Duli Raja Isteri Pengiran Anak Damit binti Al-Marhum Pengiran Bendahara Pengiran Anak Abdul Rahman.

Present to lead the congregation was Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Hamzah bin Haji Sulaiman, Minister of Education.

WhatsApp Image 2019-05-25 at 14.31.50.jpeg

Also present were the Permanent Secretary (Higher Education) and Acting Vice Chancellor of Universiti Teknologi Brunei.

Also in attendance were 100 officers comprising of Heads of Departments, senior officers, officers and staffs of Ministry of Education.

The recitation of Surah Yaa Siin and Tahlil was led by Awang Faizal Bin Janip/Rosli, Mosque Affairs Officer from the Department of Religious Affairs.

The ceremony marked one of the annual religious events by Ministry of Education and departments under it, held in the spirit of the holy month of Ramadhan to increase deeds of worship and strengthen ties between the personnel in Ministry of Education. This year, the ceremony is organised by the Department of Administration and Services, Ministry of Education.

_________________________________________________________________

MAJLIS TAHLIL DI KUBAH MAKAM DIRAJA PADA BULAN RAMADHAN TAHUN 1440 HIJRAH / 2019 MASEHI KEMENTERIAN PENDIDIKAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

Kementerian Pendidikan hari ini mengadakan Majlis Membaca Surah Yaa Siin dan Tahlil di Kubah Makam Diraja bagi paduka ayahanda dan paduka bonda Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, iaitu Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien ibni Al-Marhum Sultan Muhammad Jamalul Alam dan Al-Marhumah Duli Raja Isteri Pengiran Anak Damit binti Al-Marhum Pengiran Bendahara Pengiran Anak Abdul Rahman.  

Rombongan berkenaan diketuai oleh Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Hamzah bin Haji Sulaiman, Menteri Pendidikan.

Turut hadir di majlis tersebut ialah Setiausaha Tetap (Pengajian Tinggi) dan Pemangku Naib Canselor Universiti Teknologi Brunei. 

Seramai 100 orang peserta lelaki menyertai majlis berkenaan yang terdiri daripada ketua-ketua jabatan, pegawai-pegawai kanan, pegawai-pegawai dan kakitangan Kementerian Pendidikan.

Bacaan Surah Yaa Siin dan Tahlil bagi majlis ini dipimpin oleh Awang Faizal Bin Janip/Rosli, Pegawai Hal Ehwal Masjid dari Jabatan Hal Ehwal Masjid.

Majlis ini merupakan salah satu aktiviti keagamaan tahunan Kementerian Pendidikan dan jabatan-jabatan di bawahnya bagi menyemarakkan bulan Ramadhan Al-Mubarak untuk meningkatkan amalan ibadah dan mengeratkan hubungan silaturrahim dikalangan warga di kementerian tersebut. Pada tahun ini, majlis berkenaan dikendalikan oleh Jabatan Pentadbiran dan Perkhidmatan-Perkhidmatan, Kementerian Pendidikan.