290 Received The 2018 Outstanding Achievers’ Awards (Anugerah Pelajar Cemerlang APC)

May 1, 2019
The Ministry of Education through the Department of Examinations, the Department of Schools, the Private Education Section and the Special Education Unit in collaboration with The Cambridge Assessment International Educations (CAIE) today organised The 2018 Outstanding Achievers’ Awards is to highlight students’ excellent achievements in the Brunei Cambridge GCE ‘A’/International Baccalaureate, ‘AS’ and ‘O’ level Examinations, Penilaian Pearson BTEC Level 2 Extended Certificate and Penilaian Sekolah Rendah (PSR). The event was held at the Serambi Suluh Hall, Tarindak D’Seni, Brunei Arts and Handicraft Training Centre, Bandar Seri Begawan.

Present at the ceremony were Yang Amat Mulia Pengiran Anak Haji Mohammed Al-Mokhtar bin Pengiran Lela Cheteria Sahibun Najabah Pengiran Anak Haji Abdul Aziz of which a daughter of Yang Amat Mulia’s, was the recipient of the 2018 Outstanding Achiever’s Award.

Present as the Chief Guest at the event was Yang Berhormat, Dato Seri Setia Awang Haji Hamzah bin Haji Sulaiman , Minister of Education. 

Yang Mulia, Datin Seri Paduka Dr. Hajah Romaizah binti Haji Mohd. Salleh, Deputy Minister of Education, was also present.

A total of 290 recipients received their awards in the ceremony. Categories awarded were:- 

(i).   Cambridge Outstanding Achiever Awards, 
(ii).  Excellence in BC-GCE ‘A’ Level/International Bachelorette 
(iii).  Excellence in BC-GCE ‘O’ Level/IGSCE, 
(iv).  Pearson BTEC Level 2 Extended Certificate, 
(v).   Excellence in Penilaian Sekolah Rendah (PSR),
(vi).  Special awards from the Special Education Unit and 
(vii).  Bank Islam Brunei Darussalam (BIBD) Award. 

Cambridge Outstanding Achievers’ Awards recipients received trophies, certificates and prizes from the Cambridge Assessment International Education Board. Meanwhile, students awarded Outstanding Achievers’ Awards received trophies, certificates and cash from the Ministry of Education with complementary prizes from Bank Islam Brunei Darussalam (BIBD). For special awards from Bank Islam Brunei Darussalam (BIBD), top achiever of BC GCE “A” Level received $1  000, top achiever of  BC GCE “O” Level received $800 and top achiever of PSR received $500.

The ceremony was aimed to acknowledge and appreciate students who achieved academic excellence, particularly in national public examinations. It was also to motivate students to be more avid in striving for excellence in the future. At the same time, the ceremony was to acknowledge parents, guardians and schools for initiatives towards the students’ achievements.

The ceremony began with the recital of Surah Al-fatihah and prayer led by Awang Mohd Aqiel Hidayat@Mohd Azhar bin Haji Zulfa Hidaya, a Pra U Umum 1 Ibnu Yunus Assadafi student from Hassanal Bolkiah Arabic Boys Secondary School who was a winner of Category D National Musabaqah Menghafaz Al Quran  serta pemahamanya, followed by a Quran Recital by Awang Mohammad Hamiz Mirza bin Haji Sudirman, a year 10GP2 student from Sultan Muhammad Jamalul Alam (SMJA) Secondary School who was the winner of the National Tilawah Al-Quran for Secondary Schools and Sixth Form Centre 2018.

Agendas then proceeded with a welcoming speech from the co-chairperson, Yang Mulia Awang Ali Hazis bin Haji Muhamad Tahir,  Director of Examinations, Ministry of Education followed by the award presentations by Yang Berhormat Minister of Education.

Also attending the ceremony were Yang Mulia Dr. Haji Azman bin Ahmad, Permanent Secretary (Higher Education), Ministry of Education; Yang Mulia Awang Aliuddin bin Haji Abdul Rahman, Acting Permanent Secretary (Core Education), Ministry of Education; Yang Mulia Dr. Chin Wei Keh, Acting Deputy Permanent Secretary (Higher Education), Ministry of Education; Yang Mulia Dayang Hajah Anis Faudzulani binti Haji Dzulkiflee, Acting Director General of Education; Directors and Senior Officers from the Ministry of Education, School Leaders,  parents and guardians.

___________________________________________________________________________

Kementerian Pendidikan melalui Jabatan Peperiksaan, Jabatan Sekolah-Sekolah, Bahagian Pendidikan Swasta dan Unit Pendidikan Khas serta dengan kerjasama  pihak Cambridge Assessment International Education (CAIE) pada pagi ini telah mengadakan Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang, Kementerian Pendidikan 2018 bagi pelajar-pelajar yang mencapai kecemerlangan dalam Brunei Cambridge GCE ‘A’ Level (Peringkat Lanjutan)/International Baccalaureate, Brunei Cambridge GCE ‘O’ Level (Peringkat Biasa)/IGCSE, Pearson BTEC Level 2 Extended Certificate dan Penilaian Sekolah Rendah (PSR). Majlis berlangsung di Dewan Serambi Suluh, Tarindak D’Seni, Pusat Kesenian dan Pertukangan Tangan Brunei, Bandar Seri Begawan.

Berangkat ke majlis ini ialah Yang Amat Mulia Pengiran Anak Haji Mohammed Al-Mokhtar bin Pengiran Lela Cheteria Sahibun Najabah Pengiran Anak Haji Abdul Aziz beserta kerabat yang mana salah seorang anaknda Yang Amat Mulia adalah penerima Anugerah Pelajar Cemerlang Tahun 2018. 

Hadir selaku tetamu Khas di majlis pada pagi ini ialah Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Hamzah bin Haji Sulaiman, Menteri Pendidikan, Negara Brunei Darussalam.

Turut hadir ialah Yang Mulia Datin Seri Paduka Dr. Hajah Romaizah binti Haji Mohd. Salleh, Timbalan Menteri Pendidikan, Negara Brunei Darussalam.

Seramai 290 orang pelajar dari Sekolah-Sekolah Rendah, Menengah, Maktab dan Pusat Tingkatan Enam Kerajaan dan Pendidikan Swasta seluruh negara telah  menerima anugerah mereka  mengikut kategori yang telah ditetapkan iaitu:-

 i).  Anugerah Cambridge Outstanding Achiever Awards, 
ii).   Anugerah Pelajar Cemerlang dalam BC-GCE ‘A’ Level/International 
       Baccalaureate, 
iii).  Anugerah Pelajar Cemerlang dalam BC-GCE ‘O’ Level/IGCSE, 
iv).  Anugerah Pelajar Cemerlang dalam Pearson BTEC Level 2 Extended Certificate, 
 v).  Anugerah Pelajar Cemerlang dalam Penilaian Sekolah Rendah (PSR), 
vi).  Anugerah Khas (Unit Pendidikan Khas) dan 
vii).  Anugerah Bank Islam Brunei Darussalam (BIBD). 

Setiap penerima Anugerah Pencapaian Cemerlang Cambridge (Cambridge Outstanding Achievers Award) menerima trofi, sijil pencapaian dan hadiah khas daripada Cambridge Assessment International Education (CAIE). Bagi penerima-penerima Anugerah Pelajar Cemerlang pula, mereka menerima trofi, sijil penghargaan, wang tunai dan hadiah sumbangan daripada Bank Islam Brunei Darussalam (BIBD). Manakala bagi penerima-penerima Anugerah Khas Bank Islam Brunei Darussalam (BIBD), mereka akan menerima wang tunai $1000 bagi penerima BC-GCE ‘A’ Level, $800 bagi penerima BC-GCE ‘O’ Level dan $500 bagi penerima Penilaian Sekolah Rendah (PSR).

Antara tujuan dan objektif Anugerah Pelajar Cemerlang 2018 ini diadakan ialah untuk memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada pelajar-pelajar yang menunjukkan kecemerlangan dalam bidang akademik khususnya di dalam peperiksaan awam, sebagai dorongan serta galakan kepada pelajar-pelajar supaya lebih bersemangat dalam meraih kecemerlangan di masa hadapan, sebagai menunjukkan sikap pemedulian secara berterusan Kementerian Pendidikan dalam pendidikan, untuk memberikan penghargaan kepada ibu bapa/penjaga agar memberi sokongan dan dorongan yang berterusan kepada anak-anak mereka dan untuk memberikan pengiktirafan kepada pihak sekolah atas inisiatif yang dilaksanakan sepanjang tahun dalam mencapai keputusan cemerlang di dalam peperiksaan Awam. 

Terdahulu majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al Fatihah dan doa selamat yang dipimpin oleh Awang Mohd Aqiel Hidayat@Mohd Azhar bin Haji Zulfa Hidaya, pelajar Pra Umum 1 Ibnu Yunus Assadafi dari Sekolah Menengah Arab Lelaki Hassanal Bolkiah (SMALHB), Johan Kategori D Musabaqah Menghafaz Al-Quran berserta Pemahamannya Peringkat Kebangsaan Tahun 2016, kemudian diikuti dengan bacaan ayat-ayat Suci Al-Quran oleh Awang Mohammad Hamiz Mirza bin Haji Sudirman, pelajar Tahun 10GP2 dari Sekolah Menengah Sultan Muhammad Jamalul Alam (SMJA) yang merupakan Johan Pertandingan Tilawah Al-Quran peringkat Sekolah-Sekolah Menengah dan Maktab Senegara Tahun 2018.

Majlis kemudian diteruskan dengan ucapan alu-aluan oleh Pengerusi Bersama Majlis, Yang Mulia Awang Ali Hazis bin Haji Muhamad Tahir, Pengarah Peperiksaan, Kementerian Pendidikan dan seterusnya penyampaian anugerah kepada pelajar-pelajar yang disempurnakan oleh Yang Berhormat Menteri Pendidikan.

Turut hadir dalam majlis ini ialah Yang Mulia Awang Aliuddin bin Haji Abdul Rahman Pemangku Setiausaha Tetap (Pendidikan Teras) Kementerian Pendidikan, Yang Mulia Dr. Haji Azman bin Ahmad, Setiausaha Tetap (Pengajian Tinggi), Kementerian Pendidikan, Yang Mulia Dr. Chin Wei Keh, Timbalan Setiausaha Tetap (Pengajian Tinggi), Kementerian Pendidikan; Yang Mulia Dayang Hajah Anis Faudzulani binti Haji Dzulkiflee, Ketua Pengarah Pendidikan;  Pengarah-Pengarah, Pegawai-Pegawai Kanan Kementerian Pendidikan, Pemimpin-Pemimpin Sekolah, ibu bapa dan penjaga pelajar yang menerima anugerah.