Perubahan Tarikh Tutup Permohonan Biasiswa Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ke Luar Negeri bagi sidang Akademik 2018/2019 (Ogos 2018/ Julai 2019)

Feb 14, 2018

​Merujuk kepada surat pemberitahuan Kementerian Pendidikan, Negara Brunei Darussalam, Bilangan 23/2017, mengenai tarikh tutup permohonan bagi Ijazah Sarjana (Masters Degree), Ikhtisas (Professional) dan Ijazah Kedoktoran Falsafah (PhD) di muka surat 7, para 2.2 bilangan 4.

adalah dengan ini dimaklumkan, bahawa tarikh tutup permohonan bagi  Ijazah Sarjana (Masters Degree), Ikhtisas (Professional) dan Ijazah Kedoktoran Falsafah (PhD) di ubah daripada 28 Februari 2018 ke 30 Jun 2018 bagi kemasukan pengajian bermula Ogos 2018.

Sila muat turun Surat Pemberitahuan - Surat Pemberitahuan Biasiswa Kerajaan KDYMM sidang akademik 2018/2019 (diubah tarikh tutup permohonan)