‚Äč

GARISPANDU UNTUK

IBU BAPA

Garispandu untuk
Ibu-Bapa

1

2

Ikhtiarkanlah bagi mewujudkan ruang belajar yang tenang dan selesa untuk anak abiskita.

Mereka mungkin mempunyai tempat yang biasa mereka gunakan untuk membuat kerja rumah pada situasi biasa, tetapi mungkin tidak sesuai untuk diggunakan untuk jangka waktu yang panjang.

Lokasi untuk pembelajaran sebaiknya diggunakan di ruang awam/keluarga

Sekiranya abiskita boleh, sediakanlah tempat yang sunyi pada waktu tertentu terutama sekali jika anak abiskita pelajar Sekolah Menengah. Kawasan tersebut harus mempunyai akses dalam talian, jika ada di rumah. Ia juga harus berada di tempat di mana abiskita atau orang dewasa lain boleh memantau pembelajaran anak abiskita.

3

Abiskita boleh memberikan sokongan untuk anak abiskita apabila mereka belajar dari rumah dengan tip berguna ini:

  • Menubuhkan rutin kerja.
  • Memantau perhubungan dengan guru.
  • Mendaftar untuk memulakan dan menamatkan pembelajaran setiap hari.
  • Ambil peranan aktif dalam membantu anak abiskita dalam proses pembelajaran mereka.
  • Menggalakkan aktiviti fizikal dan/atau senaman.
  • Mengawas dengan kerap untuk memastikan sebarang tekanan dapat dihindari dan dibantu.
  • Pantau berapa lama anak abiskita menggunakan masa secara dalam talian.
  • Pastikan anak-anak abiskita bersosial, tetapi menetapkan peraturan yang patut dipatuhi semasa berinteraksi di media sosial mereka.
  • Menyokong anak-anak untuk belajar sendiri
  • Kanak-kanak kecil perlu pengawasan dan bantuan yang lebih banyak
  • Rujuk guru untuk sokongan tambahan dalam menyokong pembelajaran dalam talian anak-anak abiskita