Sign In

Skip Navigation LinksUrus Setia Majlis Kebangsaan Pengiktirafan Kelulusan

​​Majlis Kebangsaan Pengiktirafan Kelulusan

Majlis Kebangsaan Pengiktirafan Kelulusan (MKPK) Negara Brunei Darussalam telah dibentuk pada tahun 1990 iaitu pada menjunjung titah perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.

Bagi membantu MKPK membuat pertimbangan dan keputusan, sepuluh (10) Jawatankuasa Kecil (JKK) dalam berbagai bidang telah dibentuk iaitu seperti berikut:

  • JKK Bidang Kejuruteraan dan Seni Bina
  • JKK Bidang Pendidikan
  • JKK Bidang Pengajian Ugama Islam
  • JKK Bidang Perakaunan dan Pengurusan
  • JKK Bidang Perhubungan
  • JKK Bidang Perubatan
  • JKK Bidang Sains dan Alam Sekitar
  • JKK Bidang Undang-Undang
  • JKK bidang Ketenteraan dan Keselamatan
  • JKK bidang Teknologi Info Komunikasi

Visi
Menjadi sebuah agensi pengiktirafan yang mantap dan mempunyai reputasi di peringkat serantau dan antarabangsa.


Misi
Memastikan dan memelihara kualiti serta taraf kelulusan atau kelayakan mengikut peruntukan yang telah ditetapkan oleh Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang DiPertuan Negara Brunei Darussalam.

Tujuan Dan Matlamat MKPK

Antara lain tujuan dan matlamat MKPK adalah seperti berikut:

  • Untuk memastikan supaya nilai atau taraf sesuatu kelulusan itu adalah selaras (consistent) dan cara-cara atau kaedah penelitian terhadap kelulusan adalah juga selaras dengan keutamaan-keutamaan (priorities) negara.
  • Untuk menyediakan garis panduan mengenai pengiktirafan dan menerbitkan publikasi senarai kelulusan-kelulusan serta institusi-institusi yang diiktiraf (dalam bentuk compendium atau directory) oleh Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang DiPertuan Negara Brunei Darussalam.
  • Untuk memastikan supaya segala keutamaan adalah berdasarkan falsafah kenegaraan yang mengambil kira keadaan politik, hak, kepentingan, hasrat serta aspirasi bangsa dan negara yang berlandaskan konsep Melayu Islam Beraja.

 Tugas Dan Tanggungjawab MKPK

  • Meneliti dan menilai status serta kualiti semua kelulusan yang dikeluarkan oleh institusi-institusi tempatan dan luar negera.
  • Menubuhkan jawatankuasa-jawatankuasa khas (ad hoc committee) jika perlu untuk membantu dalam dalam hal yang berkaitan dengan penilaian dan pengiktirafan kelulusan bidang-bidang tertentu.
  • Bertindak ke atas mana-mana perkara yang berkaitan dengan bidang tugas MKPK sama ada pada menjunjung titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di Pertuan Negara Brunei Darussalam ataupun jika Majlis memikirkannya perlu berbuat sedemikian
  • Meneliti semula status mana-mana kelulusan bila masa ia diperlukan.

Urus Setia Majlis Kebangsaan Pengiktirafan Kelulusan
Ketua
Yang Mulia Awang Haji Mohd. Fadzillah bin Haji Abdullah​​
Alamat
Bilik B211 Blok B Tingkat 2
Bangunan Kementerian Pendidikan
Jalan Airport Lama
Berakas BB3510
Negara Brunei Darussalam
Talian                                                                                        
Tel. No.: +673 2380017
Fax No.: +673 2381238
Emel: mkpk@moe.gov.bn
Instagram: bdnac.moe.bn

  • Ketua Urus Setia ialah Setiausaha Eksekutif.
  • Ketua Urus Setia bertindak sebagai Setiausaha kepada MKPK.
  • Urus Setia MKPK mengurus semua hal yang berkaitan dengan pentadbiran dan perkhidmatan, menyediakan kertas-kertas kerja, mengurus dan mengatur mesyuarat-mesyuarat peringkat Jawatkuasa Kecil dan MKPK, memberi khidmat nasihat dan mengendalikan segala pertanyaan dan urusan persuratan.

Tugas Dan Tanggungjawab Urus Setia MKPK

Antara tugas dan tanggungjawab Urus Setia MKPK adalah seperti berikut:

  • Bertindak sebagai sebuah badan rujukan yang memberi khidmat nasihat tentang pengiktirafan kelulusan-kelulusan dan institusi-institusi kepada jabatan-jabatan kerajaan, sektor swasta dan urusan persuratan.
  • Mengemukakan cadangan-cadangan berhubung pengiktirafan dari segi dasar, kriteria, prosedur, proses dan keutamaan.
  • Berhubung dan berbincang dengan pihak-pihak institusi-institusi atau badan-badan luar negeri yang mempunyai bidang tugas yang sama.
Tekad Pemedulian Orang Ramai (TPOR)

Urus Setia MKPK adalah komited dalam memberikan khidmat nasihat professional berkaitan dengan pengiktirafan kursus/kelulusan/kelayakan. Untuk tujuan tersebut, Urus Setia MKPK boleh dihubungi melalui :

  • Telefon atau perjumpaan
  • Persuratan
  • Seminar, ceramah, taklimat dan forum kepada agensi-agensi kerajaan dan sector swasta serta taklimat ke Sekolah-sekolah dan Maktab-maktab.
  • E-mel
Proses Pengiktirafan

Proses pengiktirafan yang melibatkan kes-kes baru, lazimnya mengikut prosedur-prosedur berikut:-

  • Menerima dan memberi respons terhadap pertanyaan atau permohonan.
  • Mengumpulkan maklumat yang relevan.
  • Menghasilkan kertas kerja untuk pertimbangan jawatankuasa kecil.
  • Menghadapkan sokongan-sokongan jawatankuasa kecil kepada MKPK.
  • Menyampaikan keputusan MKPK kepada pemohon berkenaan.

Tempoh yang diambil untuk membuat keputusan ke atas kes-kes baru tertakluk kepada jenis-jenis kes yang dipertimbangkan.


Struktur Organisasi
Malay Version_BDNAC Sec Org Structure_2020.png


Kerangka Kelayakan Brunei Darussalam
Kerangka Kelayakan Brunei Darussalam yang mengandungi 8 peringkat adalah satu instrumen yang menyediakan garis panduan bagi mengklasifikasikan kelayakan atau kelulusan berdasarkan satu penetapan kriteria yang dipersetujui di peringkat kebangsaan dan di tanda aras (benchmark) dengan amalan terbaik antarbangsa.

Ia memberikan penjelasan mengenai tahap pembelajaran yang dicapai, hasil pembelajaran mengikut peringkat pengajian dan sistem kredit yang berasaskan beban pembelajaran. Kriteria ini diguna pakai bagi semua kelayakan yang dianugerahkan oleh sektor pendidikan yang diiktiraf di Negara Brunei Darussalam, sekali gus mengintegrasikan dan menghubungkan semua kelayakan atau kelulusan yang dikeluarkan oleh institusi pengajian di negara ini.

Perlaksanaan Kerangka Kelayakan Brunei Darussalam ini menekankan bahawa pengiktirafan dibuat oleh MKPK mensyaratkan setiap program yang akan dinilai dan diberi pengiktirafan hendaklah mematuhi syarat dan selaras dengan kriteria pengiktirafan yang digariskan dalam BDQF.

Kriteria pengiktirafan yang dimaksudkan ialah:

  1. Vision, Mission, Educational Goals and Learning Outcomes
  2. Curriculum Design and Delivery
  3. Assessment of Students
  4. Student Selection and Support Services
  5. Academic Staff
  6. Educational Resources
  7. Programme Leadership and Administration
  8. Programme Monitoring
  9. Review and Continual Quality Improvement.

Untuk keterangan lanjut sila tekan sini.

Institusi -Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) Dan Kursus-Kursus Kelolaan IPTS Yang Diiktiraf

Terdapat 8 institusi-institusi pengajian tinggi swasta di Negara Brunei Darussalam.

1. International Graduate Studies College - List of Courses
2. Laksamana College of Business - List of Courses 
3. Micronet International College - List of Courses
4. Cosmopolitan College of Commerce and Technology - List of Courses
5. KEMUDA Institute Services Sdn. Bhd - List of Courses
6. BICPA Academy Sdn. Bhd - List of Courses
7. Mahakarya Institute of the Arts Asia - List of Courses
8. HADtech College - List of Courses

Sebarang kelayakan yang tidak disenaraikan dalam syarat kemasukan yang ditetapkan oleh MKPK dikehendaki merujuk kepada Urus Setia MKPK bagi maklumat lanjut.
Bagi tujuan permohonan kepada Institusi Pengajian Tinggi Swasta, pemohon dinasihati untuk menghubungi institusi berkenaan secara langsung.


Muat Turun Dokumen
Brunei Darussalam National Accreditation Council Order, 2011


Borang Permohonan
1. Recognition of Qualification
2. Application Guideline for Recognition of Programs/ Courses Conducted by Private Institutions


*Updated 01.02.2024