Sign In

Skip Navigation LinksPusat STEP

Visi

Pendidikan yang berkualiti, bangsa yang dinamik 

Misi

Mempromosikan pendidikan STEAM ke arah inovasi melalui perlaksanaan Program STEAM yang bermutu tinggi 


Pengenalan
​Ketua
Yang Mulia Dayang Hajah Suriani binti Haji Noor Hashim
​Alamat​Pusat Kerjasama Sains Teknologi dan Alam Sekitar (Pusat STEP)
Tingkat 2, Blok A
Bangunan Sekolah Rendag Pengiran Anak Puteri Besar
Jalan Lumapas, Kampong Lupak Luas,
Mukim Lumapas, BJ2524
Negara Brunei Darussalam
​Nombor Telefon
Tel. No.    : 2335961/ 2200163
Fax No.    : 2335963
E-mail      : step@moe.gov.bn
Instagram: stepcentrebrunei

​Huraian

Misi utama Pusat Kerjasama Sains Teknologi dan Alam Sekitar (STEP) ialah untuk mempromosikan Pendidikan STEAM (Sains, Teknologi, Kejuruteraan, Kreativiti & Matematik) melalui penglibatan yang berkesan dalam Pendidikan STEAM ke arah nilai-nilai Inovatif. Ini dicapai dengan memberi kefahaman dan menarik minat pelajar ke arah Pendidikan STEAM melalui penyediaan platform bagi pelaksanaan Program STEAM yang bermutu dan kerjasama yang berkesan dengan pihak relevan.

Sebanyak tujuh (7) buah program ikonik diperkembangkan untuk menggalakkan penglibatan pelajar dalam aktiviti STEAM seperti berikut:

  1. F1 in Schools (pertandingan)
  2. Students in STEAM (pertandingan)
  3. R.E.A.L. Learning (pertandingan pipeline)
  4. STEAM Outreach Programme (outreach & latihan)
  5. Green School Gardening (latihan & bantuan)
  6. Green Initiatives (platform sokongan)
  7. STEAM for Future (latihan kemahiran)

Objektif

Untuk memastikan:
  • Kefahaman dan minat pelajar terhadap Pendidikan STEAM.
  • Penglibatan pelajar dalam Pendidikan STEAM dan Program-Program STEAM.
  • Peningkatan kualiti inovasi melalui kerjasama yang berkesan melalui Pendidikan STEAM.
  • Pembangunan sumber Pendidikan STEAM (termasuk program dan peluang-peluang penglibatan).
Fungsi

  • Menyediakan platform kepada pihak sekolah dan membantu guru-guru untuk melibatkan pelajar dalam program dan aktiviti STEAM.
  • Meningkatkan bilangan pelajar yang menyertai Program STEAM dan juga mengikuti Aliran Sains di sekolah-sekolah.
  • Memupuk minat pelajar dan memberikan kefahaman kepada pelajar tentang kepentingan mata pelajaran STEAM (Science, Technology, Engineering, Art & Mathematics) dan program STEAM.
  • Memberikan peluang yang sama (to ensure equality and address inequality) kepada pelajar-pelajar yang berkemahiran/inovatif untuk menyertai program STEAM dan tidak hanya tertumpu kepada pelajar-pelajar dari Aliran Sains sahaja.
  • Memastikan bahawa Program STEAM yang disediakan kepada pelajar-pelajar adalah berkualiti dan relevan kepada keperluan industri global pada masa ini dan yang akan datang.
  • Mendokong usaha Kementerian Pendidikan untuk meningkatkan inovasi dan kemahiran berfikir (problem solving) di kalangan pelajar.
  • Memupuk minda dan budaya inovasi dalam diri pelajar.
Units

  • Administration and Finance Unit
  • STEAM Enhancement Unit
  • Innovation Unit 
    Engineering, ICT and Technology Programme
    - Agriculture and Environment Programme

Perkhidmatan

Pusat Kerjasama Sains, Teknologi dan Alam Sekitar (Pusat STEP) berperanan untuk mempromosi kepentingan Pendidikan STEAM dan memberikan pendedahan awal kepada pelajar-pelajar sekolah mengenai kemahiran STEAM (Science, Technology, Engineering, Art & Mathematics). Dalam pada itu, sebanyak empat (04) jenis perkhidmatan telah pun dikenalpasti bagi pengendalian program-program dan kemahiran-kemahiran STEAM dapat diperkenalkan secara efisien. 

Bil.Jenis Perkhidmatan yang ditawarkanKeterangan
1.

Perlaksanaan program-program STEAM Pusat STEP

(sebanyak 7 iconic program ditawarkan)

STEAM RELATED COMPETITIONS

1.       F1 in Schools

2.       Students in STEAM

3.       R.E.A.L. Learning

STEAM OUTREACH PROGRAMME 4.       20 pakej STEAM Outreach ditawarkan bagi tahun 2021 (jumlah pakej adalah tertakluk juga kepada penawaran pakej dari rakan-rakan strategik)
AGRICULTURE AND ENVIRONMENT PROGRAM

5.       Green School Gardening

6.       Green Initiatives

FOCUSSED & SKILLS ORIENTED7.       STEAM for Future
2.

Kesedaran dan Jerayawara

 

Pusat STEP bekerjasama dengan pelbagai agensi dalam negeri syarikat-syarikat tempatan seperti UBD, UTB, IBTE, Tenaga Suria Brunei, JASTRe, Seria Energy Lab, Jabatan Perkhidmatan Air dan sebagainya, bagi sama-sama memfasiltasi program-program yang menekankan dan mempromosikan kepentingan kemahiran yang mampan masa depan dengan menyelaraskan lawatan sambil belajar untuk mendedahkan pelajar-pelajar kepada pengetahuan yang tertentu mengikut keperluan sekolah.

 

Pihak sekolah juga dialu-alukan untuk membuat lawatan ke fasiliti-fasiliti yang ada di Pusat STEP bagi mendorong pelajar untuk lebih bersikap ingin tahu dan berdaya saing.

3.Konsultasi

Sebagai usaha yang berterusan dalam memupuk prinsip STEAM dikalangan warga sekolah khasnya, Pusat STEP komited dalam memberigakan program-program Pusat STEP (menjemput sekolah-sekolah untuk menghadiri taklimat mengenai program-program Pusat STEP) dan memberikan bimbingan yang diperlukan oleh sekolah-sekolah dalam mengendalikan aktiviti STEAM. Ini termasuklah dalam memberikan bimbingan dari segi penghasilan kertas-kertas projek, laporan penyelidikan dan mengasah lagi kemahiran-kemahiran IR 4.0 dikalangan pelajar. Pusat STEP juga sangat komited dalam memperkembangkan dan mengekalan hubungan rapat dengan sekolah-sekolah dan mendapatkan maklum balas dalam membantu Pusat STEP untuk memperbaiki pengendalian program pada masa akan datang.

4.

Latihan dan Bimbingan

(Training and Coaching)

Pusat STEP memperkenalkan perkhidmatan latihan dan bimbingan (guided participation) kepada pelajar-pelajar dan pihak sekolah yang memerlukan bimbingan dalam mengendalikan aktiviti-aktiviti STEAM. Kemahiran-kemahiran relevan seperti penulisan kertas projek dan brainstorming adalah salah satu bimbingan yang selalu dipohonkan dari pihak sekolah.

 

Pusat STEP juga berperanan dalam memberikan bimbingan dan bantuan (dalam bentuk idea dan penyelarasan dengan pihak yang relevan) kepada sekolah-sekolah untuk menyertai pertandingan-pertandingan berkaitan dengan STEAM seperti BICTA, CIPTA, SSYS Plus dan Young Inventors Challenge. Kemahiran-kemahiran soft skills juga diberikan kepada pelajar-pelajar yang memerlukan (presentation and public speaking skills).





Struktur Organisasi

akan dikemas-kini


*Updated 08.07.2019