SEAMEO Executive Committee Meeting 2020

Aug 21, 2020

Friday, 21 August 2020Yang Mulia Dr. Shamsiah Zuraini Kanchanawati binti Haji Tajuddin, the Permanent Secretary (Core Education) of the Ministry of Education attended the Southeast Asian Ministers of Education Organization (SEAMEO) Executive Committee Meeting 2020 which was held virtually.

 WhatsApp Image 2020-08-21 at 2.09.54 PM.jpeg

The SEAMEO Executive Committee Meeting is attended by appointed high officials and held every year. This year the meeting was attended by members of the Executive Committee for 2020 which comprised of high officials from the Ministries of Education from Malaysia (as Chair of the SEAMEO Council), Singapore (as next Chair of SEAMEO Council), Indonesia (as previous Chair of the SEAMEO Council), with Brunei Darussalam and Vietnam as nominated members together with the SEAMEO Secretariat Director as ex-officio member.

WhatsApp Image 2020-08-21 at 2.10.01 PM.jpeg

 

The members of the Executive Committee are tasked to advise the SEAMEO high officials on the overall thrusts and effort of the SEAMEO Units, set directions and make recommendations on the management of the SEAMEO Secretariat and the overall development of the SEAMEO Centres.

 

Matters under discussion included the proposed SEAMEO Strategic Plan 2021-2030 which outline the new roadmap for the next decade of enhancing regional understanding, cooperation and unity of purpose. The session concluded by adopting the various agenda which will be presented at the SEAMEO Higher Official Meetings in November.

 

Accompanying the Permanent Secretary (Core Education) were officials from the Ministry of Education.

___________________________________________________________________________

Jumaat, 21 Ogos 2020 – Yang Mulia Dr. Shamsiah Zuraini Kanchanawati binti Haji Tajuddin, Setiausaha Tetap (Pendidikan Teras), Kementerian Pendidikan, Negara Brunei Darussalam telahpun menghadiri Mesyuarat Komiti Eksekutif Pertubuhan Menteri-Menteri Pendidikan Asia-Tenggara (SEAMEO) 2020 secara dalam talian.

 

Mesyuarat Komiti Eksekutif SEAMEO merupakan mesyuarat yang diadakan setiap tahun bagi pegawai-pegawai kanan SEAMEO yang dilantik. Keahlian mesyuarat pada tahun ini terdiri daripada pegawai-pegawai kanan dari Malaysia selaku Pengerusi Majlis SEAMEO, Indonesia selaku Pengerusi Majlis SEAMEO sebelum ini, Singapura selaku Pengerusi Majlis SEAMEO yang akan datang, dan Brunei Darussalam bersama Vietnam, masing-masing selaku ahli yang telah dilantik. Sementara Pengarah Sekretariat SEAMEO hadir selaku ahli ex-officio. 

 

Ahli Komiti Eksekutif berperanan untuk memberikan nasihat kepada pegawai-pegawai kanan SEAMEO mengenai teras dan usaha-usaha unit-unit di bawah SEAMEO, menetapkan hala tuju dan memberikan cadangan mengenai pentadbiran Sekretariat Serantau SEAMEO serta pembangunan SEAMEO secara keseluruhannya.

 

Antara perkara-perkara yang telah dibincangkan semasa mesyuarat tersebut adalah termasuk cadangan Rancangan Pelan Strategik SEAMEO bagi tahun 2021-2030 yang akan menggariskan hala tuju SEAMEO untuk dekad berikutnya dalam meningkatkan persefahaman, kerjasama dan kesatuan tujuan serantau. Mesyuarat ditutup dengan persetujuan mengenai beberapa agenda yang akan dihadapkan kepada Mesyuarat Pegawai-Pegawai Kanan SEAMEO pada bulan November.

 

Turut hadir semasa mesyuarat berkenaan adalah beberapa pegawai dari Kementerian Pendidikan, Negara Brunei Darussalam.