Virtual Meeting On Icesco National Commissions COVID-19 And Post-Crisis Period: What Priorities, What Actions For Education, Science And Culture?

Jun 22, 2020

Bandar Seri Begawan – Yang Mulia Dr Haji Azman bin Ahmad, Permanent Secretary (Higher Education), Ministry of Education as the Secretary General of the Brunei Darussalam National Commission for Islamic World Educational, Scientific and Cultural Organization (ICESCO) attended the Meeting on ICESCO National Commissions which was held virtually today. The theme for this year's meeting is COVID-19 And Post-Crisis Period: What Priorities, What Actions for Education, Science and Culture?

WhatsApp Image 2020-06-22 at 9.29.44 PM.jpeg

The meeting was organized by ICESCO and was attended by senior officials from over 54 Member States as well as representatives of international organizations and observers. The main objective of this year's meeting is to create a platform of exchange and interregional reflection for ICESCO National Commissions, and initiate a forward-oriented reflection on possible realignments of activities and actions scheduled for the post-COVID-19 period in the fields of education, science and culture.

During the virtual meeting, ICESCO Member States including Brunei Darussalam had the opportunity to share experiences and highlight the initiatives undertaken at national level for the different post-crisis scenarios. Brunei Darussalam, in particular, had shared on adapting to the new norms in teaching and learning for every level of education. This include the actions and practices that have been taken during the pandemic in order to sustain the delivery of education for students through the whole of nation approach by collaborating with relevant agencies such as non-governmental organizations (NGOs) and private companies in donating laptops and devices to the students, and with the TelCos in providing all time access to identified online learning applications and platforms, as well as special data packs for educational sites. 

Yang Mulia Dr Haji Azman bin Ahmad also expressed Brunei Darussalam's interest in exploring collaboration with ICESCO Member States and other participating organizations in adjusting and embracing to the new norms in education, science and culture. Also in attendance to the virtual meeting were Yang Mulia Awang Walter Chong Meng Siong, Head of International Affairs Unit and officers from the Ministry of Education.

____________________________________________________________

MESYUARAT SECARA MAYA SURUHANJAYA KEBANGSAAN ICESCO

"TEMPOH COVID-19 DAN PASCA-KRISIS: APA KEUTAMAAN, APA TINDAKAN UNTUK PENDIDIKAN, SAINS DAN KEBUDAYAAN?"


Bandar Seri Begawan – Yang Mulia Dr Haji Azman bin Ahmad, Setiausaha Tetap (Pengajian Tinggi), Kementerian Pendidikan sebagai Setiausaha Agung Suruhanjaya Kebangsaan Negara Brunei Darussalam bagi Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Dunia Islam (ICESCO) hari ini telah menghadiri Mesyuarat Suruhanjaya Kebangsaan ICESCO secara maya yang bertemakan "Tempoh COVID-19 dan Pasca-Krisis: Apa Keutamaan, Apa Tindakan Untuk Pendidikan, Sains Dan Kebudayaan?".

Mesyuarat maya ini telah dianjurkan oleh ICESCO dan telah dihadiri oleh pegawai-pegawai kanan dari lebih 54 buah negara, wakil-wakil pertubuhan antarabangsa dan pemerhati. Objektif utama mesyuarat kali ini adalah untuk mewujudkan platform-platform pertukaran dan refleksi antara wilayah untuk Suruhanjaya Kebangsaan ICESCO, dan memulakan refleksi berorientasi ke hadapan mengenai kemungkinan penyesuaian semula aktiviti serta tindakan yang dijadualkan untuk tempoh pasca-COVID-19 dalam bidang pendidikan, sains dan kebudayaan.

Semasa mesyuarat maya itu, Negara Anggota ICESCO termasuk Negara Brunei Darussalam telah berpeluang untuk berkongsi pengalaman dan mengemukakan inisiatif yang dikendalikan di peringkat kebangsaan untuk pelbagai senario pasca krisis. Negara Brunei Darussalam, khususnya, telah berkongsi tentang menyesuaikan diri dengan norma baru dalam pengajaran dan pembelajaran bagi setiap peringkat pendidikan. Ini termasuk tindakan dan amalan yang telah dilaksanakan selama wabak tersebut untuk mengekalkan penyampaian pendidikan kepada pelajar-pelajar dengan bekerjasama dengan agensi yang berkaitan seperti badan-badan bukan kerajaan  (NGO) dan syarikat swasta dalam menyumbangkan komputer riba dan peranti kepada pelajar-pelajar tersebut, serta dengan kerjasama pihak TelCo dalam menyediakan akses sepanjang masa ke aplikasi dan platform pembelajaran dalam talian yang telah dikenal pasti, dan juga menyediakan pek data khas untuk laman web pendidikan.

Yang Mulia Dr Haji Azman bin Ahmad juga menyatakan hasrat Negara Brunei Darussalam untuk meneroka kerjasama dan kolaborasi dengan Negara-Negara Anggota ICESCO serta organisasi-organisasi lain yang turut serta dalam menyesuaikan diri dan menerapkan norma-norma baru dalam pendidikan, sains dan kebudayaan. Turut hadir dalam mesyuarat maya itu ialah Yang Mulia Awang Walter Chong Meng Siong, Ketua Unit Hal Ehwal Antarabangsa dan pegawai-pegawai dari Kementerian Pendidikan.