Ministry Of Education Receives More Contributions From Legislative Council Members And Private Companies

May 14, 2020

​BANDAR SERI BEGAWAN – As the donation drive jointly initiated by the Ministry of Education, Ministry of Transport and Info-Communications and Authority for Info-communications Technology Industry (AITI) to support online learning and provide assistance to students in need amidst COVID-19 pandemic in the country draws to a close today, both ministries and authority today saw the donation of more ICT devices. The presentation of these contributions was held at Conference Hall 1, MOE Headquarters here.

Present to receive the contributions and present certificates of appreciation to donors were Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Hamzah bin Haji Sulaiman, Minister of Education. 

At this afternoon’s event, 10 new laptops and 50 tablets were contributed by the Legislative Council Members of Brunei Darussalam. The donation was jointly presented by Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Pendikar Alam Dato Paduka Seri Awang Haji Hasrin bin Dato Paduka Haji Sabtu, Yang Berhormat, Awang Ong Tiong Oh; Yang Berhormat, Fdr. Ar. Dayang Siti Rozaimeriyanty binti Dato Seri Laila Jasa Awang Haji Abdul Rahman and Yang Berhormat Pengiran Haji Ali bin Pengiran Maon, members of the Legislative Council. 

WhatsApp Image 2020-05-14 at 3.32.42 PM.jpeg

Today’s ceremony also received 40 desktops from Telekom Brunei Berhad Nexus and presented by Yang Mulia Hajah Nor Azura binti Haji Mohd. Tahir, Chief Executive Officer of the company. Ten of these donated desktops are equipped with webcams sponsored by CF King Enterprise. 

WhatsApp Image 2020-05-14 at 3.30.11 PM.jpeg

Also attending this afternoon’s event to present contributions was Yang Mulia, Hajah Nurul Haniah Haji Jaafar, Chief Executive Officer of Progresif Sendirian Berhad. Progresif today contributed 34 laptops. 

WhatsApp Image 2020-05-14 at 3.30.09 PM.jpeg

Additionally, 16 new laptops were donated by Thyssenkrupp Industrial Solutions BRN Sdn. Bhd, in collaboration with Lilama South East Asia Sdn. Bhd, JEL (Borneo) Sdn Bhd and Saifuddin Sdn. Bhd. The donation was presented by Mr Joerg Schiemann, Chief Executive Officer of Thyssenkrupp Industrial Solutions BRN Sdn. Bhd. 

WhatsApp Image 2020-05-14 at 3.30.11 PM (2).jpeg

Among those present at this afternoon’s event were Yang Mulia Datin Seri Paduka Dr. Hajah Romaizah binti Haji Mohd Salleh, Deputy Minister of Education; Yang Mulia, Dr. Haji Azman bin Haji Ahmad, Permanent Secretary (Higher Education); Yang Mulia, Dr. Shamsiah Zuraini Kanchanawati binti Haji Tajuddin, Permanent Secretary (Core Education); Yang Mulia, Dr. Chin Wei Keh, Deputy Permanent Secretary (Higher Education); Yang Mulia, Awang Aliuddin bin Haji Abdul Rahman, Deputy Permanent Secretary (Core Education); Yang Mulia, Awang Haji Hairul Mohd. Daud bin Haji Abdul Karim, Deputy Permanent Secretary (Infocommunications, Cybersecurity, Strategy and Corporate) Ministry of Transport and Info-Communications; Yang Mulia, Pengiran Haji Mohd. Zain bin Pengiran Haji Abdul Razak, Acting Deputy Permanent Secretary (Transport, Research and Development) Ministry of Transport and Info-Communications; Yang Mulia, Ir. Haji Jailani bin Haji Buntar, acting Chief Executive of AITI; Yang Mulia, Hajah Anis Faudzulani bin Haji Dzulkiflee, acting Director General of Education; and Heads of Department at the Ministry of Education, Ministry of Transport and Info-Communications, Telekom Brunei Berhad Nexus, Progresif Sendirian Berhad and Thyssenkrupp Industrial Solutions BRN Sdn. Bhd. 

WhatsApp Image 2020-05-14 at 3.30.12 PM.jpeg

WhatsApp Image 2020-05-14 at 3.30.08 PM.jpeg

To date, the donation drive to collect ICT devices to support online learning for students in need has collected 1321 laptops, 281 desktops and 157 tablets. Whilst the donation drive officially ends today, contribution can still be accepted at Department of Information and Communication Technology, 4th floor, Block C, Ministry of Education (Tel. 2380793/ 2381167; E-mail: ict@moe.gov.bn) on Mondays to Thursdays and Saturdays from 8:30 am to 1:30 pm.

_________________________________________________________________________________

KEMENTERIAN PENDIDIKAN TERUS MENERIMA SUMBANGAN BERUPA KOMPUTER RIBA 

Khamis, 20 Ramadan 1441H / 14 Mei 2020M


BANDAR SERI BEGAWAN – Kempen derma komputer, komputer riba, tablet yang diusahakan bersama oleh Kementerian Pendidikan, Kementerian Pengangkutan dan Info-Komunikasi dan Pihak Berkuasa Industri Teknologi Info-Komunikasi Negara Brunei Darussalam (AITI) bagi menyokong pembelajaran dalam talian serta membantu para pelajar yang memerlukan semasa pandemik COVID19 di negara ini telah menutup tirainya pada hari ini. Di hari penutup kempen derma ini, pihak pengajur bersama menerima beberapa lagi sumbangan dari pihak-pihak tertentu. Majlis penerimaan sumbangan berlangsung di Dewan Persidangan 1, Ibu Pejabat Kementerian Pendidikan di sini. 

Hadir bagi menerima sumbangan ialah Yang Berhormat, Dato Seri Setia Awang Haji Hamzah bin Haji Sulaiman, Menteri Pendidikan. 

Terdahulu menyampaikan sumbangan pada petang ini ialah Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Negara Brunei Darussalam yang menyampaikan sumbangan berupa 10 unit komputer riba dan 50 buah tablet. Sumbangan disampaikan bersama oleh Yang Berhormat, Pehin Orang Kaya Pendikar Alam Dato Paduka Seri Awang Haji Hasrin bin Dato Paduka Haji Sabtu; Yang Berhormat, Awang Ong Tiong Oh; Yang Berhormat, Fdr. Ar. Dayang Siti Rozaimeriyanty binti Dato Seri Laila Jasa Awang Haji Abdul Rahman dan Yang Berhormat, Pengiran Haji Ali bin Pengiran Maon, Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Negara Brunei Darussalam. 

Di Majlis ini juga, Yang Mulia, Hajah Nor Azura binti Haji Mohd. Tahir, Ketua Pegawai Eksekutif Telekom Brunei Berhad Nexus turut menyampaikan sumbangan sebanyak 40 buah komputer meja bagi pihak Telekom Brunei Berhad Nexus. Dari jumlah berkenaan, 10 buah komputer meja tersebut dibekalkan dengan webcam yang ditaja oleh Syarikat CF King. 

Acara disusuli dengan penyampaian sumbangan dari Yang Mulia, Hajah Nurul Haniah Haji Jaafar, Ketua Pegawai Eksekutif, Progresif Sendirian Berhad bagi pihak Progresif untuk mendermakan sebanyak 34 buah komputer riba. 

Juga memberikan sumbangan sebanyak 16 unit komputer riba ialah Thyssenkrupp Industrial Solutions BRN Sdn. Bhd, dengan kerjasama Lilama South East Asia Sdn. Bhd, JEL (Borneo) Sdn. Bhd. dan Saifuddin Sdn. Bhd. Sumbangan disampaikan oleh Yang Mulia, Joerg Schiemann, Ketua Pegawai Eksekutif. 

Antara yang hadir di majlis ini ialah Yang Mulia Datin Seri Paduka Dr. Hajah Romaizah binti Haji Mohd Salleh, Timbalan Menteri Pendidikan; Yang Mulia, Dr. Haji Azman bin Ahmad, Setiausaha Tetap (Pengajian Tinggi); Yang Mulia, Dr. Shamsiah Zuraini Kanchanawati binti Haji Tajuddin, Setiausaha Tetap (Pendidikan Teras); Yang Mulia, Dr. Chin Wei Keh, Timbalan Setiausaha Tetap (Pengajian Tinggi); Yang Mulia, Awang Aliuddin bin Haji Abdul Rahman, Timbalan Setiausaha Tetap (Pendidikan Teras); Yang Mulia, Awang Haji Hairul Mohd. Daud bin Haji Abdul Karim, Timbalan Setiausaha Tetap (Infokomunikasi, Cybersecurity, Strategi Dan Korporat) di Kementerian Pengangkutan dan InfoKomunikasi; Yang Mulia, Pengiran Haji Mohd. Zain bin Pengiran Haji Abdul Razak, Pemangku Timbalan Setiausaha Tetap (Pengangkutan, Penyelidikan dan Perkembangan) di Kementerian Pengangkutan dan Info-Komunikasi; Yang Mulia, Ir. Haji Jailani bin Haji Buntar, pemangku Ketua Eksekutif AITI; Yang Mulia, Hajah Anis Faudzulani bin Haji Dzulkiflee, pemangku Ketua Pengarah Kementerian Pendidikan, dan Ketua-Ketua Jabatan di Kementerian Pendidikan, Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi, Telekom Brunei Berhad Nexus, Progresif Sendirian Berhad dan Thyssenkrupp Industrial Solutions BRN Sdn. Bhd. 

Kempen derma untuk mengumpulkan peranti-peranti ICT bagi menyokong pembelajaran dalam talian untuk pelajar yang memerlukan pada setakat ini telah mengumpulkan sumbangan sebanyak 1321 unit komputer riba, 281 buah komputer meja dan 157 buah tablet. Dengan berakhirnya kempen derma alat peranti pada hari ini, pihak-pihak yang berminat masih boleh membuat sumbangan mereka yang boleh dihantar terus ke Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi, Blok C, Tingkat 4, Kementerian Pendidikan, Berakas (Tel. 2380793/ 2381167; E-mel: ict@moe.gov.bn), pada hari Isnin hingga Khamis dan Sabtu dari pukul 8:30 pagi hingga 1:30 petang.