Brunei-Cambridge G.C.E. ‘O’ Level And International General Certificate Of Secondary Education (IGCSE) Examinations Results October/November 2019

Jan 30, 2020

The Ministry of Education through the Department of Examinations announces the release of Brunei-Cambridge G.C.E. 'O' Level  and IGCSE October/November 2019 examinations results today.

 

  1. Achievements in Brunei-Cambridge G.C.E.'O' Level / IGCSE Examinations

 

1.1  This year, 6,147 candidates sat for Brunei-Cambridge G.C.E. 'O' Level including IGCSE. From that figure, 1,164 or 18.94% have achieved between 8 and 11 'O' level subjects, an increase of 0.56% whilst 2,525 candidates or 41.08% obtained between 5 and 11 'O' level which is an increase of 1.67%.  There are 2,987 or 48.59% candidates achieving at least 4 'O' level which also marked an increase of 1.16% compared to the achievements in 2018.


Out of 6,029 government and private school candidates, 2,524 or 41.86% candidates have obtained at least 5 'O' Level. This is a 1.20% increase from last year.  A further 2,985 or 49.51% candidates obtained a minimum of 4 'O' Level which also saw a rise of 0.59% from 2018's figure. 


1.2  A total of 309 school candidates (5.13%) achieved Grade A in 5 and up to 11 subjects.  Out of this figure, 30 candidates (0.49%) have shown exemplary achievement by attaining Aggregate 6, Grade A* in 6 and up to 9 subjects.   This achievement is an increase of 0.19% from 2018.  Additionally, 13 candidates (0.22%) have achieved Grade A in 9 subjects and 3 of whom are candidates from government schools.  39 candidates (0.65%) obtained Grade A in 8 subjects. Out of this figure, 13 candidates were government school candidates. A total of 70 candidates (1.16%) obtained Grade A in 7 subjects, 82 candidates (1.36%) received Grade A in 6 subjects and another 102 candidates (1.69%) secured Grade A in 5 subjects.


1.3 A total of 893 or 16.81% of government school candidates achieved between 8 and 11         'O' level which is an increase of 0.72% comaprd to last year's achievement. Out of 5,313 government school candidates, a total of 2,020 or 38.02% obtained at least 5 'O' Levels. This achievement is a rise of 1.33% from 2018's performance.


1.4 Sekolah Menengah Pengiran Jaya Negara Pg Haji Abu Bakar (B) has continued to secure another record of 100% passes in its students achieveing a minimum of 5 'O' levels. Another school has achieved 91.24% in this category and another recorded 84.62% in students achieving at least 5 'O' levels.  29 out of 49 schools - from which 21 are government schools and 8 private schools have shown improved performance of between 1.44% and 17.41% compared to 2018's achievements.


1.5 For 2019, 741 candidates under General Secondary Programme 4 years (Year 10), i.e. those following 2 years of lower secondary and 2 years in upper secondary. Out of this number, 663 or 89.47% candidates are from government schools. 420 government school candidates or 63.35% achieved between 8 and 11 'O' levels whilst 605 government school candidates or 91.25% obtained at least 5 'O' levels and 625 candidates or 94.27% obtained a minimum of 4 'O' levels.

 

2.  Achievements in B-C GCE 'O' Level and International General Certificate of Secondary Education (IGCSE)

 

2.1 On the whole, candidates' performance in achieving Grades A to C in B-C GCE 'O' Level for 14 out of 28 subjects has markedly increased namely in Pengetahuan Ugama Islam, English Language, Mathematics Syllabus D, Biology, Physics, Literature in English, Ulum Al-Quran, History (2171), Computer Science, Geography, Economics, Bahasa Arab, Commerce and Principles of Account. These figures show improvements of between 0.59% and 18.04%.

 

2.2 For International General Certificate of Secondary Education (IGCSE) examination,  candidates' performance in Enterprise subject increased by 0.75% compared to 2018.


Students who have taken the exam can obtain their result slip from their respective schools during school hours while private candidates can collect their results from the Department of Examinations at the Ministry of Education during working hours.

 

The Ministry of Education also announces that students or eligible members of the public who would like to sit for Brunei-Cambridge G.C.E. 'O' level / IGCSE examinations in May/June 2020, should register as soon as possible through their respective school or from the Department of Examinations at the Ministry of Education during office hours.

 

The closing date for the May/June exam registration for private candidates is Thursday, 15 February 2020. School candidates will need to submit their registration for the examination to their respective schools. 


______________________________________________________________________________

KEPUTUSAN PEPERIKSAAN

BRUNEI-CAMBRIDGE G.C.E. 'O' LEVEL dan INTERNATIONAL GENERAL CERTIFICATE OF SECONDARY EDUCATION (IGCSE)

OKTOBER/DISEMBER 2019

 

Khamis, 5 Jamadilakhir 1441/30 Januari 2020 – Kementerian Pendidikan memaklumkan bahawa Jabatan Peperiksaan, Kementerian Pendidikan telah mengeluarkan keputusan Peperiksaan Brunei-Cambridge G.C.E. 'O' Level  serta Peperiksaan IGCSE Oktober/November 2019 pada hari ini.

 

  1.  Pencapaian Calon Peperiksaan Brunei-Cambridge G.C.E.'O' Level / IGCSE

 

1.1   Pada tahun ini dari seramai 6,147 calon yang menduduki peperiksaan peringkat 'O' termasuk peperiksaan IGCSE, seramai 1,164 atau 18.94% telah memperolehi 8 hingga 11 'O' level, meningkat sebanyak 0.56% dan seramai 2,525 calon atau 41.08% memperolehi 5 hingga 11 'O' level meningkat sebanyak 1.67%.  Manakala  calon yang memperolehi sekurang-kurangnya 4 'O' level ke atas ialah seramai 2,987 atau 48.59% menunjukkan peningkatan sebanyak 1.16% berbanding dengan pencapaian calon tahun 2018.


Daripada seramai 6,029 calon sekolah yang terdiri daripada sekolah kerajaan dan swasta, 2,524 atau 41.86% calon telah memperolehi sekurang-kurangnya 5 'O' Level dengan peningkatan sebanyak 1.20% daripada pencapaian tahun sebelumnya.  Manakala seramai 2,985 atau 49.51% calon telah memperolehi sekurang-kurangnya 4 'O' Level yang mana pencapaian ini meningkat sebanyak 0.59% daripada tahun 2018. 

 

1.2  Seramai 309 calon sekolah (5.13%) mendapat Gred A dalam 5 hingga 11 mata pelajaran.  Seramai 30 calon (0.49%) menunjukkan keputusan cemerlang dengan pencapaian Agregat 6, Gred A* dalam 6 hingga 9 mata pelajaran.  Pencapaian ini meningkat sebanyak 0.19% dari tahun 2018.  Di samping itu, seramai 13 calon (0.22%) mendapat Gred A dalam 9 mata pelajaran yang terdiri dari 3 calon daripada sekolah kerajaan. Sementara itu, 39 calon (0.65%) mendapat Gred A dalam 8 mata pelajaran yang terdiri dari 13 calon dari  sekolah Kerajaan. Seramai 70 calon (1.16%) beroleh Gred A dalam 7 mata pelajaran, 82 calon (1.36%)  mendapat Gred A dalam 6 mata pelajaran dan 102 calon (1.69%) mendapat Gred A dalam 5 mata pelajaran.


1.3   Bagi calon sekolah kerajaan, seramai 893 atau 16.81% memperolehi 8 hingga 11         'O' level iaitu peningkatan sebanyak 0.72% berbanding pencapaian pada tahun lalu. Daripada 5,313 calon sekolah kerajaan, seramai 2,020 atau 38.02% mendapat sekurang-kurangnya 5 'O' Level. Pencapaian ini meningkat sebanyak 1.33% berbanding pada tahun 2018.


1.4  Sekolah Menengah Pengiran Jaya Negara Pg Haji Abu Bakar (B) telah mengekalkan prestasi pencapaian 100% lulus seperti tahun 2018 dalam memperolehi sekurang-kurangnya 5 'O' level. Sementara sebuah sekolah telah mencapai 91.24% dan sebuah  sekolah lagi mencapai 84.62% dalam memperolehi sekurang-kurangnya 5 'O' level.  Sebanyak 29 daripada 49 buah sekolah yang terdiri dari 21 buah sekolah kerajaan dan 8 buah sekolah swasta telah menunjukkan peningkatan di antara 1.44% hingga 17.41% berbanding pencapaian tahun 2018.


1.5  Pada tahun 2019 ini juga terdapat seramai 741 calon yang mengikuti Program Pendidikan Menengah General 4 Tahun (Tahun 10), iaitu yang mengikuti 2 tahun menengah bawah dan 2 tahun menengah atas. Daripada jumlah ini, seramai 663 atau 89.47% adalah calon dari sekolah Kerajaan. Jumlah calon Sekolah Menengah Kerajaan yang memperolehi 8 hingga 11 'O' level adalah 420 calon atau 63.35%. Manakala seramai 605 calon Sekolah Menengah Kerajaan atau 91.25% memperolehi sekurang-kurangnya 5 'O' level dan seramai 625 calon atau 94.27% telah berjaya memperolehi sekurang-kurangnya 4 'O' level ke atas.

 

2. Pencapaian dalam mata pelajaran B-C GCE 'O' Level dan International General Certificate of Secondary Education (IGCSE)

 

2.1 Pada keseluruhannya prestasi calon dalam mata pelajaran B-C GCE 'O' Level yang mendapat Gred A-C bagi 14 daripada 28 mata pelajaran adalah meningkat iaitu Pengetahuan Ugama Islam, English Language, Mathematics Syl. D, Biology, Physics, Literature in English, Ulum Al-Quran, History (2171), Computer Science, Geography, Economics, Bahasa Arab, Commerce dan Principles of Account dengan peningkatan di antara 0.59% hingga 18.04%.

 

2.2 Bagi peperiksaan International General Certificate of Secondary Education (IGCSE), pencapaian mata pelajaran Enterprise adalah meningkat sebanyak 0.75% berbanding tahun 2018. 

 

Penuntut-penuntut yang mengambil peperiksaan tersebut boleh mendapatkan slip keputusan mereka di sekolah masing-masing pada waktu sekolah, manakala calon-calon persendirian bolehlah  mengambil slip keputusan masing-masing di Jabatan Peperiksaan, Kementerian Pendidikan pada waktu pejabat dibuka.

 

Dimaklumkan juga kepada penuntut-penuntut dan orang ramai yang layak dan berhasrat untuk menduduki peperiksaan Brunei-Cambridge G.C.E. 'O' level / IGCSE dalam bulan  Mei/Jun tahun 2020 ini, hendaklah mendaftar  dengan secepat mungkin, terus ke sekolah masing-masing atau Jabatan Peperiksaan, Kementerian Pendidikan (bagi calon persendirian) pada waktu pejabat dibuka.

 

Tarikh tutup pendaftaran peperiksaan bulan Mei/Jun bagi calon-calon persendirian adalah pada hari Khamis, 15 Februari 2020. Manakala bagi calon-calon sekolah hendaklah menghadapkan permohonan melalui sekolah masing-masing.