Launching Ceremony of Buku Bacaan Sejarah Kesultanan Brunei Tahun 6 And Buku Sumber Social Studies For Brunei Darussalam Year 4

Nov 25, 2019

BANDAR SERI BEGAWAN – The Curriculum Development Department this morning held a launching ceremony of 'Buku Bacaan Sejarah Kesultanan Brunei Tahun 6' and Social Studies for Brunei Darussalam Year 4 Resource Book at the Main Hall, Curriculum Development Department, Lapangan Terbang Lama Berakas, Bandar Seri Begawan, Brunei Darussalam.

 

Present as the guest of honor was Awang Haji Zulkifli bin Haji Muhammad Yusuf, Acting Director of Curriculum Development Department, Ministry of Education.


Buku Bacaan Sejarah Kesultanan Brunei Tahun 6 is a package containing five books entitled Cabaran Empayar Kesultanan Brunei sepanjang Abad Ke-19; Penyerahan Pulau Labuan 1846; Amanat Sultan Abdul Momin; Perjanjian Perlindungan Inggeris 1888 dan Perjanjian Perlindungan Tambahan 1905 dan 1906. The contents of the books are related to some aspects of the Islamic religion, history, education, economic, and social customs as well as support the Malay Islamic Monarchy philosophy. Buku Bacaan Sejarah Kesultanan Brunei Tahun 6 aims to expand and strengthen student knowledge of Brunei history; promote and foster a culture of reading among students and nurturing and strengthening student identity and the love of religion, king and nation.

WhatsApp Image 2019-11-25 at 11.14.29 AM.jpeg

WhatsApp Image 2019-11-25 at 11.14.30 AM.jpeg

While the Social Studies Resource Book for Brunei Darussalam Year 4 is a book containing series of lesson plans and a variety of illustrative activities and can also be used as a supplementary resource to Social Studies for Brunei Darussalam Year 4 textbook during the teaching and learning process in the classroom. The Social Studies for Brunei Darussalam Year 4 Resource Book aims to assist in improving the quality of teaching for effective learning; and apply the skills needed in the 21st Century in teaching and learning matters.

WhatsApp Image 2019-11-25 at 11.14.26 AM.jpeg

 WhatsApp Image 2019-11-25 at 11.14.26 AM (1).jpeg

The ceremony continued with the presentation of books and certificates to the Publication Committee of the books and relevant stakeholders, and distribution of books to all headmasters from primary schools nationwide. 

_______________________________________________________________________

MAJLIS PELANCARAN BUKU BACAAN SEJARAH KESULTANAN BRUNEI TAHUN 6 DAN BUKU SUMBER SOCIAL STUDIES FOR BRUNEI DARUSSALAM YEAR 4

 

BANDAR SERI BEGAWAN – Majlis Pelancaran Buku Bacaan Sejarah Kesultanan Brunei Tahun 6 dan Buku Sumber Social Studies for Brunei Darussalam Year 4 kelolaan Jabatan Perkembangan Kurikulum telah berlangsung pada hari ini  bertempat di Dewan Utama, Kementerian Pendidikan, Negara Brunei Darussalam. Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Awang Haji Zulkifli bin Haji Muhammad Yusuf, Pemangku Pengarah, Jabatan Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan.

 

Sebanyak dua buah buku telah dilancarkan dalam majlis berkenaan iaitu Buku Bacaan Sejarah Kesultanan Brunei Tahun 6 dan Buku Sumber Social Studies for Brunei Darussalam Tahun 4.

 

Buku Bacaan Sejarah Kesultanan Brunei Tahun 6 adalah satu pakej yang mengandungi lima buah buku yang bertajuk Cabaran Empayar Kesultanan Brunei sepanjang Abad Ke-19; Penyerahan Pulau Labuan 1846; Amanat Sultan Abdul Momin; Perjanjian Perlindungan Inggeris 1888 dan Perjanjian Perlindungan Tambahan 1905 dan 1906. Buku-buku berkenaan mempunyai isi kandungan yang meliputi aspek agama Islam, sejarah, pendidikan, ekonomi, adat istiadat dan sosial serta mendukung falsafah Melayu Islam Beraja. Antara tujuan menghasilkan Buku Bacaan Sejarah Kesultanan Brunei Tahun 6 adalah untuk memperluas dan memperkukuh pengetahuan murid mengenai sejarah Brunei; menggalakkan serta memupuk budaya membaca dan mengukuhkan jati diri murid dan semangat cintakan agama, raja dan negara.

 

Manakala Buku Sumber Social Studies for Brunei Darussalam Tahun 4 adalah buku yang mengandungi perisian pelan pengajaran atau lesson plan dan pelbagai aktiviti bergambar yang dapat dijadikan sebagai bahan tambahan atau supplementary resource kepada Buku teks Social Studies for Brunei Darussalam Year 4 semasa proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Antara tujuan menerbitkan Buku Sumber Social Studies for Brunei Darussalam Tahun 4 adalah untuk membantu meningkatkan kualiti pengajaran guru ke arah pembelajaran yang berkesan; dan menerapkan kemahiran-kemahiran yang diperlukan pada Abad Ke-21 dalam pengajaran dan pembelajaran.

 

Majlis ini juga diteruskan dengan penyerahan buku dan sijil penghargaan kepada Jawatankuasa penerbitan buku dan jabatan-jabatan serta pengagihan buku-buku kepada guru-guru besar sekolah rendah senegara.