Acting Minister of Education Receives a Courtesy Call from Director–General of ISESCO

Oct 9, 2019

Wednesday, 9th October 2019– Yang Mulia Datin Seri Paduka Dr. Hjh Romaizah binti Haji Md Salleh, Acting Minister of Education of Brunei Darussalam today, received a courtesy call from His Excellency, Dr Salim Mohammed Al-Malik, Director-General of Islamic Educational, Scientific and Cultural Organization (ISESCO) based in Rabat, Morocco, who is on a working visit to Brunei Darussalam. Brunei Darussalam is the first member state of the organization that he has visited, since his new appointment as the Director-General of ISESCO in May 2019.

Amongst the aims of the visit of H.E Dr. Salim to Brunei Darussalam is to further strengthen the existing and future partnership between ISESCO and Brunei Darussalam. His visit to the country also coincides with Bandar Seri Begawan being named as the Islamic Culture Capital for the Asian Region for the year 2019. Also present at the courtesy call from the Ministry of Education of Brunei Darussalam was Yang Mulia Dr. Haji Azman bin Ahmad, Permanent Secretary (Higher Education). 

MHS_0677.JPG

During the courtesy call, H.E Dr. Salim expressed his appreciation to Brunei Darussalam's continuous support and contribution made to ISESCO and called for a stronger collaboration and partnership. H.E conveyed that ISESCO welcomes its member states to send their experts and human resources to the organization for representation, training and capacity building. H.E also informed that ISESCO stands ready to assist its member states for any assistance needed and pledge to help the Muslim world in shaping and developing education according to the emerging trends. 

H.E Dr Salim also pays a courtesy call on Yang Mulia Dato Seri Paduka Awang Haji Matsatejo bin Sokiaw, Deputy Minister of Minister of Energy, Manpower and Industry. As part of the programme, H.E Dr. Salim is scheduled to make a working visit to Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA), Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah and the Seri Begawan Religious Teachers University College (KUPUSB).

MHS_0688.JPG

____________________________________________________________

Pemangku Menteri Pendidikan Menerima Kunjungan Hormat Dari Ketua Pengarah ISESCO

Rabu, 9 Oktober 2019- Yang Mulia Datin Seri Paduka Dr. Hjh Romaizah binti Haji Md Salleh, Pemangku Menteri Pendidikan, Negara Brunei Darussalam, pada hari ini, telah menerima kunjungan hormat daripada Tuan Yang Terutama Dr. Salim Mohammed A. Al Malik, Ketua Pengarah Pertubuhan Islamic Educational, Scientific and Cultural Organization (ISESCO), yang berpusat di Rabat, Maghribi, yang mengadakan lawatan kerja ke Negara Brunei Darussalam. Negara Brunei Darussalam adalah negara yang pertama dari negara-negara ahli Pertubuhan ISESCO dikunjungi oleh TYT Dr Salim sejak dilantik sebagai Ketua Pengarah ISESCO pada bulan Mei 2019. 

Dengan adanya lawatan tersebut, TYT Dr. Salim berhasrat untuk memperkukuhkan lagi kolaborasi yang sedia ada dan di masa akan datang antara Pertubuhan ISESCO dengan Negara Brunei Darussalam. Kunjungan TYT Dr Salim ke negara ini juga adalah sempena penghormatan yang berikan oleh Pertubuhan ISESCO bagi pemilihan Bandar Seri Begawan sebagai Bandaraya Kebudayaan Islam bagi rantau Asia tahun 2019. Turut hadir semasa kunjungan hormat tersebut ialah Yang Mulia Dr Haji Azman bin Ahmad, Setiausaha Tetap (Pengajian Tinggi). 

Semasa kunjungan hormat berkenaan, TYT Dr. Salim menyatakan penghargaan terhadap sumbangan dan sokongan berterusan Negara Brunei Darussalam kepada ISESCO. Beliau juga menyeru bagi kerjasama dan perkongsian yang lebih padu di antara ISESCO dan Negara Brunei Darussalam. TYT Dr. Salim turut mengalu-alukan negara-negara anggota untuk menghantar pakar dan sumber daya manusia kepada organisasi berkenaan bagi perwakilan, latihan dan pembangunan kapasiti. Beliau seterusnya memaklumkan bahawa ISESCO sentiasa bersedia untuk membantu negara-negara anggotanya terutama dalam membentuk dan mengembangkan sektor pendidikan di negara-negara islam selaras dengan tren yang terkini. 

TYT Dr. Salim turut membuat kunjungan hormat kepada Yang Mulia Dato Seri Paduka Awang Haji Matsatejo bin Sokiaw, Timbalan Menteri Tenaga (Tenaga dan Tenaga Manusia) dan Perindustrian. Sebagai sebahagian daripada agenda program lawatan, TYT Dr. Salim dijadualkan untuk membuat lawatan kerja ke Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSSA), Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPUSB) dan Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah.