Makluman Tarikh Dan Tempat Pengambilan Baju Walkathon Sempena Hari Guru Ke-29 Tahun 2019

Oct 7, 2019

Lambak Kanan, 7 Oktober 2019, Isnin – Kementerian Pendidikan melalui Jabatan Pendidikan Kokurikulum ingin memaklumkan kepada orang ramai bahawa tarikh dan tempat pengambilan baju acara Walkathon Sempena Hari Guru Ke-29 Tahun 2019 bermula 7 Oktober sehingga 12 Oktober 2019 mengikut tempat pendaftaran masing-masing seperti berikut:

Tempat PendaftaranTempat PengambilanWaktu Pengambilan
Jabatan Pendidikan Kokurikulum Brunei MuaraJabatan Pendidikan Kokurikulum Brunei Muara8.00a.m – 6.00p.m
Jabatan Pendidikan Kokurikulum Kuala BelaitJabatan Pendidikan Kokurikulum Kuala Belait8.00a.m – 6.00p.m
Jabatan Pendidikan Kokurikulum TutongJabatan Pendidikan Kokurikulum Tutong8.00a.m – 6.00p.m
Jabatan Pendidikan Kokurikulum TemburongJabatan Pendidikan Kokurikulum Temburong8.00a.m – 6.00p.m
Aewon Kiarong & Airport MallAewon Airport Mall10.00a.m – 7.00p.m
Online – www.aewon.comAewon Airport Mall10.00a.m – 7.00p.m

 

Sehubungan dengan itu, orang ramai bolehlah mengambil baju bagi acara tersebut pada tarikh dan tempat seperti yang dimaklumkan di atas. Bagi keterangan lanjut, bolehlah merujuk Urus Setia Walkathon Sempena Hari Guru Ke-29 Tahun 2019 Jabatan Pendidikan Kokurikulum, Kementerian Pendidikan melalui 2333041/43/53/54 sambungan 206.