Doa Kesyukuran Ceremony In Conjunction With The 29th Teacher's Day celebration 2019

Sep 21, 2019

Bandar Seri Begawan, Saturday, 21 September 2019M - Ministry of Education and Ministry of Religious affairs held a Doa Kesyukuran ceremony in conjunction with the 29th Teacher's Day celebration 2019 this afternoon at Omar 'Ali Saifuddien Mosque here. 

The Minister of Religious Affairs, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman and Minister of Education, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Hamzah bin Haji Sulaiman were present during the ceremony as Co-chairmen of the Executive Committee for the 29th Teacher's Day Celebration, 2019.

IMG-20190921-WA0040.jpg

IMG-20190921-WA0041.jpg

IMG-20190922-WA0000.jpg

Also present at the event were Yang Mulia Pengiran Dato Seri Paduka Haji Bahrom bin Pengiran Haji Bahar, Deputy Minister of Religious Affairs; Yang Mulia Datin Seri Paduka Dr Hajah Romaizah binti Haji Mohd Salleh, Deputy Minister of Education; Yang Mulia Dato Seri Setia Haji Abdul Aziz bin Orang Kaya Maharaja Lela Haji Mohd Yusof, Permanent Secretary, MoRA; Yang Mulia Haji Azman bin Haji Ahmad, Permanent Secretary (Higher Education), MoE; Yang Mulia Dr. Shamsiah Zuraini Kanchanawati binti Haji Tajuddin, Permanent Secretary (Core Education), MoE and members of the Teacher's Day Executive Committee, as well as senior officers; teachers and students from the Ministry of Education and Ministry of Religious Affairs. 

This afternoon's event began with a mass Asar prayer led by Yang Dimuliakan Begawan Pehin Khatib Dato Paduka Awang Haji Emran bin Haji Kunchang, Imam Masjid Sultan Omar Ali Saifuddien. 

The event continued with a recitation of Sayyidul Istighfar, Selawat Tafrijiyah and Ratib Al-Attas led by Yang Mulia Awang Zulkifli bin Haji Murat, Penguasa Masjid Omar ‘Ali Saifuddien.

Around 1,500 attended this afternoon's event comprising officers and staff including retired educators, teachers and students from schools, colleges, higher learning institutions and technical from both ministries. The ceremony was part of the religious activities held in conjunction with the Teacher's Day celebration conducted by both ministries.

This year, the Teacher's Day Celebration will be held on Monday, 23rd September 2019 at the Plenary Hall, International Convention Centre (ICC), Berakas, Brunei Darussalam. Teacher's Day theme this year is "Quality Education As The Core Of Learners’ Excellence. 

_______________________________________________________________________

MAJLIS DOA KESYUKURAN
SEMPENA SAMBUTAN HARI GURU NEGARA BRUNEI DARUSSALAM KE-29 TAHUN 2019

Bandar Seri Begawan, Sabtu, 21 September 2019M – Kementerian Pendidikan dan Kementerian Hal Ehwal Ugama petang tadi telah menganjurkan Majlis Doa Kesyukuran Sempena Sambutan Hari Guru Negara Brunei Darussalam Ke-29 Tahun 2019 yang mengambil tempat di Masjid Omar ‘Ali Saifuddien, Bandar Seri Begawan.

Hadir di majlis tersebut ialah Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Othman, Menteri Hal Ehwal Ugama, dan Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Hamzah bin Haji Sulaiman, Menteri Pendidikan yang juga selaku Pengerusi-Pengerusi Bersama Jawatankuasa Tertinggi Sambutan Hari Guru Negara Brunei Darussalam Ke-29 Tahun 2019.

Juga hadir ialah Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Mulia Pengiran Dato Seri Paduka Haji Bahrom bin Pengiran Haji Bahar; Timbalan Menteri Pendidikan, Yang Mulia Datin Seri Paduka Dr. Hajah Romaizah binti Haji Mohd. Salleh; Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Ugama, Yang Mulia Dato Seri Setia Awang Haji Abdul Aziz bin Orang Kaya Maharaja Lela Haji Yussof; Setiausaha Tetap Pengajian Tinggi Kementerian Pendidikan, Yang Mulia Dr. Haji Azman bin Ahmad; Setiausaha Tetap Pendidikan Teras, Kementerian Pendidikan, Yang Mulia Dr. Shamsiah Zuraini Kanchanawati binti Haji Tajuddin dan Ahli-Ahli Jawatankuasa Tertinggi Sambutan Haji Guru Negara Brunei Darussalam Ke 29 Tahun 2019M serta Pegawai-Pegawai Kanan; Guru-Guru dan Penuntut Dari Kedua-dua Kementerian.

Majlis pada petang ini dimulakan dengan Sembahyang Fardhu Asar berjemaah yang diimamkan oleh Yang Dimuliakan Begawan Pehin Khatib Dato Paduka Awang Haji Emran bin Haji Kunchang, Imam Masjid Sultan Omar Ali Saifuddien.

Majlis diteruskan dengan bacaan Sayyidul Istighfar, bacaan Selawat Tafrijiyah dan bacaan Ratib Al-Attas dipimpin oleh Yang Mulia Awang Zulkifli bin Haji Murat, Penguasa Masjid Omar ‘Ali Saifuddien yang juga mengepalai bacaan Doa Kesyukuran Sempena Sambutan Hari Guru.

Seramai 1,500 orang yang terdiri daripada pegawai-pegawai dan kakitangan termasuk para pendidik yang telah bersara, guru-guru dan penuntut-penuntut dari sekolah-sekolah, maktab- maktab, institusi pengajian tinggi dan pendidikan teknikal di Kementerian Pendidikan dan Kementerian Hal Ehwal Ugama menghadiri majlis ini. Majlis ini merupakan sebahagian daripada kegiatan-kegiatan keagamaan bersempena dengan Sambutan Hari Guru Negara Brunei Darussalam yang dikendalikan oleh Kementerian Pendidikan dan Kementerian Hal Ehwal Ugama.

Pada tahun ini, acara kemuncak Majlis Sambutan Hari Guru Negara Brunei Darussalam Ke-29 Tahun 2019 akan diadakan pada hari Isnin, 23 September 2019M bertempat di Dewan Plenary, Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas, Negara Brunei Darussalam. Tema bagi Sambutan Hari Guru Tahun ini ialah ‘Pendidikan Berkualiti Teras Kecemerlangan Pelajar”.