Pembubaran Urus Setia Majlis Pendidikan Teknik dan Vokasional Brunei Darussalam (MPTVBD) Kementerian Pendidikan

Sep 19, 2019


logo.png

KEMENTERIAN PENDIDIKAN

KENYATAAN AKHBAR

PEMBUBARAN URUS SETIA MAJLIS PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL BRUNEI DARUSSALAM (MPTVBD) KEMENTERIAN PENDIDIKAN

 

16 Muharram 1441 bersamaan 16 September 2019 - Kementerian Pendidikan memaklumkan bahawa Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri  Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam melalui warkah bilangan HHPO77/1981/IV bertarikh 04 September 2019 tidak ada halangan terhadap pembubaran Majlis Pendidikan Teknik dan Vokasional Brunei Darussalam (MPTVBD) Kementerian Pendidikan berkuatkuasa pada 4 September 2019.

 

Berikutan pembubaran ini, Kementerian Pendidikan juga ingin menasihatkan dan memaklumkan kepada orang awam yang memerlukan perkhidmatan yang berkaitan dengan MPTVBD  bahawa bermula dari tarikh berkenaan Urus Setia Majlis Pendidikan dan Vokasional Brunei Darussalam (MPTVBD)  diambil alih oleh Institut  Pendidikan Teknikal Brunei, Kementerian Pendidikan.

 

Sekian dimaklumkan.

- TAMAT -

 

Unit Perhubungan Awam

Kementerian Pendidikan

Lapangan Terbang Lama, Berakas

Negara Brunei Darussalam BB3510

No. Tel. :          2381301 / 2381606

No. Faks :        2381607