Agreement Signing Ceremony For The Government Scholarship Recipients Academic Session 2019/2020

Aug 27, 2019

BANDAR SERI BEGAWAN, Tuesday, 27 August – Ministry of Education through Scholarship Section held Agreement Signing Ceremony for 42 outstanding students who received Government Scholarship under the Ministry of Education Academic Session 2019/2020 to pursue their First Degree abroad. The ceremony was held at Dendrobium Saleha Hall, The Garden's Veranda, Rimba Garden Central this afternoon.

Present as the guest of honour to witness the signing was Permanent Secretary (Higher Education), Ministry of Education, Yang Mulia Dr. Haji Azman bin Ahmad.

MHS_0382.jpg

The ceremony began with the recital of Surah Al-Fatihah and Doa Kesyukuran led by Chief Scholarship and Welfare Officer of the Scholarship Section, Yang Mulia Haji Raminey bin Haji Salleh, followed by a Welcoming Speech by the Acting Head of Scholarship Section, Yang Mulia Syed Rozman bin Syed Haji Abdul Rahim in his capacity as chairman of the ceremony. The ceremony then continued with the signing of scholarship agreement by all the scholarship recipients.

MHS_0370.JPG

The scholarship recipients signed the agreement together with their parents and guardians while the Acting Head of Scholarship Section signed the agreement on behalf of the Ministry of Education and witnessed by Senior Officers and Officers of the Scholarship Section.

IMG_5221.JPG

IMG_5220.JPG

Also in attendance during the ceremony were Deputy Permanent Secretary (Higher Education), Ministry of Education, Yang Mulia Dr. Chin Wei Keh, Directors, Senior Officers and Officers of the Ministry of Education.

These recipients previously attended JatiDiri 'Berkat' Program which was held from 17 until 21 August. They stayed at the Program Khidmat Bakti Negara (PKBN) Training Camp, Temburong District throughout the program where they were given various briefings, activities and knowledge sharing session such as life skills, leadership, strengthening the faith and appreciation of the Malay Islamic Monarchy (MIB, Melayu Islam Beraja). The program intended to prepare the students for studying abroad as well as providing them with the latest information and knowledge before departing Brunei.

Ministry of Education also awarded 50 students for Educational Loan Scheme (SBPP) this year. 

Ministry of Education would like to announce that Scholarship Section also offers Educational Loan Scheme (SBPP) for students who wish to pursue their First Degree at local and overseas institutions in accordance to terms and conditions set by the Government. In addition, Scholarship Section also share information about other Scholarship Scheme offered by other countries through social media.

______________________________________________

Majlis Menandatangani Borang Pejanjian Bagi

Penerima Biasiswa Kerajaan Ke Luar Negeri, Kementerian Pendidikan Sesi 2019/2020 

BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 27 Ogos – Kementerian Pendidikan melalui Bahagian Biasiswa hari ini mengadakan Majlis Menandatangani Borang Perjanjian bagi 42 pelajar-pelajar cemerlang terpilih iaitu penerima Biasiswa Kerajaan Ke Luar Negeri, Kementerian Pendidikan Sesi 2019/2020 bagi melanjutkan pengajian mereka ke peringkat Ijazah Sarjana Muda di institusi-institusi luar negara. Majlis tersebut diadakan di Dendrobium Saleha Hall, The Garden's Veranda, Rimba Garden Central pada petang ini.

Hadir selaku tetamu kehormat menyaksikan Majlis Menandatangani Borang Perjanjian berkenaan ialah Setiausaha Tetap (Pengajian Tinggi), Kementerian Pendidikan, Yang Mulia Dr. Haji Azman bin Ahmad.

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan Doa Kesyukuran yang dipimpin oleh Ketua Pegawai Dermasiswa dan Kesejahteraan, Bahagian Biasiswa, Yang Mulia Haji Raminey bin Haji Salleh, diikuti dengan ucapan alu-aluan daripada Pemangku Ketua Bahagian Biasiswa, Yang Mulia Syed Rozman bin Syed Haji Abdul Rahim selaku Pengerusi Majlis. Majlis kemudian diteruskan dengan acara menandatangani borang perjanjian bagi kesemua penerima anugerah biasiswa tersebut.

Para penerima biasiswa menandatangani perjanjian tersebut bersama dengan dua orang penjamin yang terdiri daripada ibu bapa atau ahli keluarga terdekat mereka. Manakala bagi pihak Kementerian Pendidikan pula, penandatanganan diwakili oleh Pemangku Ketua Bahagian Biasiswa dan disaksikan oleh Pegawai-Pegawai Kanan serta Pegawai-Pegawai Bahagian Biasiswa, Kementerian Pendidikan.

Turut hadir di majlis tersebut adalah Timbalan Setiausaha Tetap (Pengajian Tinggi), Kementerian Pendidikan, Yang Mulia Dr. Chin Wei Keh, Pengarah-Pengarah, Pegawai-Pegawai Kanan serta Pegawai-Pegawai Kementerian Pendidikan.

Penerima-penerima berkenaan sebelum ini telah menjalani program JatiDiri 'Berkat', bermula 17 hingga 21 Ogos. Sepanjang program ini diadakan, mereka telahpun berkampung (menginap) di Kem Latihan Program Khidmat Bakti Negara, Daerah Temburong dan berpeluang untuk mengikuti taklimat, aktiviti dan sesi perkongsian ilmu seperti Ilmu Kemahiran Hidup, Keyakinan, Kepimpinan, Pengukuhan Akidah, Penghayatan Melayu Islam Beraja (MIB) sebagai persiapan sebelum menjalani pengajian di luar negara.

Seramai 50 pelajar juga dianugerahkan Bantuan Pinjaman Pendidikan (SBPP) tahun ini. 

Kementerian Pendidikan ingin memaklumkan bahawa Bahagian Biasiswa juga menawarkan Skim Bantuan Pinjaman Pendidikan (SBPP) kepada pelajar-pelajar yang berhasrat melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda di institusi-institusi dalam dan luar negara mengikut syarat yang ditetapkan oleh Kerajaan. Selain itu, Bahagian Biasiswa juga memberigakan maklumat-maklumat biasiswa lain yang ditawarkan dari luar negara melalui media sosial.