The National Contingent Won 1 Gold And 2 Bronze In The Karate Events

Aug 8, 2019

IMG-20190808-WA0010.jpg

Thursday, 8 August 2019 - Contingents from Brunei Sports School comprised of 4 officers and 6 student athletes led by Dayang Hajah Nor Aisah bte Haji Mohd Salleh, Deputy Principal of Sports School and also Chef de Mission, have arrived safely at the International Airport, Brunei Darussalam at 1.27am this morning after participating in the "The 22nd Thailand Sports School Games 2019, Khon Kaen Games" Championship at Khon Kaen Sports School, Khon Kaen Province, Thailand. The national contingent won 1 gold and 2 bronze through karate events.

Present at the International Airport, Brunei Darussalam to welcome the contingents were Acting Director of School Departments, Yang Mulia Awang Zainal Abidin bin Haji Kepli, Acting Co-Curriculum Education Director, Yang Mulia Mohamed Jais bin Haji Abdul Rahman and Principal of Sports School, Awang Matthew Eric Letham.

 _____________________________________________________________________

Khamis, 8 Ogos 2019 – Rombongan Sekolah Sukan seramai 4 pegawai dan 6 atlet pelajar yang diketuai oleh Dayang Hajah Nor Aisah bte Haji Mohd Salleh, Timbalan Pengetua Sekolah Sukan yang juga selaku Chef de Mission, telah selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa, Negara Brunei Darussalam pada jam 1.27 pagi tadi setelah menyertai Kejohanan "The 22nd Thailand Sports School Games 2019, Khon Kaen Games" di Khon Kaen Sports School, Khon Kaen Province, Thailand. Kontingen negara beroleh 1 emas dan 2 gangsa melalui acara karate.

Berada di Lapangan Terbang Antarabangsa, Negara Brunei Darussalam bagi menyambut ketibaan rombongan adalah Pemangku Pengarah Sekolah-Sekolah, Yang Mulia Awang Zainal Abidin bin Haji Kepli, Pemangku Pengarah Pendidikan Ko-Kurikulum, Yang Mulia Awang Mohamed Jais bin Haji Abdul Rahman dan Pengetua Sekolah Sukan, Awang Matthew Eric Letham.