Opening Ceremony of Tadarus Al-Quran for Ministry Of Education

May 9, 2019

The Opening Ceremony of the Tadarus Al-Quran by Ministry of Education in conjunction with Holy Month of Ramadhan 1440H/ 2019M was held this morning at Surau Universiti Islam Sultan Sharif Ali, Bandar Seri Begawan.

The guest of honour was Yang Mulia Dr. Haji Norarfan bin Haji Zainal, Rector of Universiti Islam Sultan Sharif Ali.

WhatsApp Image 2019-05-09 at 11.25.26 (1).jpeg

Also in attendance was Yang Mulia Awang Aliuddin bin Haji Abdul Rahman, Deputy Permanent Secretary (Core Education), Ministry of Education.

A total of 140 guests attended the ceremony comprising heads of departments, senior officers, officers and staffs of Ministry of Education.

The ceremony commenced with the reading of Surah Al-Fatihah and followed by Tadarus Al-Quran. The ceremony is an annual activity of Ministry of Education in conjunction with the Holy Month of Ramadhan which aims to enliven the month along with seeking rewards and grace of Allah SWT through Quran reading and reflection. This year’s ceremony is organised by Department of Administration and Services, Ministry of Education.

WhatsApp Image 2019-05-09 at 11.25.29.jpeg

_________________________________________________________________________________

MAJLIS PEMBUKAAN BERTADARUS BAGI KEMENTERIAN PENDIDIKAN DAN JABATAN-JABATAN DIBAWAHNYA SEMPENA BULAN RAMADHAN 1440H / 2019M


Kementerian Pendidikan pada pagi tadi telah mengadakan Majlis Pembukaan Bertadarus Sempena Bulan Ramadhan Tahun 1440 Hijrah / 2019 Masihi, bertempat di Surau Universiti Islam Sultan Sharif Ali, Bandar Seri Begawan.

Hadir selaku Tetamu Kehormat di Majlis Tadarus tersebut ialah Yang Mulia Dr. Haji Norarfan bin Haji Zainal, Rektor, Universiti Islam Sultan Sharif Ali.

Turut hadir di Majlis ini ialah Yang Mulia, Awang Aliuddin bin Haji Abdul Rahman, Timbalan Setiausaha Tetap (Pendidikan Teras), Kementerian Pendidikan serta 140 orang yang terdiri daripada ketua-ketua jabatan, pegawai kanan, pegawai-pegawai dan kakitangan Kementerian Pendidikan.

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan diikuti dengan Tadarus Al-Quran. Majlis bertadarus merupakan aktiviti tahunan Kementerian Pendidikan sempena menyambut bulan Ramadhan yang bertujuan untuk menyemarakkan bulan Ramadhan Al-Mubarak disamping mendapatkan ganjaran pahala serta keberkatan daripada Allah Subahanu Wata’ala. Pada tahun ini, majlis ini telah dianjurkan oleh Jabatan Pentadbiran dan Perkhidmatan-Perkhidmatan, Kementerian Pendidikan.