Registration for Brunei Cambridge GCE 'O','A','AS' and IGCSE Examination October/November 2019

Apr 12, 2019

​Examinations Department, Ministry of Education is pleased to announce that the registration for Brunei-Cambridge GCE ‘O’,’AS, ‘A’& IGCSE Examination October/November 2019 will open starting from Saturday, 13 April 2019 until Monday, 3 June 2019. Registration form can be obtained from Examinations Department, Ground Floor, Block A, Ministry of Education during office hours. Completed application form together with required documents needs to be submitted to Examinations Department on Monday until Thursday, from 8AM until 11AM and 1.30PM until 3PM. On Saturday, from 8AM until 10AM. During the month of Ramadhan, the submission period will be on Monday until Thursday, from 8.15AM until 12PM and on Saturday, from 8.15 AM until 10AM. Closing date to apply is on Monday, 3 June 2019. For further information regarding the exam, please refer to Surat Pemberitahuan, Examinations Department, Ministry of Education, bil 5/2019.

_____________________________________________________________________________________________

Pendaftaran Peperiksaan Brunei Cambridge GCE 'O','A','AS' dan IGCSE Examination October/November 2019

Jabatan Peperiksaan, Kementerian Pendidikan akan membukakan pendaftaran bagi Peperiksaan Brunei Cambridge G.C.E Peringkat ‘O’, ‘AS’, ‘A’ dan IGCSE bagi bulan Oktober/November 2019 bermula hari Sabtu, 13 April 2019 hingga hari Isnin, 3 Jun 2019. Borang-borang pendaftaran bolehlah diperolehi dari Jabatan Peperiksaan, Tingkat Bawah, Block A, Kementerian Pendidikan semasa waktu pejabat dibuka. Borang-borang yang telah lengkap diisi berserta dokumen yang dikehendaki hendaklah dikembalikan ke Jabatan Peperiksaan pada hari Isnin hingga Khamis, mulai jam 8.00 pagi hingga 11.00 pagi dan di sebelah petang, mulai jam 1.30 petang hingga 3.00 petang. Manakala pada hari Sabtu, jam 8.00 pagi hingga 10.00 pagi. Dalam bulan Ramadhan setiap hari Isnin hingga khamis dari jam 8.15 pagi hingga 12 tengahari dan hari Sabtu dari jam 8.15 pagi hingga 10 pagi. Tarikh tutup Pendaftaran peperiksaan tersebut adalah pada hari Isnin, 3 Jun 2019. Bagi keterangan lanjut bolehlah merujuk dalam Surat Pemberitahuan, Jabatan Peperiksaan, Kementerian Pendidikan, Bilangan 5/2019.