Celebration of Isra' and Mi'raj Ministry of Education 1440H/ 2019M

Apr 4, 2019

Thursday, 4 April 2019 – The Ministry of Education today held the Isra' and Mi'raj Celebration 1440H / 2019M which was jointly organized by the Information and Communications Technology Department, the International Affairs Unit and the Secretariat of the National Education Council at the Main Hall, New Building Ministry of Education.

photo3.jpg

The guest of honour at the event was Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Hamzah bin Haji Sulaiman, Minister of Education.

The ceremony began with the recitation of Surah Al-Fatihah led by Yang Mulia Awang Haji Mohd Azrol Alim bin Haji Zaini, Mosque Affairs Officer, Kampung Pintu Malim Mosque.

photo1.jpg

Yang Mulia Dr. Haji Hambali bin Haji Jaili, Assistant Professor, Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) delivered a special religious talk entitled 'Sembahyang Membentuk Umat Bertakwa'.

WhatsApp Image 2019-04-04 at 3.21.52 PM.jpeg

The highlight of the event was a special religious talk entitled 'Sembahyang Membentuk Umat Bertakwa', based on the Isra' and Mi'raj National Celebration 1440/2019 theme, which was delivered by Yang Mulia Dr. Haji Hambali bin Haji Jaili, Assistant Professor, Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA). This special religious talk was intended to commemorate the journey of Prophet Muhammad S.A.W during Isra 'and Mi'raj.

The event was an annual religious activity carried out by the ministry to enliven the Isra' and Mi'raj celebration along with strengthening bonds between the officers and staff at the ministry.

Also present at this event were Yang Mulia Dr. Chin Wei Keh, Acting Permanent Secretary (Higher Education); Yang Mulia Awang Aliuddin bin Haji Abdul Rahman, Acting Permanent Secretary (Core Education); Rector, Acting Vice-Chancellors, Acting Director General of Education, Heads of Department as well as officials and staff of the Ministry of Education.

_________________________________________

KHAMIS, 4 April 2019 – Pada petang hari ini Kementerian Pendidikan melalui kerjasama Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi, Unit Hal Ehwal Antarabangsa dan Urusetia Majlis Pelajaran Kebangsaan telah mengadakan Majlis Sambutan Isra' dan Mi'raj bagi peringkat Kementerian Pendidikan tahun 1440H/2019M bertempat di Dewan Utama, Bangunan Baru Kementerian Pendidikan.

Hadir selaku tetamu kehormat di majlis tersebut ialah Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Hamzah bin Haji Sulaiman, Menteri Pendidikan.

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang dipimpin oleh Yang Mulia Awang Haji Mohd Azrol Alim bin Haji Zaini, Pegawai Hal Ehwal Masjid, Masjid Kampung Pintu Malim.        

Majlis berkenaan diserikan dengan ceramah khas yang bertajuk 'Sembahyang Membentuk Umat Bertakwa' iaitu tema bagi Majlis Sambutan Isra' dan Mi'raj Peringkat Negara Bagi Tahun 1440H/2019M, yang disampaikan oleh Yang Mulia Dr. Haji Hambali bin Haji Jaili, Penolong Profesor, Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA). Antara tujuan ceramah khas ini ialah agar warga kementerian memperingati dan dapat mengambil iktibar serta pengajaran daripada peristiwa Isra' dan Mi'raj Nabi Muhammad S.A.W.

Acara tahunan ini juga bertujuan bagi menyemarakkan Sambutan Isra' dan Mi'raj, disamping mengeratkan hubungan silaturahim sesama pegawai dan kakitangan Kementerian Pendidikan.

Turut hadir di majlis ini ialah Yang Mulia Dr. Chin Wei Keh, pemangku Setiausaha Tetap (Pengajian Tinggi); Yang Mulia Awang Aliuddin bin Haji Abdul Rahman, pemangku Setiausaha Tetap (Pendidikan Teras); Yang Mulia Rektor, pemangku Naib-Naib Canselor, pemangku Ketua Pengarah Pendidikan, Ketua-ketua Jabatan serta pegawai-pegawai dan kakitangan Kementerian Pendidikan.