Financial Literacy Quiz Competition Finals for Primary Schools and Prize & Certificate Presentation in Conjunction with Global Money Week 2019

Mar 30, 2019

Saturday, 30 March 2019 - Curriculum Development Department this morning held the Financial Literacy Quiz Competition Finals for Year 5 Pupils of Primary Schools and Prize & Certificate presentations at Balai Sarmayuda, Malay Literature Bureau, Berakas.


48F8E369-4F80-4DDC-A7B5-DB803322527C.jpeg

Sekolah Rendah Anggerek Desa were crowned as the champion of Financial Literacy Quiz Competition 2019 


Naib Johan (SR Sinaut).jpeg

First runner-up goes to Sekolah Rendah Sinaut, Tutong


The guest of honour at the ceremony was Yang Mulia Dr. Shamsiah Zuraini Kanchanawati binti Haji Tajuddin, Permanent Secretary (Core Education), Ministry of Education, who witnessed the final competition and awarded prizes and certificates to all winners in conjunction with Global Money Week 2019.

Awang Haji Zulkifli bin Haji Muhammad Yusuf, Acting Director, Curriculum Development Department as the chairman of the ceremony,  in his welcoming speech had emphasised that Brunei Darussalam's involvement this year was the seventh time since its first participation was in 2013. Global Money Week is an annual celebration of global financial awareness and it is held in March. The program was introduced by Child & Youth Finance International (CYFI) and celebrated by organising several local and regional activities aimed to encourage children and youth to learn about the importance of money, save money, create livelihoods, get a job and become an entrepreneur.

This year, Global Money Week celebration had conducted three activities namely, the Financial Literacy Quiz Competition and workshops and Comic Strip Illustration Competition. The Financial Literacy competition was participated by the Year 5 pupils from 12 government primary schools.

This morning, two primary schools, Sinaut Primary School, Tutong and Anggerek Desa Primary School were competing to win the title of champion and first runner-up at the Financial Literacy Quiz Competition Finals for Primary Schools in conjunction with Global Money Week 2019. Among the competition's objectives are to inculcate awareness on financial education from the early stage; develop the knowledge and competence of financial education; and improve 21st century skills in line with the needs of the Industrial Revolution 4.0. This includes such as teamwork (collaborative), communication skills, problem solving skills and decision-making skills. This is aligned with the Global Money Week 2019 theme, "Learn.Save.Earn" which is suitable for pupils at the primary level.

The ceremony continued with the presentation of certificates of appreciation to panel of judges and participation certificates to nine secondary schools participating in the Financial Literacy Workshop.

During the event, the presentation of prizes and certificates to the winners of the Comic Strip Illustration Competition was also being held. The first winner was Dayang Siti Nurezzati Nabila binti Zainudin and received a savings account of $500.00. The second winner who received a $300.00 savings account was Dayang Syasya Sahira binti Yusop. Meanwhile, the third winner who received a $200.00 savings account was Mohammad Azizan bin Haji Mohammad Anas.

In the Financial Literacy Quiz Competition Finals for Primary Schools, the champion, Anggerek Desa Primary School had received certificates, a trophy and savings accounts of $300.00 for each student. The first runner-up was from Sinaut Primary School, Tutong and had received certificates, a trophy and savings accounts of $250.00 for each student. The third place was Dato Mohd Yassin Primary School and had received certificates, a trophy and savings accounts of $150.00 for each student and followed by the fourth place, Pantai Berakas Primary School which had received certificates and a trophy. Prizes and certificates for all winners were officiated by the guest of honour. The two competitions were mainly supported by Bank Islam Brunei Darussalam (BIBD).

_______________________________________


Sabtu, 30 Mac 2019 - Jabatan Perkembangan Kurikulum pagi tadi telah mengadakan Pertandingan Kuiz Celik Kewangan Peringkat Akhir bagi Sekolah Rendah dan Majlis Penyampaian Hadiah dan Sijil sempena Global Money Week 2019 di Balai Sarmayuda, Dewan Bahasa dan Pustaka, Berakas.


Tetamu kehormat pada majlis tersebut ialah Yang Mulia Dr. Shamsiah Zuraini Kanchanawati binti Haji Tajuddin, Setiausaha Tetap (Pendidikan Teras), Kementerian Pendidikan yang turut sama menyaksikan pertandingan peringkat akhir dan sekaligus menyempurnakan penyampian hadiah dan sijil sempena Global Money Week 2019.

Awang Haji Zulkifli bin Haji Muhammad Yusuf, Pemangku Pengarah, Jabatan Perkembangan Kurikulum, selaku pengerusi majlis dalam ucapan alu-aluannya menekankan penglibatan Negara Brunei Darussalam pada tahun ini adalah kali ketujuh sejak penyertaan pertamanya pada tahun 2013. Global Money Week merupakan sambutan mengenai kesedaran kewangan yang diraikan secara global pada bulan Mac setiap tahun.  Program ini diperkenalkan oleh Child & Youth Finance International (CYFI) dan disambut dengan mengadakan beberapa aktiviti tempatan dan serantau yang bertujuan memberi galakan kepada kanak-kanak dan belia agar dapat belajar mengenai kepentingan wang, berjimat cermat, mewujudkan mata pencarian, mendapatkan pekerjaan dan menjadi seorang usahawan.

Pada tahun ini, tiga aktiviti telah dilaksanakan sempena sambutan Global Money Week iaitu Pertandingan Kuiz Celik Kewangan, Bengkel Celik Kewangan dan Pertandingan Ilustrasi Strip Komik. 

Pertandingan Kuiz Celik Kewangan disertai oleh murid-murid Tahun 5 dari 12 buah sekolah rendah Kerajaan. Pada hari ini, dua buah sekolah rendah iaitu Sekolah Rendah Sinaut, Tutong dan Sekolah Rendah Anggerek Desa telah bertanding di Pertandingan Kuiz Celik Kewangan Peringkat Akhir bagi Sekolah Rendah sempena Global Money Week 2019. Antara objektif pertandingan tersebut adalah untuk menyemai kesedaran mengenai pendidikan kewangan dari peringkat awal; memperkembangkan pengetahuan dan kompetensi pendidikan kewangan; dan meningkatkan kemahiran abad ke-21 sejajar dengan keperluan Revolusi Industri 4.0 seperti semangat kerja berpasukan (kolaboratif), kemahiran berkomunikasi, keupayaan dalam penyelesaian masalah dan kemahiran membuat keputusan. Ini adalah bertepatan dengan tema Global Money Week 2019 iaitu “Learn.Save.Earn”.

Majlis diteruskan dengan penyampaian sijil penghargaan kepada panel hakim dan sijil penyertaan kepada sembilan buah sekolah menengah yang menyertai Bengkel Celik Kewangan. 

Majlis diteruskan dengan penyampaian hadiah dan sijil kepada pemenang-pemenang bagi Pertandingan Ilustrasi Strip Komik. Pemenang pertama ialah Dayang Siti Nurezzati Nabila binti Zainudin dan menerima hadiah akaun simpanan berjumlah $500.00. Pemenang kedua yang menerima hadiah akaun simpanan berjumlah $300.00 ialah Dayang Syasya Sahira binti Yusop. Manakala, Mohammad Azizan bin Haji Mohammad Anas telah memenangi tempat ketiga dengan menerima hadiah akaun simpanan berjumlah $200.00. 

Dalam Pertandingan Kuiz Celik Kewangan Peringkat Akhir bagi Sekolah Rendah, juara telah disandang oleh Sekolah Rendah Anggerek Desa yang menerima sijil, trofi dan akaun simpanan berjumlah $300.00 bagi setiap murid. Sementara itu, Sekolah Rendah Sinaut, muncul sebagai Naib juara dan menerima sijil, trofi dan akaun simpanan berjumlah $250.00 bagi setiap murid. Manakala tempat ketiga dimenangi oleh Sekolah Rendah Dato Mohd Yassin dan menerima sijil, trofi dan akaun simpanan berjumlah $150.00 bagi setiap murid disusuli dengan tempat keempat, iaitu Sekolah Rendah Pantai Berakas yang menerima sijil dan trofi. Majlis penyampaian hadiah dan sijil kepada pemenang-pemenang  telah disempurnakan oleh tetamu kehormat. Pertandingan Kuiz dan Ilustrasi strip komik adalah disokong oleh Bank Islam Brunei Darussalam (BIBD).