Financial Literacy Quiz Competition in Conjuction with Global Money Week 2019

Mar 26, 2019

Tuesday, 26 MARCH 2019 - This morning, the Curriculum Development Department, Ministry of Education held a Preliminary Financial Literacy Quiz Competition for Year 5 Students in Goverment Primary Schools. This competition was held in conjuction with the Global Money Week 2019. The Global Money Week 2019 is an annual celebration held in March on financial awareness. And this year, Brunei Darussalam has celebrated its 7th Global Money Week since 2013.

GMW1.JPG

Some of the Financial Literacy Quiz Competition Participants


This programme was introduced by Child & Youth Finance International (CYFI). Global Money Week were celebrated with several activities locally and internationally to encourage children and youth to learn the importance of money, thrifty, manifest income, get employed and becoming an entreprenure.

GMW3.JPG

Participants from Sekolah Rendah Dato Mohd Yassin, Cluster 4 (Winning team in the Second Preliminary Round)

12 schools were selected to compete in the Preliminary Round. Each school were divided into four teams and each team consist of 3 schools which were decided by taking votes. Each team will compete in the Preliminary Round and only 2 schools with the highest score will be worthy to enter the Quarter Final.

__________________________________________________________

Selasa, 26 MAC 2019 - Jabatan Perkembangan Kurikulum pagi ini telah mengadakan Pertandingan Kuiz Celik Kewangan Murid-Murid Tahun 5 Sekolah-Sekolah Rendah Kerajaan Peringkat Saringan. Pertandingan Kuiz Celik Kewangan adalah salah satu aktiviti yang dilaksanakan dalam meraikan sambutan Global Money Week 2019. Global Money Week merupakan sambutan mengenai kesedaran kewangan yang diraikan secara global pada bulan Mac setiap tahun. Pada tahun ini, Negara Brunei Darussalam menyertai Sambutan Global Money Week buat kali ketujuh sejak tahun 2013.

Program ini diperkenalkan oleh Child & Youth Finance International (CYFI). Global Money Week disambut dengan mengadakan beberapa aktiviti-aktiviti tempatan dan serantau yang bertujuan untuk menggalakkan kanak-kanak dan belia agar dapat belajar mengenai kepentingan wang, berjimat cermat, mewujudkan mata pencarian,mendapatkan pekerjaan dan menjadi seorang usahawan.

Sebanyak 12 buah sekolah senegara terpilih untuk berentap diperingkat saringan. Setiap sekolah dibahagikan kepada empat kumpulan dan setiap kumpulan terdiri dari 3 buah sekolah berdasarkan kepada undian. Setiap kumpulan berentap diperingkat saringan dan hanya sekolah yang mendapat markah tertinggi sahaja layak untuk memasuki peringkat separuh akhir.

Pada hari ini, Kumpulan A yang terdiri dari Sekolah Rendah Pantai Berakas, Sekolah Rendah Sengkurong dan Sekolah Rendah Sultan Hassan, Bangar berentap pada sesi pertama. Manakala, Kumpulan B terdiri dari Sekolah Rendah Paduka Seri Begawan Sultan Omar Ali Saifuddien, Kuala Belait, Sekolah Rendah Katok A dan Sekolah Rendah Dato Mohd Yassin berentap pada sesi kedua.

Antara objektif pertandingan kuiz adalah utuk menyemai kesedaran mengenai pendidikan kewangan dari peringkat awal; memperkembangkan pengetahuan dan kompetensi pendidikan kewangan;  dan meningkatkan kemahiran abad ke-21 sejajar dengan keperluan Revolusi Industri 4.0 seperti semangat kerja berpasukan (kolaboratif), kemahiran berkomunikasi, keupayaan dalam penyelesaian masalah dan kemahiran membuat keputusan.