Closing Ceremony and Certificates Presentation of School Leaders Convention 2019 and School Incentive Award for 2018

Feb 27, 2019
Wednesday, 27 February 2019 - The Ministry of Education has held the Closing Ceremony and the Certificate Presentation of the School Leader's Convention 2019. The two-day convention began on 26 February 2019 to 27 February 2019, held at Chancellor Hall, Universiti Brunei Darussalam.

SLC 1 (2).jpg

SLC 2 (2).jpg

Present as the guest of honor this afternoon is Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Hj Hamzah bin Haji Sulaiman, Minister of Education, Brunei Darussalam who is also in charge of presenting the certificates of participation to convention participants and school incentive awards to successful schools.

Also present is Yang Mulia Datin Seri Paduka Dr. Hajah Romaizah binti Haji Mohd. Salleh, Deputy Minister of Education.

The two-day convention, entitled 'Quality Leaders, Quality Education', presented several conventional software components, socialization on the Ministry of Education Strategic Plan 2018-2022, Forum on Department, Division and Unit initiatives under the Ministry Education. The School Leadership Competence Workshop was also held on the second day of the convention.

This afternoon, the ceremony began with the School Incentive Award Presentation Ceremony to give appreciation and recognition to the schools' effort of showing significant achievements and improvements in the PSR, G.C.E. 'O' and 'A' Level examinations for the Year 2018. This Incentive Award was first held in 2014 as one of the annual events run by the Department of Schools as a motivation to the Middle School, Secondary, College and Form Six Former Peoples Schools so that they will be more eager to achieve better success, especially in academics in the future.

Earlier this afternoon, the event commenced with the presentation of convention resolution from the participants and subsequently followed by the presentation of certificates to the convention's participant by the Guest of Honour.

Also present this afternoon is Yang Mulia Dr. Haji Azman bin Ahmad, Permanent Secretary (Higher Education), Ministry of Education; Yang Mulia Dr. Shamsiah Zuraini Kanchanawati binti Haji Tajuddin, Permanent Secretary (Core Education), Ministry of Education; Yang Mulia Dr. Chin Wei Keh, Deputy Permanent Secretary (Higher Education), Ministry of Education; Yang Mulia Awang Aliuddin bin Haji Abd. Rahman, Deputy Permanent Secretary (Core Education), Ministry of Education; Yang Mulia Dayang Hajah Anis Faudzulani binti Haji Dzulkiflee, Acting Director of Education; Directors and Senior Officers of the Ministry of Education.


_____________________________________________________________

Rabu, 27 Februari 2019 - Kementerian Pendidikan pada petang ini mengadakan Majlis Penutup dan Penyampaian Sijil Konvensyen Pemimpin Sekolah bagi Tahun 2019. Konvensyen yang telah berlangsung selama dua hari ini bermula pada 26 Februari 2019 hingga hari ini 27 Februari 2019 diadakan di Dewan Canselor, Universiti Brunei Darussalam.

Hadir selaku tetamu kehormat pada majlis petang ini ialah Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Hamzah bin Haji Sulaiman, Menteri Pendidikan, Negara Brunei Darussalam yang juga berkesudian untuk menyampaikan sijil-sijil penyertaan kepada peserta konvensyen dan anugerah insentif sekolah kepada sekolah-sekolah yang berjaya.

Turut hadir pada majlis petang ini ialah Yang Mulia Datin Seri Paduka Dr. Hajah Romaizah binti Haji Mohd. Salleh, Timbalan Menteri Pendidikan.

Konvensyen selama dua hari ini bertemakan 'Quality Leaders, Quality Education' (Pemimpin Berkualiti, Pendidikan Berkualiti) telah membentangkan beberapa komponen perisian konvensyen iaitu sosialisasi mengenai Pelan Strategik Kementerian Pendidikan 2018 - 2022, Forum mengenai inisiatif-inisiatif Jabatan, Bahagian dan Unit di bawah Kementerian Pendidikan dan pada sebelah pagi hari kedua konvensyen telah diadakan Bengkel Kompetensi Pemimpin Sekolah.

Majlis pada petang ini juga diselajurkan dengan Majlis Penyampaian Anugerah Insentif Sekolah iaitu bagi memberikan penghargaan dan pengiktirafan terhadap usaha sekolah-sekolah yang menunjukkan pencapaian dan peningkatan yang signifikan dalam peperiksaan Penilaian Sekolah Rendah (PSR), GCE 'O' dan 'A' Level bagi Tahun 2018. Anugerah Insentif ini mula diadakan pada tahun 2014 sebagai salah satu acara tahunan yang dikendalikan oleh Jabatan Sekolah-Sekolah sebagai motivasi kepada Sekolah-Sekolah Rendah, Menengah, Maktab dan Pusat Tingkatan Enam Kerajaan senegara supaya mereka akan lebih bersemangat untuk meraih kejayaan yang lebih baik khususnya dalam akademik di masa akan datang.

Terdahulu majlis pada petang ini dimulakan dengan pembentangan resolusi konvensyen daripada wakil peserta dan seterusnya diikuti dengan penyampaian sijil-sijil kepada peserta konvensyen oleh Tetamu Kehormat Majlis.

Turut hadir pada majlis petang ini ialah Yang Mulia Dr. Haji Azman bin Ahmad, Setiausaha Tetap (Pengajian Tinggi), Kementerian Pendidikan; Yang Mulia Dr. Shamsiah Zuraini Kanchanawati binti Haji Tajuddin, Setiausaha Tetap (Pendidikan Teras), Kementerian Pendidikan; Yang Mulia Dr. Chin Wei Keh, Timbalan Setiausaha Tetap (Pengajian Tinggi), Kementerian Pendidikan; Yang Mulia Awang Aliuddin bin Haji Abd Rahman, Timbalan Setiausaha Tetap (Pendidikan Teras), Kementerian Pendidikan; Yang Mulia Dayang Hajah Anis Faudzulani binti Haji Dzulkiflee, Pemangku Ketua Pengarah Pendidikan; Pengarah-Pengarah dan Pegawai-Pegawai Kanan Kementerian Pendidikan.