Closing Ceremony for the Induction Program of Local Contract Teachers Cohort 2

Feb 2, 2019

2 February 2019, Berakas - The Ministry of Education through Recruitment and Management of Specialized Teachers and Head of Specialized in English Language and Mathematics Project held a closing ceremony for the Induction Program of Local Contract Teachers as English Language and Mathematics teachers, Cohort 2 at the Main Hall, New Building Ministry of Education.

LCT 2019.JPG


Present as the guest of honour was Yang Mulia Awang Haji Md Sharifuddin bin Haji Mohd Salleh, Acting Director of Schools, Ministry of Education.

A total of 104 local graduates was selected for the Local Contract Teachers to teach Mathematics and English Language, Cohort 2. The 5-day Induction Program starts from 29 January 2019.

The Induction Program aims to provide teachers with the basic knowledge of teaching and learning English and mathematics before they enter and teach in the classroom. In addition, it hopes to provide understanding on the mission, vision, function and role of the Ministry of Education, as well as to provide clear exposure and understanding with professionalism as an English language teacher and mathematician in supporting the National Vision 2035, especially in literacy and numeracy education.

A briefing was also held to explain the importance of these new teachers to always adhere to the work ethic as an educator. In addition, it also aims to support the Literacy and Numeracy Coaching Program project implemented by the Ministry of Education at this time.

____________________________________________________________


2 Februari 2019, Berakas – Kementerian Pendidikan melalui Projek Recruitment and Management of Specialised Teachers and Head of Specialised of English Language and Mathematics telah mengadakan Majlis Penutup Sesi Program Induksi Graduan Tempatan Menjadi Guru Tempatan Berkontrak Sebagai Guru Bahasa Inggeris dan Matematik pengambilan kohot kedua petang tadi bertempat di Dewan Utama, Bangunan Baru Kementerian Pendidikan.

Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Yang Mulia Awang Haji Md Sharifuddin bin Haji Mohd Salleh, Pemangku Pengarah Sekolah-Sekolah, Kementerian Pendidikan.

Seramai 104 orang graduan tempatan yang terpilih untuk jawatan Guru Tempatan Berkontrak bagi mata pelajaran bahasa Inggeris dan Matematik bagi pengambilan kohort kedua di Kementerian Pendidikan menghadiri Program Induksi yang telah berlangsung selama 5 hari bermula 28 Januari 2019 lalu.

Program Induksi itu bertujuan sebagai langkah awal menyediakan guru-guru berkenaan dengan ilmu asas pengajaran dan pembelajaran bahasa Inggeris dan matematik sebelum mereka masuk dan mengajar di dalam bilik-bilik darjah. Selain itu ia diharap akan dapat  memberikan kefahaman mengenai misi, visi, fungsi dan peranan Kementerian Pendidikan, serta untuk memberi pendedahan dan kefahaman yang jelas dengan profesionalisme sebagai guru bahasa Inggeris dan matematik dalam mendukung Wawasan Negara 2035 khususnya dalam pendidikan literasi dan numerasi.

Taklimat juga diadakan bagi menerangkan peri pentingnya guru-guru baharu ini sentiasa mematuhi etika kerja sebagai seorang pendidik. Di samping itu, ia juga bertujuan untuk mendokong projek Literacy and Numeracy Coaching Programme yang dilaksanakan oleh Kementerian Pendidikan pada ketika ini