PSR 2018 Examination Results Released

Nov 28, 2018

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

KEPUTUSAN PEPERIKSAAN

PENILAIAN SEKOLAH RENDAH 2018

 

Kementerian Pendidikan melalui Jabatan Peperiksaan pada hari ini mengeluarkan keputusan Peperiksaan Penilaian Sekolah Rendah 2018 dengan rumusan seperti berikut:

 

1.     Daripada 6260 calon yang mendududki peperiksaan ini, seramai 5454 calon atau 87.12`% memperolehi Gred A-D bagi ke lima-lima mata pelajaran.  Pencapaian ini meningkat sebanyak 1.40% berbanding pencapaian pada tahun 2017. Bagi pencapaian pada Gred A-C bagi ke lima-lima mata pelajaran adalah sebanyak 73.58%meningkat sebanyak 2.83%.

 

2.     Sebanyak 12 buah sekolah mencapai keputusan 100% lulus Gred A-C ke lima-lima mata pelajaran yang terdiri dari buah sekolah kerajaan dan buah sekolah swasta. Manakala 92 buah sekolah telah menunjukkan peningkatan dalam lingkungan 0.08% hingga 58.33% termasuk 63 buah sekolah Kerajaan  dan 29 buah sekolah swasta, manakala 9 buah sekolah lagi sebanding pencapaiannya dengan tahun lepas. Sebanyak 26 buah sekolah Kerajaan termasuk 5 buah sekolah Arab telah mencapai 80.00% dan ke atas pada Gred A-C bagi kelima-lima mata pelajaran.

 

3.     Sebanyak 38 sekolah mencapai keputusan 100% lulus Gred A-D bagi ke lima-lima mata pelajaran termasuk 19 sekolah kerajaan (termasuk buah sekolah Arab) dan 19 sekolah swasta.   Bagi pencapaian calon yang memperolehi Gred A-C bagi ke lima-lima mata pelajaran di kalangan calon-calon sekolah Kerajaan mencapai 68.60% dengan keramaian 3028 calon daripada 4414 calon yang mana menunjukkan peningkatan sebanyak 1.65% berbanding dengan tahun 2017.


Jumlah dan peratus calon memperolehi gred A-C dan gred A-D dalam 5 mata pelajaran dengan perbandingan pencapaian tahun 2017 adalah seperti berikut:


PeringkatTahunJumlah calon dudukJumlah dan peratus calon yang memperolehi sekurang-kurangnya ​ ​ ​
Gred A - CGred A - D
Jumlah %Jumlah%
Nasional20186260460673.58%545487.12%
20176413
453770.75%549785.72%

Perbandingan-153692.83%-431.40%
Sekolah Kerajaan20184414
302868.60%369783.76%
2017
4611308766.95%384883.45%
Perbandingan-197
-59
1.65%-1510.31%
Sekolah Swasta20181846157885.48%175795.18%
20171802145080.47%164991.51%
Perbandingan441285.01%1083.67%

psr 18 1.png 

Prestasi pencapaian para pelajar mendapat Gred A hingga C dalam kelima-lima subjek Penilaian Sekolah Rendah dalam tempoh 4 tahun kebelakangan menunjukkan peningkatan sebanyak 10 peratus


psr 18 2.png

Pencapaian para pelajar yang mendapat 5A dalam Pernilaian Sekolah Rendah dalam tempoh 4 tahun kebelakangan menunjukkan peningkatan sebanyak 6 peratus

psr 18 3.png

Pencapaian pelajar-pelajar meraih gred A hingga C dalam dua mata pelajaran teras iaitu English dan Mathematics masing-masing menunjukkan peningkatan sebanyak 5 dan 8 peratus 

4.     Seramai 1007 calon atau 16.08% telah dapat menunjukkan keputusan yang cemerlang dengan mendapat Gred A dalam 5 mata pelajaran dengan peningkatan sebanyak 3.72%. Daripada jumlah tersebut seramai 593 calon adalah terdiri dari calon-calon sekolah kerajaan.  Pencapaian ini meningkat sebanyak 4.67%berbanding dengan pencapaian pada tahun lalu. Secara keseluruhan seramai 904 daripada 1007 calon yang mendapat 5 Gred A adalah terdiri dari rakyat Brunei.  451 orang calon terdiri daripada calon-calon sekolah kerajaan yang telah berjaya memperolehi 4 Gred A dan 1 Gred B.


Jumlah calon mendapat 5A, 4A + 1B dan 4A + 1C ​ ​ ​ ​
Tahun201820172016

Perbandingan

2017 & 2018

Calon mendapat 5A1007793809 
16.08%12.36%12.36%3.72%
Calon mendapat 4A + 1B766575722 
12.24%8.97%11.04%3.27%
Calon mendapat 4A + 1C119
135
112 
1.90%2.11%1.71%-0.21%



 5.     Pencapaian calon dalam mata pelajaran, empat mata pelajaran mencapai 90% ke atas dalam Gred A-D iaitu Melayu Islam Beraja sebanyak 99.54%, Bahasa Melayu 97.35%, English Language 96.84% dan Science 96.20% manakala bagi mata pelajaran Mathematics mencapai 88.34%.  Manakala, empat mata pelajaran mencapai 90% ke atas dalam Gred A-C bagi Melayu Islam Beraja adalah sebanyak 98.53%, Bahasa Melayu 92.36%, English Language 90.76% dan Science 92.41% dan bagi mata pelajaran Mathematics mencapai 76.21% meningkat sebanyak 2.7% berbanding  pencapaian tahun 2017. 

6.     Dari segi kualiti pencapaian calon yang memperolehi di tahap Gred A bagi setiap mata pelajaran, secara keseluruhan dalam mata pelajaran Melayu Islam Beraja ialah 73.80%, Bahasa Melayu 30.57%, English Language 45.19%, Mathematics 29.92%% dan Science 59.85%. Mata pelajaran-mata pelajaran yang meningkat berbanding pada tahun 2017 ialah English Language meningkat sebanyak 15.49%, Mathematics 11.06% dan Science 11.55%.

 

7.     Dimaklumkan kepada murid-murid yang menduduki peperiksaan tersebut bolehlah mendapatkan slip keputusan mereka di sekolah masing-masing dan bagi calon-calon persendirian bolehlah mendapatkannya di Jabatan Peperiksaan pada waktu pejabat dibuka.


LEMBAR RUMUSAN

 

Rumusan pencapaian kebangsaan mengimbas sejak tahun 2016: Dari pencapaian murid mendapat gred A  hingga C pada 68.23% pada tahun 2016 ke 70.75% pada tahun berikutnya, kini Negara mencatatkan pencapaian kebangsaan yang tertinggi iaitu, melebihi tahun-tahun sebelumnya bila mana pencapaian para pelajar mendapat gred A hingga C mencapai 73.58% pada tahun ini (2018).  Pencapaian kebangsaan ini menunjukkan kualiti pendidikan Negara yang semakin mantap yang diterjemahkan melalui peningkatan mutu pengajaran dan pembelajaran yang kian mantap di sekolah-sekolah.