Maulidur Rasul Celebration 1440/2018 Ministry of Education

Nov 22, 2018

Ministry of Education this afternoon held a ceremony in conjunction with Maulud Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wassalam at the Main Hall, Ministry of Education.

maulud nabi 3.jpeg

Present as the guest of honour was Yang Berhomat Dato Seri Setia Awang Haji Hamzah bin Haji Sulaiman, Minister of Education.

Also present was Yang Mulia Datin Seri Paduka Dr. Hajah Romaizah binti Haji Mohd Salleh, Deputy Minister of Education, Yang Mulia Dr. Haji Azman bin Haji Ahmad, Permannent Secretary (Higher Education) Yang Mulia Dr. Shamsiah Zuraini Kanchanawati binti Haji Tajuddin,  Permannent Secretary (Core Education), Yang Mulia Dayang Hajah Anis Faudzulani binti Haji Dzulkiflee, Acting Director General of Education, Head of Departments, Senior Officers and Ministry of Education Staff.

The ceremony began with the recitation of Surah Al-Fatihah and Doa Selamat by Yang Mulia Imam Md Amin bin Haji Salim, Mosque Affairs Officer.
maulud nabi 2.jpeg

The ceremony continued with the presentation of special talk titled ‘Qudwah Hasanah Teladan Kepimpinan’ presented by Yang Mulia Ustaz Haji Samsul Muawan bin Haji Shodiq, Certified Speaker of the Brunei Islamic Religious Council. It was continued with the Dikir Ashrakal presented by the Kumpulan Pedikir Ministry of Education.
maulud nabi 1.jpeg

The purpose of the ceremony was to celebrate Maulud Nabi Muhammad S.A.W as a prophet of the ummah as well as strengthening the relation of MOE staff.

----------------------------------------------------------------------------------------------------
Sambutan Maulud Nabi Muhammad S.A.W Kementerian Pendidikan 1440/2018

Kementerian Pendidikan dan Jabatan-Jabatan di bawahnya telah mengadakan satu majlis sempena sambutan Maulud Nabi Muhammad S.A.W bertempat di Dewan Utama, Kementerian Pendidikan. 

Hadir selaku Tetamu Kehormat di majlis tersebut ialah Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Hamzah bin Haji Sulaiman, Menteri Pendidikan, Negara Brunei Darussalam.

Turut hadir Yang Mulia Datin Seri Paduka Dr. Hajah Romaizah binti Haji Mohd Salleh, Timbalan Menteri Pendidikan, Yang Mulia Dr. Haji Azman bin Haji Ahmad, Setiausaha Tetap (Pengajian Tinggi), Yang Mulia Dr. Shamsiah Zuraini Kanchanawati binti Haji Tajuddin,  Setiausaha Tetap (Pendidikan Teras), Yang Mulia Dayang Hajah Anis Faudzulani binti Haji Dzulkiflee, Pemangku Ketua Pengarah Pendidikan, Ketua-Ketua Jabatan, Pegawai-Pegawai Kanan, Pegawai-Pegawai serta Kakitangan Kementerian Pendidikan.

Untuk memberkati dan memohon syafaat majlis  dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan Doa Selamat oleh Yang Mulia Imam Md Amin bin Haji Salim, Pegawai Hal Ehwal Masjid.

Majlis diteruskan dengan penyampaian ceramah khas bertajuk “Qudwah Hasanah Teladan Kepimpinan” yang disampaikan oleh Yang Mulia Ustaz Dr. Haji Samsul Muawan bin Haji Shodiq, Penceramah Bertauliah Majlis Ugama Islam Brunei. Majlis sambutan ini kemudiannya diserikan lagi dengan persembahan Dikir Ashrakal yang dibawakan oleh Kumpulan Pedikir Kementerian Pendidikan.

Adapun tujuan majlis ini diadakan adalah bagi meraikan secara khusus sambutan Maulud Nabi Muhammad S.A.W sebagai Nabi pemimpin ummah dan juga bagi mengeratkan silaturahim sesama warga Kementerian Pendidikan.