248 Retirees Officers and Staffs from Ministry of Education feted in Ceremony

Nov 8, 2018

Higher Education Division, Ministry of Education and Secretariat of National Accreditation Council, Brunei Darussalam this afternoon held a ceremony to celebrate retired officers and staffs who retried in 2017 at Songket Ballroom, The Rizqun International Hotel, Gadong.

On hand to present the retirement certificates and souvenirs was the guest of honour, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Hamzah bin Haji Sulaiman, Minister of Education. Also present was ang Mulia Datin Seri Paduka Dr. Hajah Romaizah binti Haji Mohd. Salleh, Deputy Minister of Education.

bersara1.jpeg

Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Hamzah bin Haji Sulaiman, Minister of Education presenting retirement certificates and souvenirs to one of the recipients

The event aimed to appreciate the Ministry officers and staffs services who had worked under the government of Brunei Darussalam. The event also aimed to maintain and nurture a close relationship between the staff of the ministry and the retirees.

A total of 248 officers and staffs who retired in 2017 feted which include officers and staffs from the ministry, schools and higher education institutions. The event started with the recitation of Surah Al-Fatihah led by Yang Mulia Awang Ahmad Syafiq bin Haji Osman, Officer from Masjid Mohamed Bolkiah Kampong Serusop.

The event followed by appreciation speech delivered by Yang Mulia Dr. Haji Azman bin Ahmad, Permanent Secretary (Higher Education) continued with speech from Yang Mulia Awang Haji Rahman Bin Haji Nawi, former Director of Curriculum Development as the representative of the retirees shared some nostalgic memories from the time he spent working under the ministry.

​________________________________________________________________________________

Majlis Meraikan Persaraan Pegawai dan Kakitangan Kementerian Pendidikan yang Bersara pada Tahun 2017

Kementerian Pendidikan melalui Bahagian Pengajian Tinggi dan Majlis Kebangsaan Pengiktirafan Kelulusan (MKPK) hari ini mengadakan Majlis Meraikan Pesaraan Pegawai dan Kakitangan Kementerian Pendidikan Yang Bersara Pada Tahun 2017. Majlis diadakan di Songket Ballroom, The Rizqun International Hotel, Gadong.

Hadir selaku tetamu kehormat di majlis ini ialah Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Hamzah bin Haji Sulaiman, Menteri Pendidikan. Juga hadir ialah Yang Mulia Datin Seri Paduka Dr. Hajah Romaizah binti Haji Mohd. Salleh, Timbalan Menteri Pendidikan.

Majlis Meraikan Pesaraan Pegawai Dan Kakitangan Kementerian Pendidikan Yang Bersara ini  diadakan bagi tujuan untuk menghargai jasa bakti pegawai dan kakitangan Kementerian Pendidikan yang pernah bertugas dengan Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam. Selain itu, majlis ini juga dihasratkan untuk mengeratkan dan mengekalkan hubungan silaturrahim dan hubungan kekeluargaan di antara pegawai dan kakitangan yang masih berkhidmat dan yang telah bersara di Kementerian Pendidikan. 

Seramai 248 orang pegawai dan kakitangan yang telah berkhidmat di Kementerian Pendidikan diraikan pada majlis berkenaan. Ini termasuklah para pegawai dan kakitangan yang bertugas di Kementerian Pendidikan, serta para pegawai, tenaga pengajar dan kakitangan yang bertugas di sekolah-sekolah rendah dan menengah, maktab-maktab, Institut Pendidikan Teknikal Brunei (IBTE) dan institusi pengajian tinggi. 

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan Doa Selamat yang dipimpin oleh Yang Mulia Awang Ahmad Syafiq bin Haji Osman, Pegawai Hal Ehwal Masjid, Masjid Mohamed Bolkiah Kampong Serusop.

Majlis diteruskan dengan ucapan penghargaan oleh Yang Mulia Dr. Haji Azman bin Ahmad, Setiausaha Tetap (Pengajian Tinggi), Kementerian Pendidikan dan diikuti dengan ucapan dari wakil persara iaitu Awang Haji Rahman Bin Haji Nawi, Mantan Pengarah Jabatan Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan.

Acara kemuncak pada majlis ini ialah Penyampaian Sijil dan Cenderahati kepada pegawai-pegawai dan kakitangan yang bersara yang disempurnakan oleh tetamu kehormat majlis.

Turut hadir di majlis ini ialah Yang Mulia Dr. Haji Azman bin Ahmad, Setiausaha Tetap (Pengajian Tinggi); Naib-Naib Canselor Universiti; Timbalan Setiausaha Tetap (Pengajian Tinggi); pemangku Ketua Pengarah Pendidikan serta Ketua-Ketua Jabatan dan pegawai-pegawai Kementerian Pendidikan.