10th ASEAN Education Ministers Meeting (10th ASED) and Related Meetings

Nov 1, 2018

10TH ASED 2018 PIC.jpg

The Minister of Education, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Hamzah bin Haji Sulaiman, Minister of Education has attended the 10th ASEAN Education Ministers Meeting (10th ASED) and Related Meetings Nay Pyi Taw, Myanmar from 31st October to 1st November 2018. The meeting was also attended by Ministers, Deputy Ministers and Senior Officials from all Member States of the ASEAN region as well as representatives from ASEAN Dialogue Partners such as Australia, China, Japan, Republic of Korea, Russia and United States.

The meeting was officially opened by His Excellency U Myint Swe in his capacity as the Vice-President of the Republic of Union of Myanmar.

Yang Berhormat Dato delivered a country statement to applaud all pledges that supports the implementation of the ASEAN Workplan in Education 2016-2020 through continuous joint efforts among the ASEAN member states and dialogue partners. This includes strengthening the resilience and ensure better understanding of shared regional identity of the ASEAN community.

In his statement, Yang Berhormat Dato also remarked that strategies under the ASEAN Workplan in Education are in line with Ministry of Education, Brunei Darussalam's Strategic Plan 2018-2022; in which, one of Brunei Darussalam's strategic objectives is addressing human resource development, especially for the teachers.

Included in the statement was how the 4th Industrial Revolution will impact the future global demand and job market, which has induced a shift in the education paradigm to equip our children with relevant knowledge, future-ready skills and values.

Yang Berhormat Dato concluded his statement by reiterating Brunei Darussalam's full commitment and continuous support to ASEAN in developing and fostering more educational collaboration and partnership in the future.

The Minister of Education is also scheduled to attend the 4th ASEAN Plus Three Education Ministers Meeting (4th APT EMM) and the 4th East Asia Summit Education Ministers Meeting (4th EAS EMM) which are held back-to-back with the 10th ASEAN Education Ministers Meeting (10th ASED)

Accompanying Yang Berhormat Minister of Education at the meetings were Yang Mulia Dr Shamsiah Zuraini Kanchanawati binti Haji Tajuddin, Permanent Secretary (Core Education), Ministry of Education, officials from the Ministry of Education and the Embassy of Brunei Darussalam in Myanmar.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Mesyuarat Menteri-Menteri Pendidikan ASEAN Kali Ke-10 31 Oktober 2018- 1 November 2018, 

Nay Pyi Taw, Myanmar

Mesyuarat Menteri-Menteri Pendidikan ASEAN kali ke-10 telah pun diadakan di Nay Pyi Taw, Myanmar pada 31 Oktober 2018 hingga 1 November 2018. Mesyuarat tersebut telahpun dihadiri Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Hamzah bin Haji Sulaiman, Menteri Pendidikan, Negara Brunei Darussalam. Mesyuarat berkenaan antara lain juga turut dihadiri oleh Menteri-Menteri Pendidikan, Timbalan Menteri Pendidikan serta Pegawai-Pegawai Kanan dari negara-negara ahli ASEAN serta wakil-wakil dari Rakan Dialog ASEAN iaitu Australia, China, Jepun, Republik Korea, Rusia dan Amerika Syarikat.

Mesyuarat ini telah dirasmikan oleh Tuan Yang Terutama, U Myint Swe, dalam kapasiti beliau sebagai Timbalan Presiden, Republik Kesatuan Myanmar.

Yang Berhormat Menteri Pendidikan Negara Brunei Darussalam dalam kenyataannya telahpun menyentuh mengenai usahasama yang telahpun dijalankan oleh negara-negara ahli ASEAN dalam menyokong pelaksanaan ASEAN Work Plan on Education 2016-2020.

Selain itu, Yang Berhormat Dato juga turut mengongsikan bahawa pelan kerja tersebut adalah selaras dengan Pelan Strategik Kementerian Pendidikan 2018-2022 terutamanya mengenai dengan bidang pembangunan sumber tenaga manusia, khususnya tenaga pengajar. Yang Berhormat Dato juga menyentuh mengenai isu Revolusi Industri Ke-4 (4th Industrial Revolution) yang telahpun memberikan impak kepada permintaan global dan pasaran pekerjaan di masa akan datang. Ini turut mendorong kepada perubahan dalam paradigma pendidikan tentang pengetahuan, kemahiran dan nilai-nilai bagi generasi masa depan.

Sejurus selepas mesyuarat Menteri-Menteri Pendidikan ASEAN Ke-10 tersebut, Yang Berhormat Dato dijadualkan akan menghadiri 4th ASEAN Plus Three Education Ministers Meeting dan 4th East Asia Summit Education Ministers Meeting.

Turut mengiringi Yang Berhormat Dato semasa mesyuarat tersebut ialah Yang Mulia Dr Shamsiah Zuraini Kanchanawati binti Haji Tajuddin, Setiausaha Tetap (Pendidikan Teras), Kementerian Pendidikan serta pegawai-pegawai dari Kementerian Pendidikan dan Kedutaan Negara Brunei Darussalam di Myanmar.