Ministry of Education Donations to Students and MoE Staffs Whose House Destroyed by Fire and Road Accident Victim

Oct 31, 2018


sumbangan derma1.jpeg

Administration and Public Relations Unit under Department of Schools, Ministry of Education today held a donation event for  students and MoE staffs whose house destroyed by fire at Kampong Anggerek Desa, Kampong Bunut, Kampong Lupak Luas, Kampong Mulaut, Kampong Sungai Besar, Rpn Kampong Meragang, Kampong Sumbiling Lama, Kampong Delima Satu, Barek Penerbangan Awam Berakas, Kampong Luagan Dudok, Tutong, Kampong Luagan Timbaran, Lamunin, Tutong and road accident victim. The event took place at Sekolah Rendah Perpindahan Lambak Kanan Hall, Jalan 10, Kampong Lambak Kanan.

Present as guest of honour and presenting the donations was Yang Mulia Dr. Dayang Hajah Zurina binti Haji Harun, Acting Director of Schools, Department of Schools, Ministry of Education. 

sumbangan derma2.jpeg

sumbangan derma3.jpeg

This year, a total of 28 students and staffs from the Ministry of Education received donations in terms of cash. 24 students from primary and secondary schools were house fire victims, 3 receipients are staffs and one student who was the victim of a road accident.

​____________________________________________________________________

Majlis Penyampaian Derma Kementerian Pendidikan kepada Pelajar-Pelajar dan Kakitangan Sekolah yang Terlibat dalam Musibah Kebakaran Rumah di Kampong Anggerek Desa, Kampong Bunut, Kampong Lupak Luas, Kampong Mulaut, Kampong Sungai Besar, Rpn Kampong Meragang, Kampong Sumbiling Lama, Kampong Delima Satu, Barek Penerbangan Awam Berakas, Kampong Luagan Dudok, Tutong, Kampong Luagan Timbaran, Lamunin, Tutong dan Mangsa Kemalangan Jalan Raya

Kementerian Pendidikan melalui Unit Pentadbiran dan Perhubungan Awam, Bahagian Pentadbiran, Sektor Korporat, Jabatan Sekolah-Sekolah selaku pengendali pada petang ini mengadakan Majlis Penyampaian Derma Kementerian Pendidikan kepada pelajar-pelajar dan kakitangan sekolah yang terlibat dalam musibah kebakaran rumah di beberapa buah kampong iaitu di Kampong Anggerek Desa, Kampong Bunut, Kampong Lupak Luas, Kampong Mulaut, Kampong Sungai Besar, Jalan Kemangsi Barat, RPN Meragang, Kampong Sumbiling Lama, Kampong Delima Satu, Barek Penerbangan Awam Berakas, Kampong Luagan Dudok, Tutong, Kampong Luagan Timbaran, Jalan Lamunin Tutong dan mangsa kemalangan jalan raya. Majlis diadakan di Dewan Sekolah Rendah Perpindahan Lambak Kanan, Jalan 10, Kampong Lambak Kanan.

Hadir selaku Tetamu Kehormat Majlis ialah Yang Mulia Dr. Dayang Hajah Zurina binti Haji Harun, Pemangku Pengarah Sekolah-Sekolah, Jabatan Sekolah-Sekolah, Kementerian Pendidikan yang juga berkesudian untuk menyampaikan derma berkenaan kepada para penerima.

Seramai 28 orang penerima menerima sumbangan derma dalam bentuk wang ringgit iaitu 24 orang pelajar dari beberapa buah Sekolah Rendah dan Menengah, 3 orang kakitangan sekolah dan seorang pelajar mangsa kemalangan jalan raya.

Sumbangan derma yang disampaikan adalah hasil kutipan daripada Jabatan-Jabatan, Bahagian-Bahagian dan Unit-Unit di Kementerian Pendidikan dan juga daripada Sekolah-Sekolah Rendah, Menengah, Maktab-Maktab, Pusat-Pusat Tingkatan Enam Kerajaan dikeempat-empat daerah dibawah kawalan Kementerian Pendidikan. Sebanyak 11,468 ringgit telah Berjaya di kutip  bermula pada bulan Mei 2018 hingga bulan Oktober 2018. Sumbangan derma yang dihulurkan adalah sebagai tanda rasa pemedulian dan prihatin Kementerian Pendidikan terhadap musibah yang telah menimpa pelajar-pelajar dan kakitangan sekolah berkenaan.

Turut hadir di Majlis ini ialah Ketua-Ketua Jabatan, Bahagian dan Unit di Kementerian Pendidikan, Ketua-Ketua Unit dan Pegawai-Pegawai Kanan di Jabatan Sekolah-Sekolah, Pengetua-Pengetua dab Guru-Guru Besar sekolah yang terlibat, Ibu bapa dan penjaga pelajar-pelajar yang berkenaan.