Teacher's Day 2018 "Kayuhan Basikal dan Larian" Event

Oct 1, 2018

Department of Co-Curriculum Education, Ministry of Education yesterday morning organized "Kayuhan Basikal dan Larian Hari Guru Negara Brunei Darussalam ke-28 Tahun 2018" event at Taman Haji Sir Muda Omar 'Ali Saifuddien, Bandar Seri Begawan.

Present as guest of honour was Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Hamzah bin Haji Sulaiman, Minister of Education, Brunei Darussalam. Also present were Yang Mulia Datin Seri Paduka Dr. Hajah Romaizah binti Haji Mohd Salleh, Deputy Minister of Education and Yang Mulia Pengiran Dato Seri Paduka Haji Bahrom bin Pengiran Haji Bahar, Deputy Minister of Religious Affair.

The cycling and running event is part of sports activities organized by the department to enliven the country's Teacher's Day celebration with this year theme "Dedicated Teachers Education Excellence". The event aimed to foster closer ties among the staff under the Ministry of Education and Ministry of Religious Affair as well as to promote a healthy lifestyle among the community and complement the initiatives of "Bandar ku Ceria" and "Car Free Day" that has been held every sunday.

larian 3.jpeg

larian 4.jpeg

larian 2.jpeg

At the event, The Minister of Education officiated the 11.5KM route cycling segment while, the 5Km Fun Run was officiated by Deputy Minister of Education.

This year, about 4972 registered to enliven the Cycling and Running activites. During the event, Finalist from MoE's Celik Biz and Bigstart competitions set up their booths to promote and sell their products. 

__________________________________________________________________________________

​Kayuhan Basikal dan Larian Hari Guru Ke-28 Tahun 2018

Bandar Seri Begawan, 30 September 2018, Ahad – Pada hari ini, Kementerian Pendidikan melalui Jabatan Pendidikan Kokurikulum telah mengadakan Kayuhan Basikal dan Larian Hari Guru Ke-28 Tahun 2018 yang berlangsung di Taman Haji Sir Muda Omar 'Ali Saifuddien, Bandar Seri Begawan.

Hadir selaku Tetamu kehormat di acara tersebut ialah Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Hamzah bin Haji Sulaiman, Menteri Pendidikan, Kementerian Pendidikan, Negara Brunei Darussalam. Turut hadir di acara tersebut ialah Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama Yang Mulia Pengiran Dato Seri Paduka Haji Bahrom bin Pengiran Haji Bahar; Timbalan Menteri Pendidikan Yang Mulia Datin Seri Paduka Dr. Hajah Romaizah binti Haji Mohd Salleh.

Turut hadir jua di acara tersebut ialah Setiausaha-Setiausaha Tetap, Naib-Naib Canselor dan Rektor Uuniversiti, Timbalan-Timbalan Setiausaha Tetap, Pemangku Ketua Pengarah Pendidikan, Ketua-Ketua Jabatan, Pemimpin-Pemimpin Sekolah, para Pegawai dan Kakitangan dari Kementerian Pendidikan  dan Kementerian Hal Ehwal Ugama serta Guru-Guru dan Pelajar-Pelajar seluruh negara.

Kayuhan Basikal dan Larian Hari Guru ini merupakan salah satu acara aktiviti sukan dalam menyemarakkan dan memeriahkan lagi Sambutan Hari Guru Ke-28 Tahun 2018 dengan tema "Guru Dedikasi Pendidikan Cemerlang".

Penganjuran acara kayuhan basikal dan larian hari guru ini antara lain bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturahim di kalangan pemimpin-pemimpin dan seluruh warga di Kementerian Pendidikan dan Kementerian Hal Ehwal Ugama. Selain itu, acara ini juga bertujuan bagi menggalakkan warga kedua-dua Kementerian dan warga Negara Brunei Darussalam mengamalkan 'Cara Hidup Sihat' di samping sebagai sokongan kepada usaha pihak Kerajaan untuk menjadikan aktiviti berbasikal sebagai Sukan Kebangsaan serta sokongan kepada Program Bandarku Ceria dan Hari Tanpa Kereta yang diadakan pada setiap hujung minggu.

Penyertaan acara Kayuhan Basikal dan Larian Hari Guru ke-28 ini terbuka kepada pegawai dan kakitangan Kementerian Pendidikan dan Kementerian Hal Ehwal Ugama serta semua institusi pendidikan dan orang awam yang berminat untuk mengikuti acara berkenaan. Semua peserta yang mendaftar akan memakai baju khas Kayuhan Basikal dan Larian hari guru.

Peserta Kayuhan Basikal akan berkayuh sejauh 11.5km akan dilepaskan oleh Tetamu Kehormat majlis, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Hamzah bin Haji Sulaiman Menteri Pendidikan. Manakala Peserta Larian akan berlari sejauh 5km dilepaskan oleh Yang Mulia Datin Seri Paduka Dr. Hajah Romaizah binti Haji Mohd Salleh, Timbalan Menteri Pendidikan

Seramai 4972 orang peserta telah mendaftar untuk mengikuti dalam acara Kayuhan Basikal dan Larian Hari Guru Ke-28 Tahun 2018.

Di kesempatan ini, peserta finalis dalam pertandingan Celikbiz dan Bigstart jua diberi peluang untuk mempromosikan dan menjual produk mereka semasa acara tersebut dijalankan. Ini dapat memberi pendedahan dan seterusnya dapat menimba pengalaman kepada mereka dalam bidang keushawanan.