28th Brunei Darussalam Teacher's Day Celebration 2018

Sep 25, 2018

On the 23rd September, every year, Brunei Darussalam celebrate Teacher's Day to commemorate and appreciate all the teachers contribution in educating the young in the country. This is part of elevating teacher profession who has contributed in shaping the development of human power and capacity in Brunei. 

His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam yesterday graced the ceremony for the 28th Teacher’s Day Celebration, which was held at the Plenary Hall International Convention Centre (ICC) in Berakas. Also present during the event accompanying His Majesty were His Royal Highness Prince Haji Al-Muhtadee Billah, the Crown Prince and Senior Minister at the Prime Minister’s Office; His Royal Highness Prince ‘Abdul Malik; and His Royal Highness Prince ‘Abdul Mateen.

The arrival of His Majesty was greeted by Minister of Education Dato Seri Setia Awang Haji Hamzah bin Haji Sulaiman and Minister of Religious Affairs Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman in his capacity as the co-chairman of the executive committee for the Teacher's Day celebration.

________________________________________________________________________

Sambutan Hari Guru Negara Brunei Darussalam Ke-28, Tahun 2018

Setiap 23 September, Negara Brunei Darussalam akan menyambut Hari Guru sebagai memperingati dan menghargai sumbangan jasa para pendidik di negara ini. Sambutan ini juga adalah sebagai usaha untuk memartabatkan profesion perguruan yang banyak menyumbang kepada pembangunan kapasiti tenaga manusia di negara ini. Pada tahun ini, majlis kemuncak Sambutan Hari Guru diadakan pada hari Isnin, 14 Muharram 1440 bersamaan 24 September 2018.

Pada pagi ini, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam serta Kerabat Diraja, berkenan berangkat ke Majlis Sambutan Hari Guru Negara Brunei Darussalam Ke-28 Tahun 2018 yang diadakan di Dewan Plenary, Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas.

Keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia di Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas dijunjung oleh Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Hamzah bin Haji Sulaiman, Menteri Pendidikan dan Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman, Menteri Hal Ehwal Ugama selaku Pengerusi Bersama Majlis serta Ahli-ahli Jawatankuasa Tertinggi Majlis Sambutan Hari Guru Negara Brunei Darussalam Ke-28 Tahun 2018.

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al Fatihah khusus buat ayahanda Kebawah Duli Yang Maha Mulia, Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien dan guru-guru yang telah kembali ke rahmatullah dan setelah itu diikuti dengan Doa Selamat yang dipimpin oleh Mufti Kerajaan, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr.) Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned.

Majlis diteruskan dengan bacaan Ayat-Ayat Suci Al-Quran dari Surah Luqman (Ayat 13 hingga 19) oleh Yang Mulia Awang Haji Mohammad Khairudin bin Haji Marajah@Meraji, Guru Ugama, Sekolah Ugama Paduka Seri Begawan Sultan Omar ‘Ali Saifuddien, Kuala Belait iaitu Johan Musabaqah Membaca Al-Quran Bahagian Dewasa Peringkat Daerah Belait Tahun 2016. Sementara intisari ayat disampaikan oleh Yang Mulia Awang Nazirul Mubin bin Ahad, Siswa Kedoktoran di Pusat Pengajian Islam Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien, Universiti Brunei Darussalam, Penolong Pensyarah Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan dan Penceramah Bertauliah Majlis Ugama Islam Brunei.

Setelah itu, Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Awang Hamzah bin Haji Sulaiman, Menteri Pendidikan selaku Pengerusi Bersama Jawatankuasa Tertinggi Majlis Sambutan Hari Guru Negara Brunei Darussalam Ke-28 Tahun 2018 menyembahkan Sembah Alu-Aluan dan diikuti dengan titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.

Majlis pada pagi ini juga diserikan dengan persembahan utama iaitu lagu bertemakan ‘Guru Dedikasi Pendidikan Cemerlang’. Persembahan berkenaan merupakan gabungan para pelajar dan guru-guru sekolah rendah kerajaan dan swasta serta mahasiswa-mahasiswi Universiti Brunei Darussalam.

Seterusnya, Kebawah Duli Yang Maha Mulia berkenan menyempurnakan pengurniaan Anugerah-Anugerah Hari Guru Ke-28, Tahun 2018 kepada dua (2) orang penerima Anugerah Guru Berjasa, empat (4) orang penerima Anugerah Guru Cemerlang dan tiga belas (13) orang penerima Anugerah Penghargaan Hari Guru (Special Mention).  
SHG1.jpeg
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan semasa berkenan menyempurnakan penyampaian Anugerah Guru Berjasa kepada Yang Mulia Dato Seri Setia Awang Haji Kasim bin Awang Haji Lamat
SHG2.jpeg
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan semasa berkenan menyempurnakan penyampaian Anugerah Guru Berjasa kepada Yang Mulia Pengiran Datin Paduka Hajah Hairani binti Pengiran Maharaja Lela Pengiran Muda Abdul Kahar
SHG3.jpeg
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan semasa berkenan menyempurnakan penyampaian Anugerah Guru Cemerlang kepada Yang Mulia Dayang Norliza binti Haji Zaini

Di akhir majlis, Kebawah Duli Yang Maha Mulia serta Kerabat Diraja yang lain dijunjung berangkat bagi sesi bergambar ramai bersama dengan para penerima anugerah dan Ahli Jawatankuasa Tertinggi Sambutan Hari Guru Negara Brunei Darussalam Ke-28, Tahun 2018 dan seterusnya dijunjung berangkat menyaksikan Pameran Sempena Sambutan Hari Guru Ke-28, Tahun 2018 di ruang legar.

Konsep Pameran Sambutan Hari Guru pada tahun ini menjurus kepada lima (5) bidang fokus selaras dengan tema Sambutan Hari Guru Ke-28 Tahun 2018 ‘Guru Dedikasi Pendidikan Cemerlang’. Format pameran bersifat seamless dari satu bidang fokus ke bidang fokus yang lain tanpa mengikut jabatan/unit/bahagian/institusi yang ikut serta dalam pameran berkenaan.

Pameran berkenaan mempunyai lima bidang fokus seperti berikut:
Bidang Fokus Pertama: Menjulang Titah Pendidikan
Bidang Fokus Kedua: Memperkasa Kompetensi Guru
Bidang Fokus Ketiga: Membina Potensi Pelajar Berkeperluan Khas
Bidang Fokus Keempat: Meningkatkan Inovasi Pendidikan
Bidang Fokus Kelima: Memacu Kemajuan Negara

Sebelum berangkat meninggalkan Pusat Persidangan Antarabangsa, Kebawah Duli Yang Maha Mulia juga berkenan menerima junjung ziarah daripada guru-guru, pelajar-pelajar, siswa, siswi dari pelbagai peringkat pendidikan dan institusi serta peserta-peserta persembahan.