New Hijrah Year Ceremony 1440H

Sep 16, 2018

​In conjunction with the New Hijrah Year 1440, Department of Estate Planning and Management, Ministry of Education organized a New Hijrah Year Celebration Ceremony 1440H which was held at the Main Hall, Department of Curriculum Department New Building, Ministry of Education.

Present as the guest of honour was Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Hamzah bin Haji Sulaiman, the Minister of Education.

WhatsApp Image 2018-09-17 at 7.04.40 AM.jpeg

Also present was Yang Mulia Datin Paduka Dr Hajah Romaizah binti Haji Md Salleh, the Deputy Minister of Education.

The highlight of the event was a religious talk titled ‘Hijrah ke arah meningkatkan Taqwa Kepada Allah’ presented by Yang Mulia Ustaz Dr Andas Haji Ismuhadi bin Haji Abdullah, from Pusat Dakwah Islamiah, Ministry of Religious Affair.

WhatsApp Image 2018-09-17 at 7.04.41 AM.jpeg

_____________________________________________________________________________________________

Majlis Sambutan Awal Tahun Hijrah 1440H Kementerian Pendidikan

Kementerian Pendidikan, Negara Brunei Darussalam pada petang ini mengadakan Majlis Sambutan Awal Tahun Hijrah 1440H yang diselanggarakan oleh Jabatan Perancangan dan Pengurusan Estet, Kementerian Pendidikan. Majlis berlangsung di Dewan Utama, Bangunan Baru Kementerian Pendidikan.

Hadir selaku tetamu kehormat pada majlis ini ialah Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Hamzah bin Haji Sulaiman, Menteri Pendidikan, Negara Brunei Darussalam.

Turut hadir ialah Yang Mulia Pengiran Datin Seri Paduka Dr Hajah Romaizah binti Haji Md Salleh, Timbalan Menteri Pendidikan.

Majlis diisikan dengan Ceramah Khas bertajuk "Hijrah ke arah meningkatkan Taqwa Kepada Allah" disampaikan oleh Penceramah Undangan, Yang Mulia Ustaz Dr Andas Haji Ismuhadi bin Haji Abdullah, Penceramah Tetap Pusat Dakwah Islamiah, Kementerian Hal Ehwal Ugama.

Doa selamat dan Doa Awal Tahun Hijrah dibacakan oleh Yang Mulia Haji Muhammad Sadullah bin Hj Salleh, Imam Masjid Rashidah Saadatul Bolkiah Sungai Akar.

Majlis Sambutan Awal Tahun Hijrah ini merupakan kegiatan tahunan Kementerian Pendidikan dalam sama-sama menyemerakkan kedatangan awal Hijrah 1440. Ada pun antara objektif majlis ini diadakan ialah untuk menyemerakkan hari-hari kebesaran Islam dan untuk mengeratkan hubungan silaturahim sesama pegawai dan kakitangan Kementerian Pendidikan.

Turut hadir di majlis ini ialah Dr Haji Azman bin Ahmad, Setiausaha Tetap (Pengajian Tinggi); Yang Mulia Dr Shamsiah Zuriani Kanchanawati binti Haji Tajuddin, Setiausaha Tetap (Pendidikan Teras); Naib Canselor Universiti Teknologi Brunei (UTB); Timbalan-Timbalan Setiausaha Tetap; pemangku Ketua Pengarah Pendidikan; Ketua-Ketua Jabatan; pegawai-pegawai dan kakitangan Kementerian Pendidikan.