Prize Presentation Ceremony for ASEAN Themed Drawing Competition for Year 9 Students in All Government Secondary Schools in Brunei Darussalam

Sep 6, 2018

​The Curriculum Development Department this afternoon conducted Prize Presentation Ceremony for ASEAN Themed Drawing Competition for Year 9 Students in all Government Secondary School in Brunei Darussalam held at the Main Hall, Ministry of Education. Present as the Guest of Honour was Awang Haji Zulkifli bin Haji Muhammad Yusuf, the Acting Director of Curriculum Development Department, Ministry of Education. 

gambar ramai.jpg

The ceremony began with a recitation of surah Al-Fatihah and Doa Selamat, and followed by welcoming remarks from the chairperson of the prize presentation ceremony, Dayang Hajah Badriah binti Haji Saidin, Acting Senior Special Duties Officer, Curriculum development Department. In her speech, it is hope that this competition would be able to attract interests among students to explore more about the identity of the ASEAN countries in every aspects which include, profile, history, culture and arts as well as to cultivate students’ talents, skills and creativity in line with the learning process in National Education System for the 21st Century.

This competition is part of the activities under United Nations Educational, Scientific and Cultural Organisation’s (UNESCO) project, “Promoting Intercultural Dialogue and a Culture of Peace in Southeast Asia Through Shared Histories” which aims to promote innovative educational resources regarding the history of Southeast Asia.

In this competition, first place was won by Ainne Cabahug Sarsora from Sekolah Tinggi Perempuan Raja Isteri (STPRI), second place won by Norhidayati Elya Maisarah binti Haji Yunos from Maktab Sains Paduka Seri Begawan Sultan and the third place won by Dayang Leong Huie Ling from Sekolah Menengah Sayyidina Ali. The prizes were presented by the Guest of Honour to the winners of the competition.

__________________________________________________________________________________________

Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Melukis Bertemakan Asean Bagi Pelajar-Pelajar Tahun 9 Sekolah-Sekolah Menengah Kerajaan Senegara

Jabatan Perkembangan Kurikulum petang tadi telah mengadakan Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Melukis Bertemakan ASEAN bagi Pelajar-Pelajar Tahun 9 Sekolah-Sekolah Menengah Kerajaan Senegara yang berlangsung di Dewan Utama, Bangunan Baru Kementerian Pendidikan, Jalan Lapangan Terbang Lama Berakas. Hadir selaku Tetamu Kehormat Majlis ialah Awang Haji Zulkifli bin Haji Muhammad Yusuf, Pemangku Pengarah Jabatan Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan.

Majlis dimulakan dengan bacaan surah al-Fatihah dan doa selamat serta disusuli dengan ucapan alu-aluan pengerusi majlis, Dayang Hajah Badriah binti Haji Saidin, Pemangku Pegawai Tugas-Tugas Khas Kanan, Jabatan Perkembangan Kurikulum. Beliau antara lain berkata dengan adanya penganjuran pertandingan melukis ini diharap akan dapat menarik minat dan memberi pendedahan kepada para pelajar mengenai identiti negara-negara ASEAN dari pelbagai aspek seperti profil, sejarah, kebudayaan dan kesenian dan sebagainya serta memupuk bakat dan kreativiti pelajar sejajar dengan proses pembelajaran dan membina kemahiran abad ke-21.

Pertandingan ini adalah antara aktiviti dalam Projek Promoting Intercultural Dialogue and A Culture of Peace in Southeast Asia through Shared Histories yang dianjurkan oleh United Nations Educational, Scientific and Cultural Organisations (UNESCO). Pertandingan tersebut bertujuan untuk membina dan mempromosikan bahan-bahan pendidikan inovatif mengenai sejarah Asia Tenggara. 

Dalam pertandingan ini, pemenang pertama ialah Dayang Ainne Cabahug Sarsora, pelajar dari Sekolah Tinggi Perempuan Raja Isteri (STPRI), tempat kedua dimenangi oleh Dayang Norhidayati Elya Maisarah binti Haji Yunos dari Maktab Sains Paduka Seri Begawan Sultan dan tempat ketiga dimenangi ialah Dayang Leong Huie Ling dari Sekolah Menengah Sayyidina Ali. Majlis penyampaian hadiah kepada pemenang-pemenang pertandingan telah disempurnakan oleh Tetamu Kehormat Majlis berkenaan.