Ramah Mesra Ceremony with the Minister of Education for Awarded Government Scholarship & Educational Loan Scheme (SBPP) Students Academic Year 2018/19

Aug 30, 2018

30 August 2018 - A Ramah Mesra ceremony was held for the awarded Government Scholarship and Educational Loan Scheme (SBPP) students of academic year 2018/2019 with the Minister of Education, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Hamzah bin Haji Sulaiman at the Main Hall, New Ministry of Education Building, Berakas, this afternoon.

ramah mesra YB1.jpg


ramah mesra YB2.jpg

Also present was the Deputy Minister of Education, Yang Mulia Datin Seri Paduka Dr. Dayang Hajah Romaizah binti Haji Mohd Salleh.

These students attended a series of briefings in Jatidiri 'Berkat' Programme, from 23 to 30 August 2018. The briefings were presented by the representatives from several government agencies which aims to provide students with guidance and views on the various aspects related to state, religious, appreciation of the Malay Islamic Monarchy (MIB) concept and government scholarship rules and regulations.

The briefing series was one of the Scholarship Section's annual projects, held before scholarship recipients continue their studies overseas.

About 69 students were awarded the Government Scholarship of His Majesty's the Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam and Educational Loan Scheme (SBPP) to study abroad for 2018/19 academic session.

Also present, Permanent Secretary (Higher Education), Yang Mulia Dr. Haji Azman bin Ahmad; Permanent Secretary (Core Education), Yang Mulia Dr. Shamsiah Zuraini Kanchanawati binti Haji Tajuddin; Deputy Permanent Secretary (Core Education), Yang Mulia Dayang Nadia Lee Siew Hoon bin Abdullah and Deputy Permanent Secretary (Higher Education), Yang Mulia Dr. Chin Wei Keh.

______________________________________________________________________________________________________________

30 Ogos 2018 – Petang ini, satu majlis ramah mesra bersama Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Hamzah bin Haji Sulaiman, Menteri Pendidikan dengan penuntut-penuntut yang dianugerahkan Skim Biasiswa Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Skim Bantuan Pinjaman Pendidikan (SBPP) bagi sidang akademik 2018/19 telah diadakan di Dewan Utama, Bangunan Baru Kementerian Pendidikan, Berakas.

Juga hadir, Yang Mulia Datin Seri Paduka Dr. Dayang Hajah Romaizah binti Haji Mohd Salleh, Timbalan Menteri Pendidikan.

Pelajar-pelajar berkenaan telah menghadiri beberapa siri taklimat di dalam Program Jatidiri 'Berkat', bermula 23 hingga 30 Ogos 2018 yang telah disampaikan oleh wakil-wakil dari beberapa buah jabatan kerajaan yang bertujuan untuk memberikan pelajar-pelajar panduan dan pandangan mengenai berbagai aspek yang berhubungkait dengan hal ehwal kenegaraan, keagamaan, penghayatan konsep Melayu Islam Beraja (MIB) dan juga aturan dan peraturan biasiswa kerajaan.

Siri taklimat berkenaan merupakan salah satu projek tahunan Bahagian Biasiswa, Kementerian Pendidikan yang diadakan sebelum pelajar-pelajar penerima biasiswa melanjutkan pengajian mereka.

Sekitar 69 orang pelajar telah dianugerahkan Biasiswa Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Skim Bantuan Pinjaman Pendidikan (SBPP) ke luar negeri bagi sidang akademik 2018/19.

Turut hadir, Yang Mulia Dr. Haji Azman bin Ahmad, Setiausaha Tetap (Pengajian Tinggi); Yang Mulia Dr. Shamsiah Zuraini Kanchanawati binti Haji Tajuddin, Setiausaha Tetap (Pendidikan Teras); Yang Mulia Dayang Nadia Lee Siew Hoon bin Abdullah, Timbalan Setiausaha Tetap (Pendidikan Teras) dan Yang Mulia Dr. Chin Wei Keh, Timbalan Setiausaha Tetap (Pengajian Tinggi).