Qurban Ceremony in Conjunction with Hari Raya AidilAdha Ministry of Education

Aug 26, 2018

31C7BA42-4DD1-498D-B575-E9431B801B04.jpeg

In grabbing the fadilat comes with Ibadah Korban this year, Ministry of Education held a Korban ceremony this afternoon in conjunction of Hari Raya Aidiladha 1439H/2018M at Pintu Malim Primary School’s Hall, Bandar Seri Begawan.

Present as the guest of honour and distributing the korban meat to the receiver at the ceremony was Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Hamzah bin Haji Sulaiman, Minister of Education. Also present to distribute the korban meat was Yang Mulia Datin Seri Paduka Dr. Dayang Hajah Romaizah binti Haji Mohd Salleh, Deputy Minister of Education.

The event began with the recitation of Surah Al-Fatihah and Doa Selamat led by Awangku Mohd. Khoiri Syauqi bin Pengiran Johari, Year 11 student from Sayyidina Abu Bakar Secondary School.

35 officials and staffs in the Ministry of Education had participated in the Korban ceremony. This year, five buffalos were slaughtered in conjunction with the Korban and 79 receivers who lives in nearby area of Mukim Kota Batu dan Kampung Menunggol were selected to receive the Korban meat.
DBAF7469-9886-47FC-9356-E45F9581E526.jpeg
8648A9B0-52C3-497E-A8D0-0B26F073A180.jpeg
This year Ibadah Korban was co-organized by the Department of Planning, Research and Development and Special Education unit. This event is intended as one way to get the pleasure of Allah Subhanahu Wata'ala by drawing us closer to Him and remind the ministries about the sacrifices of Prophet Ibrahim Alaihissalam of his son Ismail Alaihissalam.

In addition, it aims to inculcate awareness among the ministries towards the less fortunate and strengthen the relationships between the departments within the Ministry of Education.

Also present in the ceremony were Yang Berhormat Awang Naim bin Haji Kamis, Head of Mukim Kota Batu, Zone 3 ( Brunei Muara District); Yang Mulia Dr. Haji Azman bin Ahmad, Permanent Secretary (Higher Education); Yang Mulia Dr. Shamsiah Zuraini Kanchanawati binti Haji Tajuddin, Permanent Secretary (Core Education); Vice Chancellors dan Rektor of Universities; Deputy Permanent Secretaries of Ministry of Education; Acting Director General of Education; Head of departments; officers and staffs in Ministry of Education.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Dalam merebut fadilat yang terkandung di dalam ibadah korban, warga Kementerian Pendidikan pada petang hari ini telah mengadakan Majlis Ibadah Korban sempena Hari Raya Aidiladha bagi tahun 1439H/2018M bertempat di Dewan Sekolah Rendah Pintu Malim, Bandar Seri Begawan.

Hadir selaku tetamu kehormat dan seterusnya menyempurnakan pengagihan daging-daging ibadah korban di majlis ini ialah Menteri Pendidikan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Hamzah bin Haji Sulaiman. Juga hadir di majlis untuk menyempurnakan pengagihan berkenaan ialah Yang Mulia Datin Seri Paduka Dr. Dayang Hajah Romaizah binti Haji Mohd Salleh, Timbalan Menteri Pendidikan.

Majlis dimulakan dengan Bacaan Surah Al-Fatihah dan Doa Selamat yang dipimpin oleh Awangku Mohd. Khoiri Syauqi bin Pengiran Johari, pelajar Tahun 11, Sekolah Menengah Sayyidina Abu Bakar.

Pada tahun ini sebanyak 5 ekor kerbau telah dijadikan binatang korban hasil daripada 35 penyertaan para pegawai dan kakitangan Kementerian Pendidikan. Seramai 79 orang penerima daging ibadah korban yang terpilih di Majlis Ibadah Korban Kementerian Pendidikan pada tahun ini terdiri daripada penduduk sekitar di kawasan Mukim Kota Batu dan juga Kampung Menunggol.

Majlis pada tahun ini telah diungkayahkan oleh Jabatan Perancangan, Perkembangan dan Penyelidikan dengan kerjasama Unit Pendidikan Khas. Majlis ini dihasratkan sebagai salah satu cara untuk mendapatkan keredhaan Allah Subhanahu Wata'ala dan mendekatkan diri kepada-Nya serta mengingatkan warga Kementerian Pendidikan tentang pengorbanan Nabi Ibrahim Alaihissalam terhadap puteranya Nabi Ismail Alaihissalam.

Selain itu, ia juga bertujuan untuk memupuk sikap pemedulian dalam kalangan warga Kementerian Pendidikan terhadap mereka yang kurang berkemampuan dan mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara jabatan-jabatan di dalam Kementerian Pendidikan.

Turut hadir di majlis ini ialah Yang Berhormat Awang Naim bin Haji Kamis, Penghulu Mukim Kota Batu, Zon 3 (Daerah Brunei dan Muara); Yang Mulia Dr. Haji Azman bin Ahmad, Setiausaha Tetap (Pengajian Tinggi); Yang Mulia Dr. Shamsiah Zuraini Kanchanawati binti Haji Tajuddin, Setiausaha Tetap (Pendidikan Teras), Naib-Naib Canselor dan Rektor Universiti, Timbalan-Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Pendidikan; Pemangku Ketua Pengarah Pendidikan; Ketua-Ketua Jabatan; Pegawai-Pegawai dan Kakitangan Kementerian Pendidikan.