Minister of Education received Courtsey Call from Director General of ISESCO

Jul 11, 2018

ISESCO Courtsey Call.jpeg

The Honourable Dato Paduka Awang Haji Hamzah bin Haji Sulaiman, Minister of Education of Brunei Darussalam today, received a courtesy call from His Excellency, Dr Abdulaziz Othman Altwaijri, Director General of Islamic Educational, Scientific and Cultural Organization (ISESCO) based in Rabat, Morocco, who is on a working visit to Brunei Darussalam.

Through this visit, H.E. Dr. Abdulaziz aims to strengthen the existing and future partnership between ISESCO and Brunei Darussalam. Also present at the courtesy call from the Ministry of Education of Brunei Darussalam were Yang Mulia Datin Paduka Dr. Hajah Romaizah binti Haji Mohd. Salleh, Deputy Minister of Education, Yang Mulia Dr Haji Azman bin Ahmad, Acting Permanent Secretary and officials from the Ministry of Education.

H. E. Dr. Abdulaziz highlighted the strong relationship between ISESCO and Brunei Darussalam through the Ministry of Education as the focal of ISESCO in Brunei Darussalam. Potential areas of cooperation to be explored between ISESCO and Brunei Darussalam through science and technology, halal industry, renewable energy and 21st century education focusing on school leaders and quality teachers were also discussed.

After the courtesy call, H.E. Dr. Abdulaziz had the opportunity to visit Universiti Brunei Darussalam (UBD) to discuss on future collaboration in higher education followed by a tour of UBD Botanical Research Centre. As part of the program, H.E. Dr. Abdulaziz will also be visiting Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) and continued by a visit to Universiti Teknologi Brunei (UTB). While in Brunei Darussalam, H.E. Dr. Abdulaziz will also visit Brunei Darussalam’s national cultural landmarks such as The Brunei History Centre and Brunei Royal Regalia Museum.

____________________________________________________________________________________________________________

Menteri Pendidikan Menerima Kunjungan Hormat Dari Ketua Pengarah ISESCO

Yang Berhormat Dato Paduka Awang Haji Hamzah bin Haji Sulaiman, Menteri Pendidikan, Negara Brunei Darussalam, pada hari ini, telah menerima kunjungan hormat daripada Tuan Yang Terutama Dr. Abdulaziz Othman Altwaijri, Ketua Pengarah Pertubuhan Islamic Educational, Scientific and Cultural Organization (ISESCO), yang berpusat di Rabat, Maghribi, yang mengadakan lawatan kerja di Negara Brunei Darussalam.

Dengan adanya lawatan tersebut, TYT Dr. Abdulaziz berhasrat untuk memperkukuhkan lagi kolaborasi yang sedia ada dan di masa akan datang antara Pertubuhan ISESCO dengan Negara Brunei Darussalam. Turut hadir semasa kunjungan hormat ialah Yang Mulia Datin Paduka Dr. Hajah Romaizah binti Haji Mohd. Salleh, Timbalan Menteri Pendidikan, Yang Mulia Dr Haji Azman bin Ahmad, Pemangku Setiausaha Tetap, Kementerian Pendidikan dan pegawai-pegawai kanan dari Kementerian Pendidikan.

TYT Dr. Abdulaziz menekankan kepentingan hubungan rapat di antara ISESCO dan Negara Brunei Darussalam melalui Kementerian Pendidikan sebagai fokal ISESCO di Negara Brunei Darussalam. Antara perkara-perkara yang telah dibincangkan semasa kunjungan tersebut adalah bidang kerjasama yang berpotensi khususnya sains dan teknologi, industri halal, renewable energy dan pendidikan abad ke-21 yang memfokus kepada pemimpin sekolah dan guru berkualiti.

Selepas kunjungan tersebut, TYT Dr. Abdulaziz berpeluang untuk membuat lawatan ke Universiti Brunei Darussalam (UBD) untuk membincangkan lebih lanjut mengenai kolaborasi dalam pengajian tinggi disertakan dengan lawatan ke UBD Botanical Research Centre. Antara program lawatan kerja tersebut, TYT Dr. Abdulaziz juga akan membuat kunjungan ke Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) dan ke Universiti Teknologi Brunei (UTB). Program akan diteruskan lagi dengan lawatan ke beberapa mercu tanda kebudayaan kebangsaan Negara Brunei Darussalam seperti Pusat Sejarah Brunei dan Muzium Alat-Alat Kebesaran Di-Raja.