Hari Raya Aidilfitri Celebration Ministry of Education 1439H/2018M

Jul 2, 2018

In conjuction with the Hari Raya Aidilfitri 1439 Hijrah/ 2018 Masehi, the Ministry of Education held a 'Majlis Ramah Mesra Hari Raya Aidilfitri through the collaboration between Department of Examination and Human Resource Development Division at the Sports Schools.

Present as the guest of honour was the Minister of Education, Yang Berhormat Dato Paduka Awang Haji Hamzah bin Haji Sulaiman. Also present, the Deputy Minister of Education, Yang Mulia Datin Paduka Dr. Hajah Romaizah binti Haji Mohd Salleh.

'Majlis Ramah Mesra Hari Raya Aidilfitri' is an annual event organized by Ministry of Education. The objective is to celebrate one holy joyful month after fasting in the month of Ramadhan. Despite providing opportunity for mutual forgiveness among the people of the Ministry, it could also further cultivate the nature of Mahabbah as well as strengthen relationships amongst the Ministry at all levels regardless of rank, religion and nation.

The theme for this year's event is "Raya Seantero Dunia" which means 'Eid all over the world. The concept of this year's event is Open Booth and Live Cooking which comprised of 21 booths from departments and higher education institutions in the ministry serving variety of food/ cuisines from different countries such as Saudi Arabia, Brunei Darussalam, China, Philippines, India, Indonesia, Italy, Japan, South Korea, Maghribi, Malaysia, Mexico and etc.

MHS_0438rs.jpg

MHS_0492rs.jpg

MHS_0550rs.jpg

MHS_0523rs.jpg

MHS_0520rs.jpg

_____________________________________________________________________________________________________________

Majlis Ramah Mesra Hari Raya Aidilfitri Kementerian Pendidikan 1439H/2018M

Bagi menyemarakkan lagi Sambutan Hari Raya Aidilfitri 1439 Hijrah, Kementerian Pendidikan melalui Jabatan Peperiksaan dan Bahagian Perkembangan Sumber Tenaga Manusia selaku penganjur bersama telah menyelenggarakan Majlis Ramah Mesra Hari Raya Aidilfitri yang berlangsung pada hari ini di Sekolah Sukan, Kampung Pulaie.

Hadir selaku tetamu kehormat pada majlis tersebut ialah Yang Berhormat Dato Paduka Awang Haji Hamzah bin Haji Sulaiman, Menteri Pendidikan. Turut hadir, Yang Mulia Datin Paduka Dr. Hajah Romaizah binti Haji Mohd Salleh, Timbalan Menteri Pendidikan.

Majlis Sambutan Ramah Mesra Hari Raya Aidilfitri ini merupakan acara tahunan Kementerian Pendidikan. Objektif utama majlis ini diadakan adalah bagi menghayati kedatangan bulan Syawal sebagai salah satu bulan kebesaran Islam dalam suasana keceriaan setelah selesai menyempurnakan ibadah puasa selama sebulan. Selain dapat memberikan warga kementerian kesempatan untuk saling bermaaf-maafan, ianya juga bertujuan untuk memupuk sifat Mahabbah, menanamkan sifat saling bantu-membantu serta mengeratkan lagi hubungan silaturrahim sesama warga Kementerian Pendidikan di semua peringkat. 

Tema bagi majlis sambutan tahun ini ialah ‘Raya Seantero Dunia’ yang mana berkonsepkan Open Booth dan Live Cooking yang terdiri daripada 21 buah petak yang menghidangkan masakan/ makanan mengikut turutan negara masing-masing. Antaranya, negara Arab Saudi, Brunei Darussalam, China, Filipina, India, Indonesia, Itali, Jepun, Korea Selatan, Maghribi, Malaysia, Mexico dan lain-lain lagi.