Ministry of Education Donates to "Fastabiqul Khairat" 2018

Jun 5, 2018

​Ministry of Education, through Uniform Group and Social Services Unit, Department of Co-Curriculum Education yesterday organized a donations and contributions ceremony for the Fastabiqul Khairat programme 2018. The event was held at the Main Hall, Department of Curriculum Development new building, Ministry of Education.

Present as the guest of honour was Yang Berhormat Dato Paduka Awang Haji Hamzah bin Haji Sulaiman, Minister of Education.

Also present was Yang Mulia Datin Paduka Dr Hajah Romaizah bin Haji Md Salleh, Deputy Minister of Education. 

The event started with the recitation of Surah Al-Fatihah and Doa Selamat lead by Yang Mulia Md Arif bin Abd Hadi, officer from Uniform Group and Social Services Unit, Department of Co-Curriculum Education.

fk3.jpeg

fk2.jpeg

A total of 77 recepients received their donantions, among them are 57 orphans who are the children of staff members at the Ministry of Education, students under Miftah AnNajah Scheme and Destitute from Mukim Rambai Dearah Tutong, Mukim Bukit Sawat Daerah Belait and Mukim Labu Daerah Temburong.

This year, the Department of Co-Curriculum Education has managed to gathered 543 boxes of Fastabiqul Khairat donantions received from departments under Ministry of Education, schools, higher education institutions, and individual donors. Each donation boxes are contain with basic food supplies and neccesities (i.e beras) worth around BND$50.

Fastabiqul Khairat this year is the third time organized by Department of Co-Curriculum Education since it was started in 2016. It aim to collect donantions and contributions from departments under Ministry of Educations, schools and higher institutions as well as individuals as part of doing good deeds and community services for the people in need. 

Fastabiqul Khairat project took off on 16 April, with a blood donation drive that successfully collected 35 pints blood from Ministry of Education staffs aiming to increase blood supplies at Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS). The program followed by the collection of donations in term of food supplies for the orphans, and those in need under the Ministry of Education with was carried out from 16 April until 31 May 2018. 

Also present was Yang Mulia, Prof.Madya Dr. Hajah Zohrah binti Haji Sulaiman, Vice-Chancellor Universiti Teknologi Brunei dan Yang Mulia, Dr. Haji Norarfan bin Haji Zainal, Rektor Universiti Islam Sultan Sharif Ali; Yang Mulia Dayang Nadia Lee Siew Hoon binti Abdullah, Deputy Permanent Secretary (Core Education), Senor Officers, Officers, invited guests, students, and staffs from Department of Co-Curriculum Education.

___________________________________________________________________________________________________________

Majlis Penyampaian Sumbangan Derma Sempena Fastabiqul Khairat Kementerian Pendidikan kali ke-3 2018

Pada hari ini, Kementerian Pendidikan melalui Unit Beruniform dan Perkhidmatan Kemasyarakatan, Jabatan Pendidikan Kokurikulum mengadakan Majlis penyampaian sumbangan derma sempena Fastabiqul Khairat Kementerian Pendidikan Kali Ke 3 Tahun 2018. Majlis tersebut diadakan di Dewan Utama, Jabatan Perkembangan Kurikulum, Bangunan Baru, Kementerian Pendidikan.

Hadir selaku Tetamu Kehormat dan seterusnya menyampaikan sumbangan derma tersebut ialah Yang Berhormat Dato Paduka Awang Haji Hamzah bin Haji Sulaiman, Menteri Pendidikan, Negara Brunei Darussalam. Turut hadir di majlis tersebut adalah Yang Mulia, Datin Paduka Dr. Hajah Romaizah binti Haji Mohd Salleh, Timbalan Menteri Pendidikan; 

Majlis dimulakan dengan bacaan surah Al-Fatihah dan Doa Selamat yang diketuai oleh Md Arif bin Abd Hadi, Pegawai dari Unit Beruniform dan Perkhidmatan Kemasyarakatan, Jabatan Pendidikan Kokurikulum.

Majlis diteruskan dengan penyampaian sumbangan derma kepada anak-anak yatim dari Jabatan-Jabatan Kementerian Pendidikan iaitu seramai 57 orang penerima, pelajar-pelajar di bawah Skim Miftaahun Najah yang berjumlah 448 orang dan fakir miskin dari Mukim Rambai Daerah Tutong, Mukim Bukit Sawat Daerah Belait dan Mukim Labu Daerah Temburong yang berjumlah seramai 20 orang penerima.

Alhamdulillah pada tahun ini pihak Jabatan telah berjaya mengumpul sebanyak 543 kotak sumbangan derma Fastabiqul Khairat dari Jabatan-Jabatan di Kementerian Pendidikan, Sekolah-Sekolah, Institusi Pengajian Tinggi dan para penderma di kalangan orang-orang perseorangan. Setiap kotak sumbangan derma Fastabiqul Khairat diisi dengan beberapa jenis makanan asasi dan disertai dengan 1 guni beras yang bernilai lebih kurang $50.00 ringgit.

Fastabiqul Khairat ini bererti berlumba-lumba melakukan kebajikan dan ianya merupakan suatu projek kemasyarakatan yang dikendalikan oleh Unit Beruniform dan Perkhidmatan Kemasyarakatan, Jabatan Pendidikan Kokurikulum bagi Kementerian Pendidikan yang kali pertama bermula pada tahun 2016. 
 
Projek amal kemasyarakatan ini bermatlamat bagi mengumpulkan bantuan sumbangan derma yang diterima dari Jabatan-Jabatan di bawah Kementerian Pendidikan, Institusi-Institusi Pengajian dan sumbangan dari orang-orang perseorangan. 

Projek ini terbahagi kepada dua aktiviti iaitu Kempen Derma Darah adalah bertujuan untuk mengumpul tabung darah daripada warga Kementerian Pendidikan dan orang awam bagi menambah tabung simpanan darah Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha, (RIPAS) yang telah diadakan pada 16 April 2018 bertempat di Dewan Utama, Bangunan Baru Jabatan Perkembangan Kurikulum. Projek ini telah berjaya mengumpul sebanyak 35 pint. Manakala, projek mengumpul sumbangan derma makanan asasi adalah untuk keperluan golongan susah dan memerlukan bantuan seperti golongan anak-anak yatim, fakir miskin dan mereka yang memerlukan bantuan.

Turut hadir juga ialah Yang Mulia, Prof.Madya Dr. Hajah Zohrah binti Haji Sulaiman, Naib Canselor Universiti Teknologi Brunei dan Yang Mulia, Dr. Haji Norarfan bin Haji Zainal, Rektor Universiti Islam Sultan Sharif Ali; Yang Mulia Dayang Nadia Lee Siew Hoon binti Abdullah, Timbalan Setiausaha Tetap (Pendidikan Teras), Pengarah-Pengarah, Ketua-Ketua Jabatan, Ketua-Ketua Unit, Para Jemputan Khas, Anak-anak Yatim yang diraikan dan Warga Jabatan Pendidikan Kokurikulum.