Pendaftaran bagi Peperiksaan Brunei Cambridge G.C.E Peringkat ‘O’, ‘AS’, ‘A’ dan IGCSE bagi bulan Oktober/November 2018

Apr 16, 2018
​Jabatan Peperiksaan, Kementerian Pendidikan dengan ini memaklumkan bahawa pendaftaran bagi Peperiksaan Brunei Cambridge G.C.E Peringkat ‘O’, ‘AS’, ‘A’ dan IGCSE bagi bulan Oktober/November 2018 telah dibukakan bermula hari Isnin, 16 April2018 hingga hari Selasa, 5 Jun 2018.

Borang-borang pendaftaran dan keterangan lanjut yang berkaitan dengan pendaftaran bolehlah diperolehi di:

Jabatan Peperiksaan,
Kementerian Pendidikan,
Lapangan Terbang Lama,
Berakas BB 3510, Bandar Seri Begawan,
Negara Brunei Darussalam

Borang-borang pendaftaran bagi Peperiksaan Brunei Cambridge G.C.E Peringkat ‘O’, ‘AS’, ‘A’ dan IGCSE bagi bulan Oktober/November 2018 boleh dimuat turun disini:
Untuk makluman, Jabatan Peperiksaan hanya akan menerima borang pendaftaran yang telah lengkap diisi pada:
Hari Isnin hingga Khamis: 8.00 pagi - 11.00 pagi & 1.30 petang - 3.00 petang
Hari Sabtu: 8.00 pagi - 10.00 pagi

Manakala semasa waktu Bulan Ramadhan adalah pada:
Hari Isnin hingga Khamis: 8.15 pagi - 12.00 tengah hari
Hari Sabtu: 8.15 pagi - 10.00 pagi