Jabatan Perancangan, Perkembangan dan Penyelidikan pada masa ini adalah di bawah kawalan Setiausaha Tetap (Pendidikan Teras), Kementerian Pendidikan.
Jabatan ini mempunyai seramai 41 orang tenaga kerja, iaitu 28 orang pegawai dan 13 orang kakitangan. Terdapat sebanyak lima (5) bahagian/ unit di bawah Jabatan ini, iaitu: (i) Bahagian Pentadbiran dan Perkembangan Sumber Tenaga Manusia; (ii) Bahagian Kewangan; (iii) Bahagian Penyelidikan dan Perancangan; (iv) Bahagian Pengurusan Data Pendidikan; dan (v) Unit Penilaian Antarabangsa.
|