Sign In

Skip Navigation LinksJabatan Pendidikan Kokurikulum



​Visi
​Pendidikan kokurikulum yang berkualiti ke arah Pembangunan pelajar yang holistik

Misi
​Melaksanakan program dan perkhidmatan aktiviti kokurikulum untuk memastikan pendidikan kokurikulum yang adil dan saksama

​Pengenalan
Ketua
​Yang Mulia Awang Julaihi bin Haji Mohamad/Mohamat (Pemangku)
​Alamat​Jalan 10, 
Kampong Perpindahan Lambak Kanan
Berakas, BC2315
Negara Brunei Darussalam
​Nombor Telefon​Tel: 2333041, 2333043, 2333053 & 2333061
Fax: 2332977 & 2332976

Objektif

  • Untuk melahirkan generasi pelajar yang berwibawa, berdisiplin, bersemangat, berwawasan dan tahan lasak di samping menyemai sifat dan nilai murni serta luhur.
  • Untuk membolehkan pelajar-pelajar menimba ilmu pengetahuan dan mempelajari kemahiran asas dan mengembangkannya ke arah kecemerlangan.
  • Untuk melibatkan seberapa banyak penyertaan pelajar dalam kegiatan kokurikulum.
  • Untuk menjadikan pelajar yang dapat merancang program-program riadah yang bermanfaat dan selamat dalam menjalani cara hidup yang sihat.
  • Untuk melahirkan pelajar yang bukan sahaja cemerlang bidang akademik tetapi mempunyai kemahiran yang dapat menyumbang kepada pertumbuhan dan perkembangan jasmani, rohani, peribadi, intelek, emosi dan sosial ke arah mendukung tanggungjawab terhadap negara, ugama dan bangsa. 
  • Untuk mencungkil bakat dan potensi pelajar dalam kesukanan bagi menjadikan mereka sebagai elit atlet di masa akan datang.
  • Untuk meningkatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran guru-guru dalam pengurusan dan pelaksanaan aktiviti kokurikulum melalui kursus, bengkel, seminar dan latihan.

​Fungsi
Merujuk Surat Keliling Kementerian Pendidikan Bil: 2/1995 bertarikh 8 Jamadilakhir 1416 bersamaan dengan 1 November 1995, Rujukan KPE/M7/42/95, fungsi dan peranan Jabatan Pendidikan Kokurikulum dinyatakan seperti berikut:-

1. Sebagai pusat perancangan dan pelaksanaan serta sumber dan penggerak segala kegiatan-kegiatan tambahan di sekolah-sekolah rendah, menengah dan maktab-maktab seluruh negara dari aspek:-

1.1. Merancang, menyelaras, menyelia, menasihat, membimbing, melatih dan seterusnya menilai kegiatan- kegiatan tambahan.
1.2. Menganjurkan latihan, kursus, seminar dan bengkel bagi maksud memperkembangkan kegiatan tambahan.
1.3. Merancang dan menyelaras peruntukkan dan kemudahan bagi pelaksanaan kegiatan- kegiatan.
1.4. Sebagai penasihat dan penyelaras kepada sekolah-sekolah rendah, menengah dan maktab-maktab yang ingin menganjur/ mengelola kegiatan masing- masing.

2. Penyelaras dan penghubung di antara pihak sekolah/ maktab dengan pihak berkepentingan:-

2.1. Bekerjasama dengan kementerian-kementerian lain dalam acara-acara perayaan Negara dan antarabangsa yang melibatkan sekolah/ maktab.
2.2. Bekerjasama dengan kementerian- kementerian lain seperti kegiatan-kegiatan yang berhubung dengan Pasukan Beruniform ( Kadet Tentera, Kadet Polis, Bomba dan Penyelamat, Pengakap, Pandu Puteri dan Bulan Sabit Merah).

3. Sebagai penghubung, penyelaras, penasihat dan memberi maklumat kepada pihak sekolah/ maktab berhubung dengan penglibatan/ penyertaan sekolah/ maktab dengan pihak yang berkenaan (dalam dan luar negara).

4. Bertanggungjawab memberi nasihat dan penilaian serta penghargaan atas usaha bakti dan pencapaian guru dan pelajar secara individu, kumpulan mahupun keseluruhan (sekolah/ maktab).


​Unit
TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB URUSETIA MAJLIS SUKAN BRUNEI DARUSSALAM

1. Menjadi Urusetia Majlis Sukan Sekolah-Sekolah apabila Negara Brunei Darussalam menjadi tuan rumah bagi kejohanan sukan diperingkat Kejohanan Sukan Sekolah-Sekolah ASEAN (ASG), Federasi Sukan Sekolah-Sekolah ASIAN (ASSF), dan Federasi Bolasepak Sekolah-Sekolah ASIAN (ASFF).

2. Merancang dan melaksanakan kursus, bengkel, seminar dan latihan dalam bidang kejurulatihan, sains sukan, perubatan sukan, dan psikologi sukan bagi meningkatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran pegawai-pegawai dan guru-guru.

3. Merancang dan merangka program-program latihan dan pemilihan bagi mengenalpasti bakat baru untuk persediaan dan penyertaan Pasukan Sekolah-Sekolah Brunei Darussalam mewakili kejohanan sukan kebangsaan, serantau dan antarabangsa.

4. Bekerjasama dengan Agensi Kerajaan, Badan Bukan Kerajaan dan Persatuan-Persatuan Sukan Kebangsaan dalam meningkatkan program kejurulatihan dan prestasi atlet pelajar.

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB UNIT JASMANI

1. Mengendalikan kursus, bengkel dan seminar bagi pembangunan kapasiti pegawai-pegawai dan guru-guru berkaitan dengan teknikal sukan dan kecergasan.

2. Membuat perancangan dan pelaksanaan penganjuran aktiviti kesukanan dan kecergasan bagi pelajar-pelajar sekolah rendah, menengah, maktab-maktab, dan pusat tingkatan enam.

3. Berkerjasama dengan Agensi Kerajaan, Badan Bukan Kerajaan dan Persatuan-Persatuan Sukan Kebangsaan dalam meningkatkan hal ehwal kesukanan dan kecergasan diperingkat sekolah-sekolah.

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB UNIT ROHANI

1. Mengendalikan kursus, bengkel dan seminar bagi pembangunan kapasiti pegawai-pegawai dan guru-guru berkaitan dengan program dan aktiviti kerohanian.

2. Membuat perancangan, penyelarasan dan pelaksanaan penganjuran aktiviti kerohanian bagi pelajar-pelajar sekolah rendah, menengah, maktab-maktab, dan pusat tingkatan enam.

3. Berkerjasama dengan Agensi Kerajaan, Badan Bukan Kerajaan dan Pihak Berkepentingan dalam penyelarasan aktiviti kerohanian di peringkat sekolah dan kebangsaan.

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB UNIT AKLI

1. Mengendalikan kursus, bengkel dan seminar bagi pembangunan kapasiti pegawai-pegawai dan guru-guru berkaitan dengan program dan aktiviti kesenian, kebudayaan dan kemahiran.

2. Membuat perancangan, penyelarasan dan pelaksanaan penganjuran aktiviti kesenian, kebudayaan dan kemahiran bagi pelajar-pelajar sekolah rendah, menengah, maktab-maktab, dan pusat tingkatan enam.

3. Berkerjasama dengan Agensi Kerajaan, Badan Bukan Kerajaan dan Pihak Berkepentingan dalam penyelarasan aktiviti dan penganjuran kesenian, kebudayaan dan kemahiran diperingkat sekolah dan kebangsaan.

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB UNIT BERUNIFORM

1. Menyelaras dan mengendalikan kursus, bengkel, seminar dan latihan bagi pembangunan kapasiti pegawai-pegawai dan guru-guru pengawas pasukan beruniform di sekolah-sekolah dan institusi pengajian tinggi.

2. Membuat perancangan, penyelarasan dan pelaksanaan penganjuran aktiviti pasukan beruniform bagi pelajar-pelajar sekolah rendah, menengah, maktab-maktab, pusat tingkatan enam dan institusi pengajian tinggi.

3. Bekerjasama rapat dengan Pasukan Beruniform seperti Pasukan Polis Diraja Brunei, Angkatan Bersenjata Diraja Brunei, Pasukan Bomba dan Penyelamat, Persekutuan Pengakap, Persatuan Pandu Puteri, Persatuan Bulan Sabit Merah dan Pasukan Sukarelawan Institusi Pendidikan dalam penganjuran dan penyelarasan aktiviti pasukan beruniform diperingkat kebangsaan, serantau dan antarabangsa.

4. Berkerjasama dengan agensi-agensi Kerajaan, Badan Bukan Kerajaan dan Pihak Berkepentingan dalam penyelarasan aktiviti yang berkaitan dengan kepimpinan pelajar.


TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB UNIT PENGURUSAN KLUSTER

1. Bertanggungjawab sebagai penghubung jabatan dengan pihak sekolah bagi setiap aktiviti kokurikulum.

2. Memantau dan memastikan pihak sekolah melaksanakan kegiatan dan aktiviti kokurikulum.

3. Mendapatkan maklumat dan mengumpulkan data aktiviti kokurikulum daripada sekolah-sekolah untuk keperluan jabatan.

4. Membantu unit-unit Jabatan dalam menyusun rancangan kerja dan pelaksanaan kursus, seminar, bengkel dan latihan bagi pegawai-pegawai dan guru-guru.


TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB UNIT PENTADBIRAN

1. Merancang dan melaksanakan hal ehwal yang berkaitan dengan pengurusan dan pentadbiran jabatan bagi semua kakitangan dan pegawai.

2. Mengurus, meneliti, dan memantau aktiviti perbelanjaan jabatan selaras dengan Peraturan Kewangan (1983).

3. Mengurus dan menyelaras hal ehwal perhubungan awam.

4. Mengawas dan memantau hal ehwal kemudahan dan prasarana jabatan.


TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB UNIT PENGURUSAN DATA

1. Mengurus dan menganalisa data berkaitan dengan aktiviti jasmani, rohani, akli, dan pasukan beruniform bagi tujuan perancangan, penyelidikan dan perkembangan aktiviti kokurikulum.

2. Menyediakan statistik-statistik yang relevan dengan kegiatan kokurikulum.

3. Mengumpulkan dan menghasilkan maklumat mengikut keperluan dan perancangan jabatan.


​Cawangan Daerah-Daerah
TUGAD DAN TANGGUNGJAWAB CAWANGAN DAERAH TUTONG

1. Mengawasi dan menyelaras hal-ehwal pentadbiran cawangan dan kesejahteraan pegawai dan kakitangan.

2. Menjadi pusat perhubungan Jabatan Pendidikan Kokurikulum dengan sekolah-sekolah rendah, menengah dan maktab-maktab di daerah berkenaan.

3. Menyelaras dan melaksanakan aktiviti dan pertandingan berbentuk sukan, akli dan rohani bagi peringkat daerah.

4. Membantu sekolah-sekolah dalam pengendalian aktiviti-aktivit Kokurikulum.

5. Mengawasi skim-skim latihan sukan yang dijalankan di daerah tersebut.

6. Menyelaras kursus, bengkel, seminar dan latihan yang diadakan oleh agensi kerajaan dan swasta diperingkat daerah.

7. Bertanggungjawab terhadap penglibatan pelajar-pelajar semasa perayaan-perayaan hari kebesaran negara dan lawatan-lawatan pembesar-pembesar negara luar.

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB CAWANGAN DAERAH BELAIT

1. Mengawasi dan menyelaras hal-ehwal pentadbiran cawangan dan kesejahteraan  pegawai dan kakitangan.

2. Menjadi pusat perhubungan Jabatan Pendidikan Kokurikulum dengan sekolah-sekolah rendah, menengah dan maktab-maktab di daerah berkenaan.

3. Menyelaras dan melaksanakan aktiviti dan pertandingan berbentuk sukan, akli dan rohani bagi peringkat daerah.

4. Membantu sekolah-sekolah dalam pengendalian aktiviti-aktivit Kokurikulum.

5. Mengawasi skim-skim latihan sukan yang dijalankan di daerah tersebut.

6. Menyelaras kursus, bengkel, seminar dan latihan yang diadakan oleh agensi kerajaan dan swasta di peringkat daerah.

7. Bertanggungjawab terhadap penglibatan pelajar-pelajar semasa perayaan-perayaan hari kebesaran negara dan lawatan-lawatan pembesar-pembesar negara luar.


TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB CAWANGAN DAERAH TEMBURONG

1. Mengawasi dan menyelaras hal-ehwal pentadbiran cawangan dan kesejahteraan pegawai dan kakitangan.

2. Menjadi pusat perhubungan Jabatan Pendidikan Kokurikulum dengan sekolah-sekolah rendah, menengah dan maktab-maktab di daerah berkenaan.

3. Menyelaras dan melaksanakan aktiviti dan pertandingan berbentuk sukan, akli dan rohani bagi peringkat daerah.

4. Membantu sekolah-sekolah dalam pengendalian aktiviti-aktiviti Kokurikulum.

5. Mengawasi skim-skim latihan sukan yang dijalankan di daerah tersebut.

6. Menyelaras kursus, bengkel, seminar dan latihan yang diadakan oleh agensi kerajaan dan swasta diperingkat daerah.

7. Bertanggungjawab terhadap penglibatan pelajar-pelajar semasa perayaan-perayaan hari kebesaran negara dan lawatan-lawatan pembesar-pembesar negara luar.



​Struktur Organisasi
jpkk malay.png



*Updated 18/08/2021