Sign In

Skip Navigation LinksDepartment of Educators Management

(Page Is Currently Being Updated)
*This is a Malay Version

​Visi
​Sumber Tenaga Manusia Yang Berkualiti

Misi
Meningkatkan Kapasiti Dan Mengoptimumkan Kemahiran Menerusi Program Perkembangan Profesional Yang Efektif

​Pengenalan
Pengarah​Yang Mulia Dayang Hajah Noridah binti Abdullah (Pemangku Pengarah)
​Address​Tingkat 3, Blok A
Kementerian Pendidikan
Jalan Lapangan Terbang Lama 
Berakas BB3510
Brunei Darussalam
​Contact​Tel No: +673 2381133 ext. 1312
Fax No: +673 2384105

Objektif
  • Memastikan program peningkatan pengetahuan dan kemahiran warga Kementerian Pendidikan dijalankan mengikut perancangan yang selaras dengan pelan strategik Kementerian Pendidikan bagi menjayakan Wawasan Brunei 2035 iaitu ke arah pencapaian pendidikan yang berkualiti dan rakyat yang berpendidikan dan berkemahiran tinggi
  • Memperkukuhkan pembangunan kapasiti warga Kementerian Pendidikan bagi memenuhi keperluan organisasi, sejajar dengan perkembangan arus perdana masa kini
  • Memperluaskan lagi rangkaian kerjasama yang kukuh dengan pihak-pihak yang berkepentingan dan renowned training providers di peringkat kebangsaan dan antarabangsa

Peranan

  • Menyelaras, meneliti dan memantau perancangan program Latihan Jangka Pendek dalam dan luar negeri mengikut garis panduan Surat Keliling, Jabatan Perdana Menteri bilangan: 6/2015 berdasarkan keperluan dan keutamaan jabatan serta selaras dengan perancangan dan keperluan Kementerian Pendidikan
  • Bertanggungjawab dalam mengawal peruntukan bagi peningkatan kemahiran dan kapasiti untuk memmastikan perbelanjaan yang bermanfaat dan efektif sebagai langkah mengamalkan dasar berhemah dan berjimat cermat di dalam perbelanjaan peruntukan Kerajaan
  • Membuat penilaian secara beterusan selaras dengan pelan tindakan mengenai impak keberkesanan program latihan bagi mencapai Return of Investment kepada individu dan jabatan secara khususnya, serta Kementerian secara amnya
  • Urus Setia bagi Badan Mempertimbangkan Skim Latihan Dalam Perkhidmatan


Fungsi Unit

Unit Pentadbiran, Kewangan dan Rangkaian Kerjasama

  • Bertanggungjawab terhadap Sistem GEMS pegawai dan kakitangan Bahagian Perkembangan Sumber Tenaga Manusia.
  • Membantu dalam pengurusan hal-ehwal perjawatan pegawai dan kakitangan di bawah kawalan termasuklah pengambilan, penetapan jawatan, proses kenaikan pangkat, pengurniaan pingat, permohonan cuti dan latihan dalam perkhidmatan.
  • Bertanggungjawab terhadap sistem pemantauan kewangan yang diamanahkan kepada Bahagian Perkembangan Sumber Tenaga Manusia bagi Peningkatan Kemahiran dan Kapasiti.
  • Memproses dan memantau setiap tuntutan daripada syarikat yang diproses dan dibayar melalui sistem TAFIS, Kementerian Kewangan.
  • Membantu dalam menyediakan Laporan Tahunan Kewangan BPSTM.
  • Memastikan sistem pemantauan sentiasa dikemaskini dari segi penggunaan, pembayaran dan perancangan.
  • Memberikan status terkini perbelanjaan apabila diperlukan bagi memudahkan pihak yang terbabit dalam proses mendapatkan kebenaran menggunakan peruntukan yang berkaitan dengan perkembangan kemahiran dan kapasiti.
  • Bertanggungjawab bagi memastikan persekitaran BPSTM sentiasa dalam keaadaan selamat, bersih dan kondusif setiap masa serta peralatan BPSTM sentiasa mencukupi, terpelihara dan dalam keadaan teratur 
  • Sentiasa mengemaskini nuku-nuku stok dan membuat permohonan penghapusan bagi peralatan pejaat yang sudah rosak dan tidak dapat dibaiki lagi.
  • Memperluaskan rangkaian kerjasama dengan pihak-pihak yang berkepentingan dan renowned training providers di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
  • Bekerjasama dengan institusi-institusi profesional, institusi pengajian tinggi, training provider, Kementerian-Kementerian dan dalam dan luar negeri untuk menawarkan program-program latihan yang strategik.
  • Pemantauan dan Penilaian isu-isu penting yang timbul di dalam kerjasama berkenaan.
  • Menyediakan cadangan Memorandum of Understanding (MOU), jika perlu.


Unit Perancangan dan Penilaian

  • Menyelaras dan menilai perancangan strategik sumber tenaga manusia Kementerian Pendidikan dengan memberikan penekanan kepada penyediaan program-program bersesuaian, bekerjasama dengan jabatan lain dalam melaksanakan program-program atau lain-lain perancangan yang selaras dengan kehendak semasa dari pelbagai pihak.
  • Merancang peruntukan/ perbelanjaan di bawah vote SF01A-B00901: Peningkatan Kemahiran dan Kapasiti bagi pelaksanaan perkembangan professional pegawai/kakitangan Kementerian Pendidikan bagi setiap Tahun Kewangan dan memantau penggunaan perbelanjaan.
  • Membuat perancangan dan strategi bagi tujuan ke arah pembaikan dan hala tuju jabatan.
  • Melaksanakan pemantauan dan penilaian terhadap keberkesanan kursus/ latihan (training effectiveness) yang telah diikuti oleh pegawai-pegawai/ kakitangan Kementerian Pendidikan bagi memastikan impak dalam pembelajaran dan perkembangan professional berterusan dan menambah kemahiran, pengetahuan dan kompetensi pegawai/kakitangan.
  • Membuat kajian keberkesanan perancangan strategik sumber tenaga manusia Kementerian Pendidikan dengna memberikan penekanan kepada penyediaan prigram-program bersesuaian, bekerjasama dengan jabatan lain dalam melaksanakan program-program atau lain-lain perancangan yang selaras dengan kehendak semasa dari pelbagai pihak.
  • Mengemaskini buku panduan Bahagian Perkembangan Sumber Tenaga Manusia, Kementerian Pendidikan.
  • Menilai dan mengemaskini Dasar Bahagian Perkembangan Sumber Tenaga Manusia.
  • Memantau penggunaan Borang Penilaiaan dan Keberkesanan Latihan (Borang HRD 1, 3 & 4) yang telah direka bentuk untuk dilaksanakan  dan digunakan sepenuhnya dengan berkesan.
  • Urusetia Jawatankuasa Kecil Mempertimbangkan Perancangan Perkembangan Profesional Jabatan-Jabatan di bawah Kementerian Pendidikan.

Unit Perkembangan Professional

1. Akademi Guru Brunei Darussalam

  • Bertanggungjawab terhadap Akademi Guru Brunei Darussalam dari segi aspek Pentadbiran, permohonan keperluan akamedi dan infrastruktur, apa jua perkara yang akan dihadapkan ke pihak Setiausaha Tetap (Pengajian Tinggi) dan Setaiusaha Tetap (Pendidikan Teras) melalui Pengarah Perkembangan Sumber Tenaga Manusia, Kementerian Pendidikan.
  • Meneliti keperluan latihan dan cadangan-cadangan latihan yang akan dijalankan di Akademi Guru Brunei Darussalam.
  • Bersama-sama menilai dan menganalisa keperluan dan keberkesanan latihan-latihan yang telah dijalankan oleh Akademi Guru Brunei Darussalam.
2. Skim Latihan Dalam Perkhidmatan

  • Urusetia Badan Mempertimbangkan Skim Latihan Dalam Perkhidmatan, Kementerian Pendidikan.
  • Menyelaras pengurusan hal-ehwal Skim Latihan Dalam Perkhidmatan (Dalam dan Luar Negeri)
  • Meneliti perancangan lima (5) tahun Skim LDP setiap jabatan di bawah Kementerian Pendidikan agar selaras dengan pelan strategik Kementerian dan selaras dengan syarat-syarat yang ditetapkan oleh pihak-pihak berkenaan dari semasa ke semasa.
  • Memantau perkembangan akademik pegawai-pegawai di bawah Skim LDP.
  • Mengemaskini maklumat pegawai/ guru/ kakitangan yang mengikuti Skim Latihan Dalam Perkhidmatan bagi tujuan pemantauan iaitu:
  1. Keputusan pengajian setiap semester
  2. Maklumat menamatkan kursus
  3. Memastikan thesis pegawai yang berkursus peringkat Ijazah Sarjana (jika ada) dan Ijazah Kedoktoran direkod dan salinan dihadapkan ke Jabatan Perkhidmatan Awam dan Perpustakaan Jabatan Perkembangan Kurikulum
  4. Mengemaskini borang permohonan Skim LDP (MOE); Borang Tamat Kursus; Borang Menghadapkan Keputusan Pengajian
3. Skim Latihan Jangka Pendek

  • Menyelaras dan meneliti perancangan program Latihan Jangka Pendek dalam dan luar negeri mengikut garis panduan Surat Keliling, Jabatan Perdana Menteri bilangan: 6/2015 berdasarkan keperluan dan keutamaan jabatan serta selaras dengan perancangan dan keperluan Kementerian Pendidikan.
  • Memantau pengurusan tawaran berkursus daripada Pusat-Pusat Serantau SEAMEO, Singapore Cooperation Program (SCP), Malaysia Training Cooperation Program (MTCP), program yang ditawarkan oleh Kementerian Hal-Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan dan seumpamanya.
  • Memastikan segala proses dan sokongan bagi mendapatkan kebenaran adakah mengikut garis panduan Bahagian Perkembangan Sumber Tenaga Manusia sebagaimana memorandum rujukan KPE/BPSTM/15 (A) bertarikh 13 Zulkaedah 1439 bersamaan 26 Julai 2018.
  • Bertanggungjawab terhadap penyelarasan Latihan 100 Jam dan sistem iLearn.

 Unit Pengurusan Data 

  • Bertanggungjawab bagi memastikan integrasi sistem-sistem maklumat yang digunakan oleh BPSTM dalam keadaan teratur, beroperasi dan terkini bagi memudahkan unit-unit yang berkepentingan mengemaskini dan mendapatkan data maklumat mengikut keperluan masing-masing.
  • Melaksanakan dan mendokumenkan prosedur penyediaan data termasuk perbersihan data (data cleaning), penyeragaman (standardization) dan analisis.
  • Menyediakan data-listings, ringkasan pengesahan jadual (summary table validation), spesifikasi data dan/ atau memproses pemindahan data sebagai persediaan untuk penyemakan statistik dan laporan.
  • Menyediakan protokol dan pelan pengurusan data bagi maksud penggunaan, perkongsian, privasi, penyimpanan dan back-up, dan seterusnya memastikan bahawa aktiviti-aktiviti di bawah BPSTM memenuhi keperluan Akta Perlindungan Data (Data Protection Act).
  • Bertanggungjawab terhadap penyediaan dan pelaksanaan prosedur dan aktiviti kawalan kualiti data (data quality control), termasuk troubleshooting dan membetulkan penyerahan data atau ralat pengambilan semula.
  • Bertanggungjawab untuk menambahbaik pengurusan data agar lebih bersistematik bagi memudahkan rujukan, pemantauan dan pengemaskinian yang berterusan.
  • Menyelidik, mengumpul dan mengendalikan analisa data (Research & Data Analysis) di bawah kawalan BPSTM yang berorientasikan evidence-based bagi membantu dalam perlaksanaan Training Needs Analysis dan Latihan Perkembangan Profesional (Professional Development) bagi tenaga pengajar dan warga Kementerian Pendidikan.
  • Membantu dalam menyelaras dan menilai perancangan kepada penyediaan program-program bersesuaian selaras dengan perancangan Jabatan/ Unit di bawah Kementerian Pendidikan.
  • Memastikan data Skim LDP sentiasa dikemaskini bagi tujuan pemantauan dan memudahkan dalma penyediaan statistik apabila diperlukan.

Struktur Organisasi
                                              
(Page is Currently Being Updated)


​Pautan

Borang-borang Latihan Dalam Perkhidmatan 

Senarai Semak - Tekan disini
Lampiran A: Garis Panduan Kertas Kajian - Tekan disini
Borang SLDP - Tekan disini
Borang Sokongan - Tekan disini
Borang LDP 4 - Tekan disini
Borang LDP 5 - Tekan disini
Borang LDP 6 - Tekan disini

Borang-borang Latihan Kursus Pendek

Borang HRD 1 - Tekan disini
Borang HRD 2 - Tekan disini
Borang HRD 3 - Tekan disini
Borang HRD 4 - Tekan disini

Professional Development

Pendaftaran Professional Development Tekan disini 
Calendar Professional Development - Tekan disini
Kehadiran Professional Development - Tekan disini
Professional Development Directory 2019 - Tekan disini

*Updated 07.01.2019