Sign In

Announcement

Manage PermissionsManage Permissions

Title

MAJLIS DOA KESYUKURAN SEMPENA SAMBUTAN JUBLI EMAS 50 TAHUN KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI BAGINDA SULTAN DAN YANG DI-PERTUAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM MENAIKI TAKHTA BAGI INSTITUSI-INSTITUSI PENDIDIKAN SELURUH NEGARA

Body

16 Muharram 1439H / 07 Oktober 2017M, Sabtu – Kementerian Pendidikan dan Kementerian Hal Ehwal Ugama pada hari ini mengadakan Majlis Membaca Doa Kesyukuran di semua Institusi Pendidikan Kerajaan dan Swasta seluruh Negara bersempena dengan Sambutan Jubli Emas 50 Tahun Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Menaiki Takhta dan ditabalkan sebagai Sultan Brunei ke-29 dengan memberi tumpuan utama dibeberapa buah sekolah dan institusi pendidikan di ke empat buah daerah.

Majlis ini diungkayahkan bertujuan bagi memohon keberkatan agar Negara Brunei Darussalam sentiasa mendapat perlindungan dari Allah Subhanahu Wataala serta menyahut Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia untuk menjadikan Negara Brunei Darussalam sebagai sebuah ‘Negara Zikir’.

Selain itu majlis ini diadakan bertujuan bagi memohon doa ke hadrat Allah Subhanahu Wataala semoga Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dilanjutkan usia, sihat walafiat dan sentiasa mendapat pertunjuk dari Allah Subhanahu Wataala. Disamping bagi merafa’kan kesyukuran rakyat dan penduduk Negara ini ke hadrat Allah Subhanahu Wataala atas limpah rahmat dan kurniaNya menjadikan Negara Brunei Darussalam sentiasa berada dalam keadaan aman dan sejahtera di bawah kepimpinan bijaksana Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.

Aturcara yang disusun pada majlis ini adalah sama bagi disemua daerah iaitu solat Sunat Hajat berjemaah, bacaan selawat, Surah Al Mulk, Surah Al Waqiah dan Doa Khusus untuk Jubli Emas 50 Tahun Allah peliharakan Sultan.

Daerah Brunei dan Muara;

Bagi Institusi Pendidikan di bawah kawalan Jabatan Sekolah-Sekolah, di Daerah Brunei dan Muara, tumpuan utama majlis ialah di Surau Pusat Tingkatan Enam Sengkurong dan Sekolah Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah.

Hadir selaku tetamu kehormat di majlis ini ialah Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Suyoi bin Haji Osman, Menteri Pendidikan Negara Brunei Darussalam.

Solat Hajat dan Doa Jubli Emas diimamkan dan dibacakan oleh Yang Mulia Awang Asbinin bin Haji Zainal, Imam Masjid Pengiran Muda ‘Abdul Mateen, Kampung Masin. Seramai 50 orang tenaga pengajar dan 79 orang pelajar dari Pusat Tingkatan Enam Sengkurong ikut serta dalam majlis tersebut.

Juga turut hadir di majlis ini ialah Pemangku Pengarah Sekolah-Sekolah, Awang Zaman bin Haji Gapar, Pemangku Pengarah Pentadbiran dan Perkhidmatan, Kementerian Pendidikan, Pengiran Haji Rosli bin Pengiran Haji Halus, Pemangku Pengarah Peperiksaan, Awang Ali Hazis bin Haji Mohd Tahir, Pemangku Pengarah Teknologi Maklumat dan Komunikasi dan Pemangku Pengarah Kenaziran Sekolah-Sekolah, Awang Zainal Abidin bin Haji Kepli, Penolong-Penolong Pengarah dan Pegawai-Pegawai Kanan Kementerian Pendidikan, Negara Brunei Darussalam.

Manakala hadir selaku tetamu kehormat majlis di Sekolah Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah ialah Yang Mulia Dayang Anis Faudzulani binti Haji Dzulkiflee, Pemangku Ketua Pengarah Pendidikan Negara Brunei Darussalam.

Solat Hajat dan Doa Jubli Emas diimamkan dan dibacakan oleh Yang Mulia Dr. Ustaz Syamsul Muaawan. Seramai 20 orang tenaga pengajar dan 50 orang pelajar dari Sekolah Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah ikut serta dalam majlis tersebut.

Daerah Tutong;

Bagi Daerah Tutong, tumpuan utama majlis diadakan di Surau Sekolah Menengah Tanjung Maya, Tutong. Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Yang Mulia Datin Paduka Doktor Hajah Romaizah binti Haji Mohd Salleh, Setiausaha Tetap, Kementerian Pendidikan, Negara Brunei Darussalam.

Solat Hajat diimamkan oleh Yang Mulia Ustaz Mohd Nazri bin Haji Md Salleh, Ketua Jabatan Ugama 1 Sekolah Menengah Tanjung Maya, Tutong. Bacaan Surah Al Mulk dan Surah Al Waqiah diketuai oleh Yang Mulia Ustaz Mohd Irma Sumardi@Syafiq Al-Lutfiy bin Ahmad, Ketua Jabatan Ugama II, Sekolah Menengah Tanjung Maya, Tutong manakala Doa khusus Jubli Emas dibacakan oleh Ustaz Hairul Amir bin Abdullah, Ketua Guru Ugama Sekolah Menengah Tanjung Maya, Tutong. Seramai 23 orang guru dan 20 orang pelajar Sekolah Menengah Tanjung Maya, Tutong juga ikut serta di majlis ini.

Turut sama hadir di majlis ini ialah Pemangku Pengarah Perancangan, Perkembangan dan Penyilidikan, Kementerian Pendidikan, Doktor Habibah binti Sion; Pemangku Pengarah Sumber Tenaga Manusia, Kementerian Pendidikan, Doktor Hajah Zurina binti Haji Harun; Ketua Bahagian Pengajian Tinggi, Kementerian Pendidikan, Dayang Siti Zuliana binti Haji Abd Samad; Pemangku Penolong Pengarah Jabatan Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan,Dayang Hajah Badariah binti Haji Saidin, Penolong-Penolong Pengarah dan Pegawai-Pegawai Kanan Kementerian Pendidikan, Negara Brunei Darussalam.

Daerah Belait:

Di Daerah Belait, tumpuan utama majlis diadakan di Surau Sekolah Menengah Sayyidina Ali, Kuala Belait.

Hadir selaku tetamu kehormat di majlis ini ialah Yang Mulia Dayang Nadia Lee Siew Hoon binti Abdullah, Timbalan Setiausaha Tetap (Pendidikan Teras), Kementerian Pendidikan, Negara Brunei Darussalam.

Solat Hajat dan Doa Jubli Emas diimamkan dan dibacakan oleh Yang Mulia Imam Md Shahirwandy bin Samsudin, Ketua Imam Masjid STKRJ Lorong 3 Selatan, Seria, Kuala Belait. Lebih 20 orang terdiri daripada guru dan pelajar dari Sekolah Menengah Sayyidina Ali, Kuala Belait ikut serta pada majlis tersebut.

Juga turut hadir di majlis ini ialah Pemangku Pegawai Tugas-Tugas Khas Kanan (Profesional), Jabatan Sekolah-Sekolah, Dayang Marina Chek binti Bujang; Pemangku Ketua Bahagian Pengajian dan Perkembangan dan Pemangku Ketua Unit Hal Ehwal Antarabangsa, Kementerian Pendidikan, Awang Haji Aminudin bin Haji Mohd Yaakub, Pemangku Penolong-Penolong Pengarah dan Pegawai-Pegawai dari Kementerian Pendidikan, Negara Brunei Darussalam.

Daerah Temburong;

Manakala di daerah Temburong, tumpuan utama majlis diadakan di Bilik Ibadat Lelaki Sekolah Rendah Rataie, Mukim Bokok Daerah Temburong.

Hadir selaku tetamu kehormat di majlis ini ialah Yang Mulia Doktor Haji Azman bin Ahmad, Timbalan Setiausaha Tetap (Pengajian Tinggi), Kementerian Pendidikan, Negara Brunei Darussalam.

Solat Hajat dan Doa Jubli Emas diimamkan dan dibacakan oleh Yang Mulia Pengiran Md Daud bin Pengiran Haji Yakub, Bilal Masjid Rancangan Perumahan Negara Kampung Rataie. Seramai 53 orang menyertai majlis tersebut terdiri dari guru-guru dan penuntut lelaki Sekolah Rendah Rataie.

Turut hadir di majlis ini lalah Pemangku Pegawai Tugas-Tugas Khas Kanan (Korporat), Jabatan Sekolah-Sekolah, Awang Haji Mohd Sharifuddin bin Haji Mohd Salleh; Pemangku Ketua Bahagian Biasiswa, Kementerian Pendidikan, Awang Julaihi bin Haji Muhammad; Pemangku Penolong Pengarah, Jabatan Pendidikan Kokurikulum, Awang Haji Eady Sardi bin Pehin Datu Derma Sakti Dato Paduka Haji Abdul Rajak, Penolong-Penolong Pengarah dan Pegawai-Pegawai Kanan di Jabatan Sekolah-Sekolah, Kementerian Pendidikan, Negara Brunei Darussalam.

_________________________________________________________________________

Disamping Solat Hajat dan Doa Kesyukuran, Sekolah-Sekolah juga mengadakan aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan Sambutan Jubli Emas 50 Tahun Menaiki Takhta. Aktiviti–aktiviti yang diungkayahkan oleh pihak sekolah antaranya pameran mengenai Jubli Emas 50 Tahun, kuiz, pertandingan fotografi dan lukisan, peraduan menulis karangan dan mewarna.

Turut menjadi tumpuan bagi majlis yang sama adalah Institusi-Institusi pendidkan di bawah kawalan Jabatan Pengajian Islam, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Bahagian Pengajian Tinggi, Kementerian Pendidikan, Institut Pendidkan Teknikal Brunei (IBTE) dan Institusi Pendidikan Swasta.

-T A M A T -

Disediakan oleh:
Ajk Media Elektronik Penerangan dan Promo
Majlis Doa Kesyukuran
Sempena Sambutan Jubli Emas 50 Tahun Menaiki Takhta
Bagi Institusi-Institusi Pendidkan Seluruh Negara



Attachments
Created at 10/9/2017 2:56 PM by Praneeth kaushalya
Last modified at 10/9/2017 2:56 PM by Praneeth kaushalya