Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Announcement

Manage PermissionsManage Permissions

Title

TAKLIMAT SEBELUM BERLEPAS (PRE-DEPARTURE BRIEFING) UNTUK PENGANUGERAHAN BIASISWA KERAJAAN & SKIM BANTUAN PINJAMAN PENDIDIKAN SESI AKADEMIK 2017/18

Body

​KHAMIS, 30 Ogos 2017 - Rimba - Bahagian Biasiswa, Kementerian Pendidikan pada menyiapsediakan pelajar-pelajar baru yang telah dianugerahkan Biasiswa Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam & Skim Bantuan Pinjaman Pendidikan, Kementerian Pendidikan melalui Bahagian Biasiswa mengadakan sesi taklimat sebelum berlepas (Pre-Departure Briefing). Sesi diadakan di Institut Perkhidmatan Awam (IPA) disini.

 

Dalam taklimat tersebut Yang Mulia Cikgu Julaihi Bin Mohamad/Mohamat, Pemangku Ketua Bahagian Biasiswa menyampaikan taklimat mengenai tugas dan tanggungjawab sebagai seorang penerima biasiswa kerajaan, aturan dan peraturan biasiswa kerajaan ke luar negeri serta elaun dan kemudahan-kemudahan biasiswa ke luar negeri. Dalam ucapannya, beliau menegaskan bahawa biasiswa yang dianugerahkan tidak sepatutnya dianggap hak dan diwenang-wenangkan akan tetapi anggaplah ianya sebagai amanah negara untuk penerima kerana satu hari nanti pelajar akan balik semula ke Negara Brunei Darussalam untuk mencurahkan bakti setelah lama menimba ilmu di luar negara.

 

Pihak Bahagian Biasiswa juga menjemput agensi-agensi luar seperti wakil daripada Kementerian Kesihatan (menangani stres), Kementerian Hal Ehwal Ugama (Bahagian Akidah) bagi memberikan maklumat-maklumat baru dan terkini di dalam pengkhususan masing-masing. Tidak lupa juga pihak Bahagian Biasiswa menjemput wakil daripada Majlis Tertinggi Melayu Islam Beraja (Penghayatan Konsep Melayu Islam Beraja) bagi mensejajarkan dan menggarap aspirasi negara agar pelajar-pelajar betul-betul Calak Brunei nanti.

 

Sekitar 60 orang pelajar penerima Biasiswa Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam & Skim Bantuan Pinjaman Pendidikan telah menghadiri taklimat pada hari ini.

 

-TAMAT-

 

Disediakan oleh:
Unit Pengurusan dan Profesional
Bahagian Biasiswa
Kementerian Pendidikan
Lapangan Terbang Lama, Berakas
Negara Brunei Darussalam BB3510
No. Tel. : 2381133
No. Faks : 2380701

 

Attachments
Created at 8/31/2017 4:05 PM by Praneeth kaushalya
Last modified at 9/4/2017 5:32 PM by Praneeth kaushalya